Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong

khasiat air kosong

Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin.

Pentingnya air. .

  1. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  2. Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  3. Air baik untuk sendi.
  4. Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
  5. Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  6. Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  7. Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
  8. Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.

Sihatnya ! Berdiet dengan air

  1. Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
  2. Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
  4.  Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
  5. Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
  6. Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
  7. Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .

Sumber : Majalah info sihat

Show 62 Comments

62 Comments

  1. Amy Syaquena

    salam

    amy singgah baca entry sambil follow, jemput ke sinar raudah ye n follow me too, sekiranya anda follower yang ke 499 or 500 tlg savekan untuk amy ye.amy akan buat entry untuk anda..

    mekaseh…

  2. Ummi Hanie

    yezza…air masak sgt bagus utk kesihatan…..
    tgh ‘kaunseling’ encik hasben minum ayor masak bbyk le ni..trmasuk dri sndiri :p

    • bee kaunseling si kakak nih liat bebenor dia nk minum air kosong tu..

  3. ohcikgu

    Betul. minum lebih banyak air kosong. 🙂

  4. bEe

    Yg pasti pas bEe minum air suam bEe akan melabur….. hehehehhe (membuang toksin tu tau!)
    Baik kalau minum masa pas barrrrruuuuuuuuu bgn tido & lum berus gigi 🙂

  5. Hisyam

    Wah banyak betul khasiatnya. Mintak share boleh puan bee? saya pun tengah kering idea nak tulis entri. hehehe.

  6. kakyong

    Bee..
    setuju dgn smua fakta nih…
    anak2 kakyong lebih suka air kosong dr air manis..

  7. mrs.yie

    air kosong memang berkhasiat dan salah satu khasiatnya adalah pada gigi..gigi jadi putih bila selalu minum air kosong pada waktu pagi tanpa menggosok gigi terlebih dulu 🙂

  8. air ni memang banyak yang baik kan bee..ellen suka minum air tapi mesti air ngan ais..ada kesan ker..hhehe

  9. sam winchester

    kalau air meneral mcmmana,diketorgeri air kosong gak ke….aku 1 hari 2botol besar air meneral…

    • sama je air mineral dan air kosong tu , janji tk bergula berusus dan berakohol

  10. mmg tak dinafikan minum air kosong ni..baik untuk kesihatan…
    mmg dah amalkan minum air kosong ni sekurang2nye 3 liter..tapi tu laaa..tak larat nak gi toilet jer..letih la pulak..
    tq dengan info ni…

  11. Assalamualaikum,
    Lama dah Jamal tak singgah sini..Thanks untuk perkongsian ini..memang amatlah berguna..kalau tak cukup minum air nanti boleh rosak buah pinggang..

    • waalaikumusalam ,
      terima kasih singgah walo lama2 sekali , tk pe ..

  12. Norizwan

    saya minum air mineral seminggu, pagi tghari malam…kecuali hujung minggu jer…minum manis…huhu…sebab saya jogging hujung minggu huhu…

    • laa mcm tu pulak hikhik , sekarang ni jogging pepetang asyik hujan je duk rumah je , adeih ..

  13. ummiross

    Info sihat dan info terbaik ni bee…

  14. UpProfits

    Owh..maybe ramai yg igt minum Teh O, Kopi O dan lain2 O tuh sama jer ngan air kosong sbb ada 0 kat blkg..hahaha..minum air kosg mmg byk khasiatnya tmbhn lg biler disertakan dgn doa.. 😉

    • wahaah eiz , lawak ko eh ..
      ye memang kena baca doa , paling pendek pun bismillah

  15. antara byk2 air…air masak paling best..lagi2 air suam…. for me la…he3

  16. Lovehijau

    Air kosong memang baik diamalkan, kata pakar kesihatan kena minum sekurangnya 8 gelas, betul ke ?

  17. maya_mustwany

    betul2..dulu masa kecik mas suka minum air sejuk.tapi dah bertahun2 gak mas dah minum air suam,kulit makin ok,makin sihat.mas kalau minum air sejuk just makan pedas sangat2 or dahaga panas sangat.kalau saje-saje je minum,tekak sakit.

    • air sejuk maksudnya air peti tu ke ? akk suka air masak dengan suhu bilik , bukan sejuk dr peti tu , air suam pun tk bape lah rasa tk puas je ..

  18. memang betul tu bee…air kosong tu bagus,,,,tapi teman ni selalu bane banyakkan minum kopi o kaw

  19. wowberita

    klu white coffee ngan milo tu harus 3 liter duk kt opis….haha…

      • wowberita

        hehe…tu je yg plg best kak opis…leh ilang ngntuk…

        • iyer ke hilang mengantuk ? akk kalau ngantuk minum air kosong baru hilang ,,

          • wowberita

            bleh je…tp efek kjp je la….hehe…

  20. betul-betul.khasiatnya banyak walaupun warnanya tak menarik minat utk minum. 🙂

  21. Fazreen

    fav minuman sejak kecil. Then susu. tak ada dua ni sehari rasa tak lengkap hidup

  22. bardboo

    kalau tak ada air, matilah kita..huhu..

  23. ayu jamal

    air masak x sedap..he he
    tapi yang tak sedap tu la banyak khasiat kan..

  24. puan kutu

    yeh kami sekeluarga sgt sukakan air masak!

  25. Pingback: Lelaki kacak nak lagi kacak | Puanbee Blog

  26. ning

    terimakasih ats info d atas..sebelum ini saya hanya minum air kurang dari 3gelas..kini saya akan amalkan minum airkosong demi kesihatan saya..

  27. air kosong terbaik… lebih2 lagi waktu cuaca panas..hilang dahaga bila dapat air kosong..

  28. Muliani

    Wah post yg sgt brmakna dlm khidupan. Bolehlah amalkan nnti hehe tq

  29. Info yang sangat menarik untuk diamalkan. Tidak diragukan lagi fungsi air sangat bagus untuk kesehatan terutama kulit….

  30. Terbaikk!!! ramai x tahu kelebihan air kosong ni… mak selalu pesan ,,minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,,,
    Admin ni dah mcm mak saya,,, 🙂

  31. tubuh kita memerlukan air sebanyak 3 liter setiap hari. nie adalah untuk mencegah badan dari terhidrat. dengan cuaca sekarang yang tidak menentu, badan kita memerlukan banyak air putih dan bukannya air manis. Air manis akan membuatkan badan semakin keletihan dan kehilangan tenaga. Untuk lebih bertenaga dan menghindari badan dari terhidrat, anda digalakan untuk minum air putih dicampur dengan air serbuk oren yang sangat sedap. Ianya membekalkan badan dengan tenaga dan membuatkan badan tidak kehilangan bendalir ion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.