Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook

Share

Facebook , ada kebaikkan ada keburukkan , dah alang-alang menjadi pengguna facebook marilah kita gunakan sebaiknya. Walaupun dah ramai beralih ke instagram. Tetapi masih ramai juga pengguna facebook. PRE-LOVED bermaksud , barang yang kita sayang , masih elok dan cantik tetapi kita dah tak guna , so kita jual murah-murah. Itulah masudnya preloved , berbeza dengan bundle.

preloved item di internet

Baru-baru ini saya terjebak dengan group preloved di facebook. Tak sangka .. masih ramai mendambakan barangan pre-loved. Sesetengah orang berlumba-lumba membeli barangan mengikut jenama , trend. Tetapi sesetengah orang bertindak bijak dengan berlumba-lumba mendapatkan barangan pre-loved dan juga menjual barangan pre-loved sendiri. Jualan saya laris … macam pisang goreng. Saya jual banyak tudung AJ , baju anak-anak semurah RM5 ke RM20. Saya jual beg tangan , saya jual kasut , saya jual pandora .. semua pun laku lah. Allhamdulillah.

Yang penting niat. Saya jual murah kerana saya tak tahu nak beri kepada siapa. Merujuk kepada pakaian anak. Takut kalau kita tak biasa dengan orang tu tiba-tiba ita beri baju anak kita pada orang tu. Orang tak terima. Jadi saya jual murah. Dan postage di tanggung oleh pembeli. Di samping dapat tambah kawan , dapat juga d jadikan hobi baru.

Namun .. menjual barangan pre-loved tidak lah semudah yang di sangka. Penat juga melayan pembeli. Sehingga sengal tulang berlikat. Jadi saya sediakan tips ini supaya memudahkan untuk urusan jual beli.

Tips sebelum menjual barangan pre-loved di facebook atau internet.

  1. Sediakan plastik pos dan borang pos laju awal awal.
  2. Untuk lagi mudah , harus ada bank online.
  3. Line internet mesti laju berdesup
  4. Ambil gambar barangan / baju preloved. Mesti jujur jika terdapat kerosakkan , cth zip tak boleh guna dan sebagainya.

Semasa upload gambar 

  1. Sediakan detail barangan seperti size , warna , ukuran baju jika jual baju , kondisi barangan tersebut. Mesti jujur dan telus.
  2. Nyatakan harga.
  3. Nyatakan harga postage atau  boleh COD (Cash on delivery ) atau tidak.
  4. Jika ingin berniaga di group facebook , pastikan anda baca syarat beriklan terlebih dahulu. Ini mengelakkan anda di ban seumur hidup. Rugi tu .. potensi pembeli mencecah berbelas ribu malahan boleh sampai 200 ribu. Pembeli juga bertambah setiap hari.

Step berikutnya. 

Setelah menerima tawaran dari pembeli , ” be nice ” dan  senyum .. walaupun melalu PM , mesej , whatsapp .. apabila anda senyum , anda mesti dpt melayan kerenah pembeli yang pelbagai. Insyallah … kalau ada rezeki tidak kemana.

Berikan nombor akaun bank anda. Setelah menerima bukti bayaran , terus minta alamat , dan bungkus. Jangan tangguh-tangguh kerana nanti anda terlupa. Maklumlah … banyak ni barang yang hendak di preloved kan.

Ada juga pembeli yang akan minta ukuran. Anda bersedialah dengan pita tape sekali.

Baru baru ini , saya jual baju anak anak saya sebagai pre-loved , di samping dapat memgosongkan almari pakaian anak – anak dapat juga membeli baju baru untuk anak-anak. Jual murah murah sahaja walaupun kondisi baju sangat elok. Selebihnya niatkan kita mejual sambil bersedekah.

Sekarang .. saya mecari almari hiasan pre loved .. corak putih .. kalau ada .. hehee ..syok pulak. Tapi hati-hati juga. Ada scammer .. nak saya cerita pasal scammer ni kah ? Jika share entri ni banyak baru saya cerita lah… ngee~ nak ke nak ?

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

6 Comments:

  1. haa…. bila dah terjebak mmg syiok kan bee…

    nis pernah terjebak… jual baju2 terpakai nis, baju2 melayu anak2… laku jer…

    tapi la ni dah lama stop pulak. nanti sambung balik.. haha

  2. idea yang bagus nie..rasanya nak jengok dalam stor lah selepas ini mana tahu ada barang yang boleh jual punya

  3. boleh ringankan rumah, banyak sangat barang tak pakai dah kan

  4. Boleh let go barang yang tidak diperlukan. Dapatlah juga hasil duit dengan menjual. Salah satu kebaikkan ada menggalakkan guna semula dan tidak memberikan kesan kepada alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *