Buat buku klinik setelah di sahkan hamil kali ke – 4

Share

Kali ni anak pun dah nak masuk 4 , semua nya di mulakan dengan klinik yang sama jadi jururawat semua kebanyakkan masih kenal . Siap sebut “ ini orang lama ni !! ” selepas memanggil nama saya. Jadi kesukaran tu tak ada .. perasaan tertanya-tanya tu pun tak ada la dalam kamus hidup saya .. biasa dah gitu … Kepentingan buat buku klinik setelah hamil adalah .. takut apa-apa terjadi .. pendarahan ke .. waktu tu dah tentu kena bawa masuk hospital .. kalau ada rujukan / sejarah kelahiran ni mudah sikit la doktor nak buat kerja.  Sebab tu la penting .. kalau ikutkan .. tahu je mengandung terus pergi buat buku. Tetapi dalam kes saya lain .. saya tak tahu .. berkali-kali buat urin test asyik negatif jek ..

535815_122483064611124_582409724_n

 Yang lain ada sikit kekeliruan berapa usia kandungan ini. Jika di ikutkan last period usianya telah pun mencecah 17 minggu. Jika ikut scan .. belum nampak apa-apa malahan tiada degupan jantung. Khamis depan kena pergi buat scan sekali lagi untuk jumpa pakar. Doktor yang buat scan tu tak pasti jugak .. apa yang berlaku ? tak tau juga ni ..

Agak kalau tak sabar tunggu hari khamis .. saya terjah klinik panel idaman sekeluarga la  untuk buat scan. Risau juga selagi tak pasti ni.

Nak buat buku klinik bukan lah susah ..

  1. Kali pertama mesti ada sijil nikah / ic suami
  2. Kali ke dua , ketiga dan ke empat sediakan buku klinik anak yang terakhir. Bawa juga maklumat alamat tempat kerja suami , no ic dan no telefon suami.

Kalau ikut last period , bayi dah masuk 17 minggu .. lagi beberapa bulan je akan lahir. Tetapi jika ikutkan ujian air kencing yang saya buat .. baru je ada 2  minggu .. he he he ..

Harap .. tak lah seteruk mana kan.. Darah sebotol kecik di ambil dan di buat ujian HIV . Cek air kencing .. untuk kenal pasti paras gula dalam darah pun sudah. Minggu depan jumpa pakar dan minggu sekali lagi kena minum air gula. Sejarah keluarga ada kencing manis jadi tak boleh elak.. Semua setiap kali mengandung pun kena minum air gula.

Tadi bawak si aliya , husna dan laila sebab si aliya nak ke klinik sekali lagi , tambah mc .. kena demam campak … senang kata la demam campak , tapi doktor cakap demam lain .. ada ruam kecil2 di seluruh badan dia. Hairan juga ..

Husna ponteng , sebab nya dah tau kalau buat buku klinik ni .. makan masa berjam-jam , tak sempat nak hantar ambik dia nanti. Pergi jam 9 balik 12.30 .. jenuh juga kan.

Sampai semua dahaga , lapar … terpaksa call makngah depa hantar air dan nasi. kesian pula.. lain kali tak boleh pergi sendiri la .. kena ajak ayah juga temankan.. sekurang-kurang nya jaga budak-budak ni ..

Dalam ramai-ramai anak ni , si aliya yang sulung kemain caring … baik sungguh anak ibu sorang ni , nampak macam tak peduli jek .. semasa jururawat nak ambil darah , aliya dengan adik-adik pandang dari jauh. Lepas tu makngah dah sampai , jadi makngah ambil diorang .. tak jumpa la lepas tu saya jumpa doktor bilik sana sini. Sehingga dah habis semua urusan saya keluar .. Aliya datang selak lengan baju ..tengok-tengok kot luka ke .. bengkak ke lengan ni lepas kena cucuk .. alooo ~

Oh setelah 4 tahun anak yang terkahir tu .. saya perasan ..pil vitamin nya dah lain .. dulu ada 7 jenis kalau tak silap .. kena buka satu2 untuk makan pil-pil tu .. zat besi la , asid folic la , vit c , vit b , vit c .. sekarang semua dah ada dalam satu pil .. tapi besarnya saiz .. ya allah .. harap boleh telan ler….

Sekian ,

Terima kasih membaca mengomen tak jemu-jemu di sini. saya sekarang mood kelaut sokmo , pantang ada masa nak tidur jek .. tapi saya tak mau lepaskan perluang untuk menulis segala pengalaman ini. Bukan apa .. pengalaman ini sangat berharga …  Terima kasih lagi wahai sahabat 🙂 komen dan jengah blog ini walaupun saya tidak membalas jejak korang ..

Related :

  1. Mengira Waktu subur Wanita
  2. Kalkulator Waktu Subur & Kalkulator Tarikh Bersalin

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. Pingback: Berat badan tak naik semasa mengandung | ~ Ini lah FaMiLi @ Puanbee.com ~

  2. ramai orang sekeliling zida yang sedang mengandung, tak lupa juga kenalan alam maya. take a good care. moga Allah permudahkan semuanya 😉

  3. Semoga selamat semuanya…aminnn

  4. tahniah bee..take care ya..

  5. Tahniah puanBee, alhamdulillah rezeki kali ke 4. .:)

  6. jangan lupa mkn ubat tau.. =)

  7. tahniah kak bee.. bila baca ni, rasa tak sabar nak kahwin dan merasai mengandung.. waaaa.

  8. Salam bee…
    Wow, tahniah bee for 4th child. Alaa …lajunya xsmpt nk ngejar. Hahaaa.
    Tahniah tau…

    Ok lg tu 17mggu…drpd aku 27minggu baru tau preggy, hahaa…tup tup 36minggu dh bersalin. hiks..
    Kejap je aku rasa preggy. Now, dh 6bulan pun arrizqinya…smg ko slmt bee.

  9. Buku klinik penting dan macam-macam jenis ubat yang perlu ditelan. Ada yang tak tahan minum air gula setiap kali pemeriksaan.

  10. tu dia part yg liat nak lakukan telan obimin ..hehehhe

  11. syukur…semoga perjalanan kandungan kali ini lancar dan tiada alahan teruk.
    along kena tolong ibu jaga adik2 yer, jangan buat sepah2 kat rumah, kesian ibu tak larat tu.

  12. Tahniah…. Best nnt dpt cium2 baby, nikmat sgt. Baby saya dah 7 bulan , sementara masih baby2 ni asik jadi mangsa ciuman mama dia sbb pasni mama dia dah tutup kedai.Semoga kandungan sihat sempurna dan menyenangkan ibu.

  13. semoga semuanya baik-baik belaka dan dipermudahkan. tahniah sekali lagi.

  14. wahh..hamil lagi..

  15. Bagusnya si Alia..bimbang takut jadi apa2 kat tangan ibu dia..

  16. Tahniah.. samalah kita lepas ni anak empat… seronok nengok org mengandung.. akk dah 6 tahun dah tak berisi isi ni.. teringin jugak kalau dapat boy sebagai penamat hehehe

  17. Salam,

    nanti pi scan kat private pulak tengok diorg ckp apa, ooo pil yang bee maksudkan tu ubat obimin kot, memang besar kehkehkeh, takpe lama2 nanti lali lah tu hheee~

    • aah betul, pil pink besor2 tu Obimin namanya…

      ada org pesan jgn makan kerap sgt, takut bby jadi besor… mcm nis dulu, anak sulung 3.8kg. besarr… dahla anak sulung.

  18. tahniah bee..x larat akk nak kejar bee ni..hee
    kalo 17 mggu da masuk 4 bln la ek..
    bee cpt2 csan tau,tak payah tggu hari kamis,risau pulak biler doc kate mcm tu kan.

  19. seronoknya dapat mengandung dan dapat anak lagi… rezeki tu… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *