Hai dan Salam. Tadi petang saya pergi membeli barang dapur dan pos sedikit barangan jualan preloved. Kalau ikutkan hati , terasa malas keluar rumah. Bukan apa .. bila keluar sahaja , ada lah duit yang keluar , bukan berkira tapi sekarang ekonomi sangat tak menentu. Tadi saya berbelanja hampir RM200 untuk barang dapur , yang hanya akan bertahan selama lebih kurang 3-4 hari. Sebenarnya rancang nak berbelanja sekitar RM100 je. Tapi terbeli benda bebukan pula. Dah balik rumah rasa menyesal beli. Sekarang ni , yang bekerja contoh nya suami saya , tak sakit kepala sangat. Dia tahu .. ” sayang .. nah duit bulan ni “. Dan saya lah yang akan agih agihkan duit tu untuk bayar semua bil , yuran sekolah , minyak dan perbelanjaan dapur. Awak .. kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Gaji suami tidak lah besar mana. Jadi kena juga berjimat.
Akan datang saya akan kongsikan cara menambah pendapatan keluarga. Buat masa sekarang , puan puan boleh follow tips saya untuk jimatkan duit dengan mengikuti cabaran hari tanpa berbelanja. Saya tahu ramai ibu -ibu suka tips ini.
Hari Tanpa Berbelanja.
- Catatkan hari tanpa berbelanja anda.
- Cabar diri untuk tetapkan berapa kali dalam sebulan atau berapa kali dalam seminggu anda akan buat hari berbelanja tersebut.
- Bila dah ada , catatkan di dalam diari anda , atau terus tulis besar-besar di kertas dan tampal di depan pintu peti ais anda. Macam saya dah tetapkan hari sabtu , ahad dan rabu. Satu lagi hari tanpa belanja saya adalah hari di mana suami saya ada.
Rancang pemakanan.
- Ada beberapa situasi di mana tips ini boleh di lakukan dengan jayanya.
- Salah satunya adalah , pergi kenduri .
- Kedua adalah cuma habiskan makanan yang ada di rumah. Jika pada waktu itu cuma ada telur , maka makan je lah telur. Berjaya menjimatkan belanjar dapur sebayak RM40 lebih kurang lah. Jika anak ramai.
Rancang perjalanan.
- Bawa anak anak melakukan aktivi di petang hari ke taman-taman permainan percuma.
- Bawa bekal makanan dan minuman dari rumah.
- Piknik dengan kawan – kawan dan saudara mara
- Lagi bagus jika dapat berjalan kaki. Jimat minyak juga.
Elakkan masuk ke mini market
- Dah pergi ber aktiviti tanpa berbelanja , elakan masuk ke kedai yang ada permainan , gift shop , gula-gula dan aiskrim dengan anak-anak. Bawa anak … tak ada alasan dah. Mesti berbelanja punya.
Tinggalkan beg duit di rumah
- Paling berkesan setakat ini. Anak minta apa-apa buat muka terkejut. ” Alamak .. beg duit ibu tertinggal di rumah.” dan sila lah buat muka serius sikit.
Buat sendiri ” busy box“
- Di dalam busy box terdapat barangan yang boleh di kitar semula dan di buat kraf dengan anak-anak. Anak-anak dapat menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta pelbagai hasil seni. Contohnya botol lama di jadikan pasu bunga. Jimat duit , kerana tak perlu beli pasu bunga lagi.
Swap and swich
- Sertai mana-mana group yang membuat ” swap and swich “. Anda boleh tukar barangan anda dengan kawan-kawan mengikut keperluan anda dan anak anak . Contoh majalah lama , baju , pakaian , langsir dan lain -lain. Saya ? dah mulakan projek ini dua tiga bulan lepas. Dan hasilnya seronok .
Minta kotak kosong dari peruncit.
- Kotak kosong boleh buat apa ? Jangan tak tahu , kotak kosong boleh buat pelbagai mainan untuk anak-anak , anda boleh biarkan anak berimaginasi dengan kotak tersebut. Kotak kosong boleh di jadikan meja untuk permainan masak-masak , robot , roket , rumah atau anda boleh buat flash card guna kotak kosong tersebut. Tiada perbelanjaan di perlukan.
Jimat atau tak guna duit langsung
- Dengan adanya kad ahli , anda boleh kumpulkan mata dan tebus untuk diguanakan beli barangan dapur anda. Anda boleh juga gunkan voucher yang di berikan. Contohnya .. saya suka menebus point bonuslink untuk minyak kereta. Shell sahaja. Gunakan kad ahli pasaraya hero , terdapat bayak sale dan potongan harga. Guna voucher tesco terdapat vocher wang tunai. Berbaloi.
- Jemput baca : Masa menebus kupon #tesco
- Hasil Tebus Bonus Link
Jual barangan preloved.
- Dan ya .. jual barangan preloved anda untuk di tukarkan menjadi barangan berguna. Jemput baca Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook
Akhir sekali ,
Kebanyakkan tips di atas saya telah pun buat. Sila lah baca entri lama saya dengan kli link yang di berikan. Insyallah .. akan datang saya share lagi .
Jika anda ada apa-apa tipa yang hendak di kongsikan , komen ya.
Terima kasih kerana membaca.
Puanbee
Haaaa, memang sudah kewajiban ibu lah tu haaaa
gelak kita ye .. hahah sabar je la
Rajin-rajinlah puasa sunat atau ganti. Kalau ada orang nak ajak makan cakap je diet. Jimat duit dan banyak khasiatnya untuk tubuh badan sebab kebanyakan penyakit datang dari apa yang kita makan.
saya jarang org ajak makan , anak2 yg minta nak makan tu adalah 🙂