Resepi Ayam Masak Halia untuk ibu berpantang

Resepi ayam masak halia untuk ibu berpantang timbul bila saya masakkan untuk adik saya sendiri yang baru sahaja melahirkan cahaya mata ke dua beliau. Awal tahun lagi keluarga kami dah terima 2 orang kelahiran orang baru. Di taiping adik bongsu juga melahirkan seorang baby boy anak sulung beliau. Seronok bau baby …  sedap… Sekarang beralih ke cara masa ayam masak halia resepi khas dari saya . Masaakan ini mudah , bahan tak terlalu susah nak cari , ada je di ceruk dapur kita. Suami-suami pun boleh cuba masaakan untuk isteri tersayang.

Resepi Ayam Masak Halia untuk ibu berpantang
ayam masak halia

Bahan :

  1. Ayam setengah ekor
  2. Halia sebesar penumbuk , ricik halus atau potong nipis terpulang
  3. Bawang merah besar 2 biji
  4. Bawang putih (satu labu)
  5. Minyak bijan atau minyak biasa.
  6. 2 cawan air.

Cara masak :

  1. Ambil 2 sudu minyak , masukkan ke dalam kuali dan tumis bahan di atas halia , bawang merah dan bawang putih.
  2. Apabila dah berbau wangi , masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam kuali , goreng dengan bahan-bahan tadi sehingga air ayam keluar sikit.
  3. Masukkan air , perlahan kan api .. reneh sehingga ayam masak dan air tadi menjadi agak-agak 1 cawan sahaja.
  4. Masukkan garam secukup nya.
  5. dah siap boleh makan dengan nasi panas-panas.

Petua orang dulu untuk menyediakan makanan bagi mereka yang baru melahirkan anak.

Tak boleh makan makanan berkuah banyak sangat. Anda bagaimana ?  boleh lah sambung baca di sini :

Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak

9 Comments

  1. Lativa Sakina 6 December 2017 Reply
  2. bisnis borneo 3 February 2016 Reply
  3. Fatin 29 January 2016 Reply
  4. oyong ilham 21 January 2016 Reply
  5. zonabatik 20 January 2016 Reply
  6. Ndotkom 19 January 2016 Reply
  7. Cik Nis AnnisaBiz 18 January 2016 Reply
  8. akubiomed 17 January 2016 Reply
  9. resepi 16 January 2016 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.