Info terkini berkenaan P1 Togo Mifi. Untuk mereka yang masih lagi mencari pakej langganan internet unlimited , dan mudah untuk di bawa ke mana-mana , pakej P1 ToGo Mifi ni adalah salah satu pilihan yang patut anda pertimbangkan. Ada beberapa sebab yang boleh korang pertimbangkan sebelum memilih pakej internet yang terdapat di Malaysia ni.
Promosi terkini , percuma langganan untuk bulan pertama , untung kan ? dan yang paling penting ianya unlimited … 1Mbps pula tu , hari-hari boleh download video , upload gambar di instagram , sekodeng facebook pakwe tanpa perlu risau anda akan kehabisan data. Saya pernah pakai mifi 5gb , tak cukup .. walaupun tak tengok video langsung .. banyak upload gambar untuk bisnes onine saya je.
Kini , ibu-ibu boleh menyusukan anak anak dengan lebih gembira , semua dah lengkap .. sekarang semua pun sudah tersedia , daripada nursing cover hinggalah ke nursing blouse atau baju untuk ibu menyusu . Ibu cuma perlu pilih dan enjoy .. Zaman sekarang .. semua ibu pun aktif bukan main .. bukan macam dulu-dulu .. asal ada anak kecil duduk rumah sampai anak besar baru lah banyak sikit berjalan . No … zaman sekarang .. ibu dan ayah sama-sama sibuk dengan tugas masing-masing.
Ibu mesti kuat , cantik dan sihat. Gitu ..
Dah tak ada rasa malu nak selak baju di tengah orang ramai , kita sediakan peralatan cukup-cukup . Tak sempat baby menangis , nenen tersedia gitu .. kita beri apa yang terbaik buat anak kita , buat apa nak malu ??
Saya dah cuba nursing blouse beli dari website MUMSLUV.COM , ya ampun .. selesa sangat – sangat .. serius tak tipu dan amat di rekomen kan pada ibu , mama , mummy di luar sana.
Tak perlu butang atau zip , hanya selak … inner yang di cipta di bahagian dada memudahkan ibu selak di kala baby agak-agak kehausan.
Anak yang menyusu dengan susu ibu lebih aktif , lebih sihat , lebih cepat perkembangan nya .. di yakini … apa pun semua itu atas izin-NYA.. Perkenalkan baby boy saya , baby tak baby sangat lah. Umurnya dah pun 1 tahun 5 bulan. Masih menyusu susu ibu sepenuhnya dan aktif .. sebab tu saya dukung dia .. tak mau biar dia turun tak larat kejar ..
Gambar atas ambik anak-anak 3 orang balik dari sekolah. Kemudian .. isi minyak , pergi pejabat pos , pergi bank .. sempat tapau makanan , sempat beli barang ..
Dan .. ya .. aktiviti saya paling sibuk antara jam 11.00 pagi ke 5 petang. Seharian di luar , seharian memandu , seharian menguruskan anak-anak .. dan saya bawa je baby tu kemana – mana .. nak menyusu ? nasib baik ada blouse menenen ni .. Allhamdulillah .. terima kasih lah kepada mereka yang mencipta baju ni ..
Saya sekadar meluahkan rasa .. akhir-akhir ni tak boleh tahan … asyik tengok satu group PANDORA ORIGINAL & PRELOVED di facebook. Tak boleh tahan ………
Dah terbeli satu bangle LIMITED EDITION STAR dan satu charm huruf L. Dan cadang nak minta dana sikit dari suami tambah charm , murano ke apa-apa je la kasi penuh. Tapi dia nak beli lepas dia balik. OMG .. dia sekarang di Johor dan akan belayar ke Kalimantan pertengahan April ni. Agak-agak bila nak balik bang ? lambat …. huhuhu ~
Nak kena cari satu murano untuk hiasan , lepas tu tunggu suami belikan .. masa tu baru best .. boleh paw banyak-banyak .. kalau duit sendiri kedekut kedekut lah sikit ..duit suami takpa … ok falsampah hidup den ..
Eh dia kena belanja saya tau .. bertungkus lumus jaga anak sesorang ..
Eh lagi .. PANDORA luar negara buat promotion .. beli apa-apa charm berharga AUD150 dan akan dapat 1 bangle “always in my Heart” PERCUMA. Kalau convert ke duit Malaysia , sekarang ni dalam RM450.00 .. mungkin akan naik turun sikit kan. Adoiiiiii . nak beli promo ni , abang tak balik lagi … sabar je lah wahai hatiku yang suci murni ..
GST takde dalam promotion tu .. ada seller yang memang selalu ke Australia belikan .. tak beli di Malaysia ..
Semalam , pergi kedai perabot terpakai terletak di AMPANG ( ALAMAT DI BAWAH NANTI ), hajat hati nak la tengok kot kot ada perabot terpakai ala-ala rak untuk simpan stok , sebab stok banyak sangat di rumah ni , macam rimas pula. Tak ada la nak cari perabot yang mewah-mewah cantik untuk hiasan rumah. Saya memang tak akan beli perabot hiasan selagi tak beli rumah sendiri. Rumah sewa ni payah nanti nak pindah kena angkat-angkat pula.
Tapi .. alahai .. perabot terpakai pun tak ada harga bawah RM150 .. semua RM280 ke atas .. minta kurang pun tak dapat .. akhirnya ambik la rak macam untuk kegunaan gudang tu .. Saya bajet RM200 je ..
Tu tokey kot .. layan custemer ok baik lembut ja … tapi dengan perkerja garang kemain .. sampai terkejut – kejut anak- anak dengar dia bercakap.
Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin. Pentingnya air. . Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih…
Salam GST 1 MALAYSIA .. Saya buat entri ini untuk rujukan para usahawan , pengiklan mahupun sesiapa sahaja yang berminat untuk beriklan di blog puanbee.com , jika berminat nak tahu statistik / jumlah pelawat blog saya boleh lah tengok statistik di sertakan di bawah.
Sempena menyambut kedatangan GST , adalah amat rugi jika saya sesiakan blog saya ni tanpa di update , sedangkan .. setiap tahun saya perlu membayar untuk domain dan hosting kan.
Oleh itu .. jika anda seorang peniaga online .. atau peniaga offline yang betul-betul hendak memperluaskan jenama di dunia internet .. nak sepah-sepahkan jenama di dunia internet .. Blog adalah salah satu cara yang berkesan ..
Iklan di blog tak rugi ye kawan-kawan. Iklan tu akan bertapak selagi mana saya tak tutup blog ni.
Dah tengok statistik , kalau berminat .. sila lah berikan sebut harga .. kita bincang dulu …… kalau berbaloi kedua dua pihak .. boleh lah di teruskan. email saya di SINI
Tajuk je speaking lebih , isi bahasa melayu okay ? Dah lama saya nak kurus , dari sejak gemuk selepas ambil pil perancang sejak melahirkan anak no.3 si laila .. macam-macam dah buat , tapi cara salah dan tak berhenti pil perancang .. maka nya saya menjadi sangat gemuk … hampir 100 kg .. dah berenti pil perancang berat tak naik , tapi perut naik .. Allhamdulillah .. dapat sorang anak lelaki. SELEPAS melahirkan anak ke – 4 memang dah target nak kurus balik , baju semasa kurus tu semua masih ada simpan , memang tekad nak pakai semua baju semasa kurus semula , lagi-lagi baju kurung tu.
Allhamdulillah .. selama 1 tahun 4 bulan jaga makan , berat saya turun banyak .. 96kg ke .. kadang-kadang 80kg hingga ke 75kg . Asyik duk turun naik .. risau la naik lagi … so nak tak nak saya kena excersise …
Umur pun dah tua dik non …. kalau en suami balik saya memang rajin main badminton , bila dia tak ada saya ikut kelas zumba untuk ladies sahaja ni , bayaran pun cuma RM5.00 sekali join , dekat pula tu dengan rumah ..dan part paling best bawa je anak-anak sekali. Anak-anak free saja. Anak saya bawa kasut roda .. mereka main kasut roda , baby tu kakak long tolong jagakan.
Anak demam ? Mari saya kongsikan pengalaman anak demam , di mana ianya bukan demam biasa. Demam ini berpunca dari jangkitan kuman di paru-paru dan sedikit di dalam darah , kalau istilah doktor nama penyakit ini adalah “ Viral Infection & Pneumonia “. Sekiranya anak mengalami demam panas , selesema dan batuk melebihi tiga hari , cepat-cepat lah bawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Saya sendiri rasa serik , kerana tiga orang anak perempuan saya tak pernah sakit , demam teruk2 . Ketiga-tiga nya akan sembuh selepas 2-3 kali makan ubat , paling lama pun 3 hari demam dan klinik yang biasa pergi adalah klinik berbayar biasa tu je. Bukan apa … agak renyah kalau pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan mahupun Hospital. Memang lama nak tunggu , saya tak salah kan mereka yang berkerja di sana. Mereka buat yang terbaik.
Tapi anak saya SYAMIM ni , setelah 5 hari demam on / off , kadang2 baik demam , kadang suhu badan naik tinggi . Syamim demam tiba-tiba , tak ada jangkit dari siapa-siapa , syamim muntah , tak selera makan dan banyak sangat hingus meleleh , muka pucat dan tak aktif macam biasa. Biasa nya syamim demam pun aktif bukan main. Tu yang pelik sangat.
Masuk hari ke 5 , suhu badan syamim naik mendadak , mula dari 38 ke 40. Hati memang risau sangat-sangat , terpaksa minta ayah nya balik Johor. Selepas ayah nya balik saya bawa syamim ke Klinik Kesihatan Kerajaan , saya tahu doktor di KK memang ambil berat kalau anak kecil demam mereka sudah tentu akan buat pemeriksaan darah.
Syamim di rujuk ke Hospital Kecemasan Ampang untuk ambil darah.
Syamim dan 5 hari tak kencing , setiap kali tukar lampin dia kering , setelah darah di ambil dan di buat ujian Syamim di tahan di wad kerana ada sikit jangkitan dalam darah dia , dan doktor juga nak pantau dan pastikan syamim kencing seperti sediakala , risau-risau virus dah menyerang buah pinggang.
Ya !! memang lama menunggu di wad sementara untuk dapatkan katil di Hospital , dari jam 6 ptg hingga 11 malam baru dapat katil , tapi ianya berbaloi … anak di pantau di sana kita pun tak risau.
Hari pertama ,doktor buat xray di dada syamim , dan juga terapat sedikit jangkitan di paru-paru syamim (pneumonia). Tapi doktor tak ada lah cakap benda ni serius sangat ke apa , doktor cuma nak syamim baik dari demam dan kencing. Tangan syamim memang kena masukkan air lah , sebab syamim tak nak makan minum , nasib baik syamim masih mahu menyusu susu ibu.
Khas buat orang berdekatan Kajang , boleh la merasai suasana petang yang sangat meriah , bermain buih , bermain kasut roda dan lain-lain . Lepas penat main boleh perkena sate kajang Haji Samuri. Ye dok ? sejak saya berkawin , 12 tahun lepas .. tu lah satu satunya tempat makan yang paling saya suka . Walau pun sekarang dah ada pelbagai versi sate dan restoran ..
Rasa sekejap sangat , syamim pun dah besar … sekarang dah susah nak ambil gambar dari depan … asyik la dari belakang aje .. tu tandanya anak dah semakin aktif …
Assalamualaikum & Hai Pemilik blog di kenali sebagai puanbee . Nama sebenar Latifah bee ... bukan C mahupun D. Berasal dan di lahirkan di Taiping dan kini menetap di Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga dengan Encik Kay. Puanbee kini di kurniakan empat orang cahaya mata. Aliya , Husna , Laila dan Syamim. Puanbee ibu muda , berkahwin muda , suka buat-buat sibuk dengan anak-anak , suka beleter dan suka juge makan. Kadang-kadang mood tah hape-hape .. Kebanyakan cerita di dalam blog merupakan rentetan kisah hidup suka…