Saya terbaca article mengira waktu subur wanita ni dan kongsikan disini untuk tambah ilmu kita semua..dan pada yang nak merancang kelahiran cara natural boleh lah praktik cara ni.. tapi berisiko sangat , tak boleh percaya 100% , berapa kali cuba pun masih terbabas , hahah rezeki tuhan nak bagi , jangan di tolak kan.
Ibu Hamil Di Trimester Kedua Lebih Kuat Berpuasa ?
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
- Untuk memudahkan mendapat zuriat
- Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat. Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami.
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari.
Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari.
Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH).
Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum).
Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin.
Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku.
Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham?
Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14.
Sekiranya periodnya 35 hari maka 35 – 14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2.
Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius.
Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan.
ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad.
Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari.
Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari.
Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat.
Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Selamat Mencuba! . Gunakan ilmu ni untuk kebaikkan ya .. Jom tengok kalkulator untuk kira waktu subur dan kalkulator untuk tengok tarikh besalin.
hehey ngah… good info.. cekidot
macehhhh 🙂
@peni anani aippp..mu jgn cekidot lagi…hahah
@Lelord sama2 kak…
akak pom amat prihatin tanda2 subur nih…hehe
satu lagi..kita pom tau kita subur jika dkt belah kiri kanan rahim tu rasa ngilu dan ada "rembesan" jernih yg keluar..bukan putih yer..jernih..hehe
@sarah-najwan huhu kak saya dah buat cr ni..tp terbabas jugak so skrg dah tk berani ambik la perancang
info yg sgt berguna..walaupun belum kawin lagi tp boleh tmbah ilmu pengetahuan..makasih puanbee..
hee tak kawin leh wat panduan jgn guna sudah wee..
hehe..akak tgk menunggu ni..jadi ke tak..
nak tambah lg yer kak..moga berjaya ..
Nelly tak pernah kira …
haa dah tak kawin lg meme lah yang..
skrg xyah kira…hihi…tgh menyuburkan anak dlm kandungan…
uit ada dah yer..tahniah 🙂 bee malas kira ambik je ubt perancang hee
dah selalu baca psl hari subur ni tp sokmo lupa semula…hehehe..kena ingat pasni
eh lin dah kawin belum hee >> bee selalu lupa jugak tu yang sekejap dh tiga wakaka..
Pbee mengikut pengalaman ct kalau ikut kiraan ini confirm jadi kalau tak, tak kan dpt 6….baka subur…ha..ha.
haaa kompem lah kan ct kehkehkeh …..
bagus info nie sbb kutu sendiri pun tak tau.nk merancang cara nie mmg tak dapatlah.sendiri mau ingat.huhu
kutu merancang nk dapat ke merancang tk nak ? huhu ….bee selalu lupo sbb tu kena ambil perancang je..
wah, best info nih..kita tgh try nih.
tapi kat farmasi pun skang ada kit ovulasi nih..
pastuh pas kita peot, doc selalu suh kita check suhu..
kalau ada 1 hari tu suhu meningkat..so itulah hari ovulasi.
kita ni period x stabil, tu yg kena wat gitu. kira2 ni xleh pakai. kekadang kita ni, 2x sebulan peot, kekadang 2 bulan 1x. huhu
oh jenis period tk stabil nih mesti lain pulak kiraan yer kan..erm ..
omak aih… ko buat entry gini?? hahaha….. jangan ramai yg mencuba sudah…..hahaha
haa yg dah kawin tu oke lah jgn yg bujnag trang tang tang tu cuba lak!!
haaa..entry ni bgs utk pasangan suami isteri yg mendambakan zuriat kan yang 🙂 nice! ^_- amat berguna utk aku yg bakal melangkah ke alam rumahtangga…hehe
hee sesuia yer..simpan url blog nih kekeke…
hmm..tips ni bagus utk mereka yg xsuka gunakan pil2 prancang dan cara2 lain…tp agak berisiko sikit klu2 tersalah kire…tp klu Allah nk bagi tu,ambik je lah kan?syukur sajelah nokss …. bygkan org yg susah sgt nk dpt ank tu..huhuuu…
hurm betui2 bee pun tak beranih sblm nih main kira2 pastu asyik terbabas je , so ambil perancang senang
Pingback: Kalkulator Waktu Subur & Kalkulator Tarikh Bersalin | Puanbee Cool tak menyengat pun
Pingback: Buat buku klinik setelah di sahkan hamil kali ke – 4 | Puanbee.com - Kisah peribadi tak terlalu peribadi