Khasiat Sebenar Halia – tips awet muda

Teh halia untuk kesihtan..jom tengok khasiat halia untuk kesihatan korang dan saya juga..s ebenarnya dulu saya selalu amalkan teh halia nih..entah kenapa sejak akhir-akhir nih saya lebih suka kepada indocafe..sehari tak perkena indocafe tuh ibarat macam tak lengkap lah hidup saya nih..

Tapi.. sekarang badan dah terasa sengal-sengal dan selalu juga kaki terasa kebas , letih-letih…kemudian ada nenek kat rumah nih cakap..darah tak mengalir dengan baik..itu pasal lah kaki tu selalu kebas sejuk-sejuk katanya…nenek tu cadangkan pada saya untuk minum air halia kaw kaw punyer campo daun pandan sikit ..wah saya tak sanggup lah nenek hahaaa! tapi saya boleh minum kalau halia tu campur dengan teh..ok lah kan…so kena amalkan balik minum teh halia untuk kesejahteraan diri sendiri.

KHASIAT TEH HALIA
{sumber :  http://www.sihatselalu.com.my}

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Halia dalam perubatan moden 

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin.

Halia sebagai perisa Masakan

Di kalangan mayarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin dengan halia

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut . Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

tips buang segugut dengan halia

Banyak Kegunaan Halia 

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga,pening kepala demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Search

Comments

  1. Apa pulak khasiat Ginger oil ???? Habbatussauda oil??? Garlic oil???

  2. LALA MIE-CA MICA :

    klau nk hancurkan lemak , tumbuh hlia dan biarkan semalaman

  3. cuba guna produk sra c halia pala mint…. senag, mudah, berkhasit dan murah.
    laman web http://www.srasee.com. cuba jgn tak cuba…

  4. best minum air halia… boleh turunkn berat badan percaya atau tida cubalah hehehe

  5. I love ginger.

  6. pneumedic :

    halia ni memamg bagus dalam dunia perubatan,even ada sesetengah ubat yang menggunakan halia sebagai bahannya..tapi tu la..kalau dah makan tu..angin tak henti2..pencemaran bau pun bermula hehe

  7. info tentang halia di SIHAT SELALUKhasiat Halia

  8. @LyNn'Azlinahah atapi baik tuk kesihatan…bee jenis apa yg elok sesah jer..

  9. @sissyirahaha tul lah tuh bunag angin..

    auto tu syira…join network blog !

  10. @sarah-najwanbuh banyak2 sikit kak!

  11. @NzAbuat ulam mang tak pernah lagi..bee tk suka gigit halia tu lain mcm sikit rasanya

  12. @Ummirossyup banyak kak!

  13. @rizwan's sweetheartrasa halia lah fda hhehehe

  14. @rizwan's sweetheartkadang2 kalo termakan bee telan jugak! hahaa

  15. @sw33tdarlingteh halia mang sodap..

  16. LyNn'Azlina :

    saya suka makan jeruk halia kering tu…sedap..pedas2 jer rasanya..air halia xsuker

  17. salam

    kak, syira suka gak minum air halia ni, sedap jah buang angin…hahahha…

    p/s : kak, nak tanya ni, entry akak yang kat blog tu auto update ke kat FB? ke masukkan link scr manual..heheh…dah buat akuan FB ni, tapi belum rasmi lagi…hehehe

  18. sarah-najwan :

    guna halia utk masak je..
    utk minum..erkk..xbole telan bee..huhu

    tapi da ok sb da guna dlm masaknkan..

  19. halia mmg bagus utk buang angin bee..akak suka makan halia buat ulam or jeruk..ttp halia mudalh…

  20. Waa nice info,banyak khasiat halia ni rupanya

  21. rizwan's sweetheart :

    fda suka makanan berunsur halia… tapi suka amek rasa jerk.. nak soh makan halia tu? jangan harap!!! biar disupa sekalipon, jangan mimpi fda akan makan… :)) dalam air apakah rasanya bee?

  22. sw33tdarling :

    makan halia yang diblend dalam masakan mmg no hal.. tp nak minum teh halia, tak tertelan rasanya…

Trackbacks

  1. [...] atau teh halia dan minum dalam keadaan air masih suam-suam , kalau sejuk kurang berkesan. Dipercaya halia mempunyai khasiat yang  dapat mengalirkan darah haid dengan lebih lancar dan kita selesa ketika [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: