Ibu Hamil Di Trimester Kedua Lebih Kuat Berpuasa ?

Spread the love

Disebabkan saya hamil sekarang ni , saya pun saja la membaca info lebih banyak tentang ibu hamil berpuasa. Mana tahu ada tip menarik yang boleh di amalkan. Saya sekarang berada di dalam trimester kedua. Allhamdulillah masih cergas dan sihat. Kadang-kadang je la lenguh kaki dan pinggang sedikit. Masih boleh menguruskan anak-anak dan aktif macam biasa.

Kalkulator Waktu Subur & Kalkulator Tarikh Bersalin

perkembangan-janin

6 Bulan 🙂

Mengira Waktu subur Wanita

Di bulan puasa ni saya rasa lebih cergas pula , walaupun berpuasa. Ada fakta menyatakan ibu hamil di trimester kedua lebih kuat berpuasa. Mengikut pengalaman macam betul je , dulu pernah berpuasa di trimester ke tiga. Asyik muntah buih je , perut sakit sampai rasa nak pitam. Jadi sampai setengah hari je kena buka. Pernah juga berpuasa di trimester pertama , tak tahan rasanya lembik. Tetapi kali ni boleh. Allhamdulillah walaupun makan sahur kadang-kadang air sahaja , kadang-kadang sepotong kek , jadi la .. memang kurang makan sejak mengandung kali ni.

Rahsia Mudah Hamil – Tips Kesuburan Untuk Wanita

Tetapi eloklah ibu-ibu rujuk kepada doktor terlebih dahulu kan. Kesihatan ibu mengandung tak sama semunya , ada macam-macam masaalah yang tak pernah dengar pun wujud semasa mengandung ni. Makan kurma lebih sempena bulan puasa ni. Kalau tanya vitamin apa yang saya ambil , tak ada vitamin selain dari vitamin klinik dan vco.

Saya kira bernasib baik di beri kesihatan yang baik.

Allhamdulillah .. selamat berpuasa 🙂

Jom baca sini — > Berpuasa semasa hamil

28 thoughts on “Ibu Hamil Di Trimester Kedua Lebih Kuat Berpuasa ?”

  1. Pingback: Beg Hospital Siap ! Bila-bila je .... - Puanbee.com

  2. Pingback: Mengira Waktu subur Wanita , Merancang kehamilan | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  3. putraindonesiamalang

    Terima kasih di atas artikelnya bagus dan menarik
    bersukurlah kita ,kepastian ilmu Allah berikan kelebihan pada mereka yg mengandung

  4. Saya pun berpuasa seperti biasa. Sahur memang makan nasi. Kalau tidak, rasa mcm nak pitam. Tapi saya dah trimester ketiga. 7 bulan dah. Harap2 dapat puasa penuh. Selamat berpuasa

  5. tahun lepas puasa penuh sbb sarat mengandungkan si humaira… tak rasa penat.. biasa je…. puasa tahun ni plak cepat rasa lapar n dahaga.. maybe sbb breastfeeding si humaira…sbb masa tak puasa pun mmg rasa mcm ni..lepas nyusukan humaira rasa dahaga…

  6. Ibu yg mengandung ni mmg kuat2 dan cukup cergas. Memang Allah berikan kelebihan pada mereka yg bernama isteri. Terbaiklah puan bee!

    Selamat berbuka!

  7. masa ngandung Mikhail,2 minggu sebelum raya langsung tak puasa..sampai la raya..sebab kurang darah..dalam 2 minggu tu hari2 rasa macam naik roller coster..sampai pitam2 la..masa tu dah trimester ke 3 dah tu..

  8. Salam,

    Akak dulu memang tak gagah puasa, tapi gagahkan juga hehee, tapi puasa sambil menyusukan ni ok alhamdulillah tak letih. syukur ALLAH permudahkan.

    1. zie pulak terbalik kak… tahun lepas puasa tgh sarat ok je.. xde masalah.. tahun ni rasa cepat lapar n dahaga walaupun malam dah pulun minum 3 liter air…

  9. nggak nyangka ternyata walau sedang mengandung puan pun juga masih ikut berpuasa
    semoga kandungannya tetap baik dan sehat…

  10. Terima kasih di atas perkongsian info…. Kebetulan pula sekarang ni Kandungan isteri saya dah hampir 6 bulan… Jangka bersalin pada 13 Oktober 2013

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *