Magfiraht travel

Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak

Kerah balik otak dan ingat balik resepi berpantang yang telah saya amalkan dulu , insyallah kalau rajin boleh letak resepi nya pulak.Ketika dalam pantang banyak tips-tips dari orang tua-tua , semasa bersalin bukan mak kita saja bagi nasihat itu ini , dari awal bersalin tu .. dan berderet tips dari doktor , jururawat , kemudian mak , kemudian makcik urut dan kemudian dari sesiapa sahaja yang melawat kita semasa bersalin.

Dengan SD2 , Anda boleh kurus tanpa menahan rasa lapar dan mudah 4kg-10kg seminggu , juga sesuai untuk ibu selepas besalin : Dapatkan SD2 Anda Sekarang

Topiknya disini , adakah semua tips dan juga amalan yang di sarankan itu berguna untuk kita ? ya .. mari lah sama-sama fikirkan logiknya pula.Logik tak logik saya cuma share apa-apa info yang pernah saya dan orang – orang terdekat lalui.

baby sehari lepas dilahirkan

Kenangan ketika Laila baru sehari umurnya ..

Senarai Makanan ketika berpantang selepas bersalin/beranak.

  • Ikan haruan/ayam masak piandang dengan herba-herba yang sangat banyak
  • Ikan Haruan/ayam masak halia dengan potongan halia dan bawang putih yang banyak
  • Ikan haruan/ayam masak asam dengan potongan halia dan bawang putih yang banyak
  • Ikan haruan/ayam masak lada hitam dengan potongan lada hitam dan bawang putih yang banyak

Semasa saya berpantang itu saja kot lauk yang sangat popular untuk di sediakan oleh mak saya. Memang hendak tak hendak saya terpaksa telan.Banyakkan bawang putih untuk buang angin , banyakkan lada hitam dan halia pun sama untuk buang angin dan panaskan badan , Tapi .. jika di ambil keterlaluan takut anak pula yang kepanasan , ye lah anak kan minum susu badan semasa berpantang , oleh itu .. cara nak kenal anak yang berjangkit panas dari kita , adalah dengan cara tengok mata nya , biasanya ada banyak taik mata. Kalau nampak taik mata di mata anak tu cepat-cepatlah tukar diet kepada.

Dengan SD2 , Anda boleh kurus tanpa menahan rasa lapar dan mudah 4kg-10kg seminggu , juga sesuai untuk ibu selepas besalin : Dapatkan SD2 Anda Sekarang
  • Ikan/ayam di buat sup biasa.
  • Sayur dibuat ulam (Ada pula jenis-jenis sayur yang boleh dan tak boleh makan cth kubis lah , sebabnya sejuk mak cakap saya ikut jek , sebab kubis kalau saya makan banyak saya sendiri rasa tak sedap badan walaupun tak berpantang bersalin ni)
  • Kurangkan makanan yang berfungsi untuk panaskan badan.

Dan ada beberapa amalan yang mak saya selalu sangat pesan.

  • Jangan minum air sejuk.
  • Makan nasi di larang bertambah.
  • Tak boleh banyak duduk.
  • Tak boleh berjalan dengan cepat.
  • Tak boleh marah-marah
  • Ikat rambut tinggi-tinggi (untuk elakkan angin meroyan katanya , saya buat juga .. sakit kepala tu hilang.. siyesss)
  • Mandi air herba , seboleh – boleh nya kalau tak tahu nak cari pucuk-pucuk hutan tu , gunalah daun serai , daun pandan , daun maggis atau daun rambai (saya ikutkan je .. hehehe tak tau kenapa kena mandi dengan herba2 ni , tapi suka dapat belaian dari mak)
  • Basuh tempat intim dengan daun sireh , asam keping direndam dalam air suam (untuk pulihkan kembali urat saraf dan buang kuman.Yang ni saya percaya sangat)
  • Berjalan jangan sampai tersadung kaki , jangan ada yang terpijak ibu jari kaki dan sebagainya (ini kerana di risaukan turun darah atau bentan kata orang tua , yang ni saya sendiri tak tahu sahih tak sahih , ikut saja lah.)

Ok itu sahaja amalan dan makanan yang saya ingat untuk di updatekan disini , semua di atas saya amalkan .. tak de kesan sampingan kot .. selamat jek melahirkan 3 orang anak , banyak pulak kan .. tu belum masuk petua anak lagi tu … ok nanti sambung …

Sebelum ni saya ada buat entri Makanan ibu berpantang dan kebaikkan dan keburukan makanan tersebut – klik link 

Krim untuk orang selepas bersalin : DISINI

Search

, , , , , , , , , , , , ,

50 Responses to Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak

  1. jacklyn 24 January 2013 at 2:59 pm #

    nak tanya,anak saya ada kuning macam mana nak kurangkan kuning?

    • puanbee 24 January 2013 at 10:09 pm #

      nak kurangkan kuning ? kena bagi baby minum susu badan banyak2 …

      kadang2 baby suka tidur dari minum susu kan ? kejutkan … bila banyak minum susu ibu , banyak berak jadi kuning ku akan berkurangan ..
      puanbee recently posted..Hari jadi si dia yang teristimewaMy Profile

      • wati 30 January 2013 at 12:31 pm #

        Tumpang lalu…Jom cuba Bio Velocity Sleep Mate..mampu mengurangkan kuning (jaundice) pada baby dan sesuai digunakan untuk seisi keluarga………….

  2. norha 16 December 2012 at 6:02 pm #

    bagus info ni.mesti cuba jg

  3. pakmod 18 October 2012 at 3:13 pm #

    terima kasih untuk info.
    pakmod recently posted..Trilogi DUA: Dua DarjatMy Profile

  4. Shahrani 29 May 2012 at 5:59 pm #

    Tumpang iklan..:-)
    saya ada menjual ikan haruan kering sesuai untuk ibu-ibu yang sedang perpantang..
    sila hubungi saya untuk tempahan di
    shahrani.yahyaarif@gmail.com..

    terima Kasih Pn Bee

  5. Ummi Hanie 26 April 2012 at 12:06 pm #

    baguih bee… nis pun nak listkan nanti sebelum terlupa, tp insyaallah sleang 2 thn beranak punye :p
    Ummi Hanie recently posted..Ucapan selamat hari lahir buat….My Profile

  6. Juan 24 April 2012 at 6:28 pm #

    saya x tau pasal pasal ni, hehehe
    Juan recently posted..Rumour – Samsung Galaxy S3 Photo and Video LeakMy Profile

  7. razfira 22 April 2012 at 9:54 am #

    wow banyak btol pantang larang ek
    razfira recently posted..Review The Cabin In The Woods: Cerita Paling KejamMy Profile

  8. bardboo 21 April 2012 at 12:46 am #

    masa pantang dulu pun bard tak boleh tambah nasi masa makan…time pantang tu memang seksa la kan..huhu..
    bardboo recently posted..Eiffel, I’m in Love | Percutian di ParisMy Profile

  9. incik 19 April 2012 at 6:34 pm #

    wahhh bagus ni pb.. kena salin ni untuk bakal isteri saya nanti. :)
    incik recently posted..Ikan dan sushi ‘glow in the dark’My Profile

  10. Jebeng Otai™ 19 April 2012 at 1:14 am #

    alamakaih byk nye pantang larang.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Mampukah Kita Hapuskan PTPTN ?My Profile

  11. puan kutu 18 April 2012 at 7:03 pm #

    kutu tak pernah makan ikan haruan sepanjang berpantang.mungkin sbb ssh nak carik.lgpun MIL mmg tak makan ikan darat.ayam mmg kutu tak makan.makan ikan singgang,ikan goreng minyak sikit n kadang2 ikan bakar makan dengan nasi panas2 n lada hitam tumbuk.mmg tak selera mkn time pantang,sbb tu berat turun ke asal.tp pas pantang naik balik penangan ubat,haha..

  12. donnyien 18 April 2012 at 3:35 pm #

    Info berguna terima kasih puan.Bini Don lama lagi laa..skrg bini sambung study, kena tunggu 2 tahun lagi.. baru boleh dapat baby.
    donnyien recently posted..Wordless Wednesday # Air Terjun Langanan Poring RanauMy Profile

  13. hafizal 18 April 2012 at 3:20 pm #

    bagus lah info nie…saya pun tak lama lagi nak dapat baby baru
    hafizal recently posted..Ganas Abis…. Projek Terbaru…..My Profile

  14. adeeya 18 April 2012 at 3:19 pm #

    Makanan orang berpantang memang tak sedap ek? Huhuhu :|
    adeeya recently posted..Happy FridayMy Profile

  15. kayrul 18 April 2012 at 2:40 pm #

    sama la kayrul punya pantang macam puan bee cuma kalau lada hitam tue letak sikit jer, kalau terlebih letak mesti baby cirit birit
    kayrul recently posted..Warung Pok Su & Mok Su, Tanjung Lumpur, KuantanMy Profile

    • puanbee 18 April 2012 at 4:26 pm #

      itu lah dah cakap di atas , tengok keadaan dulu .. kalau rasa baby tu dah berjangkit panasnya eloklah kurangkan lada hitam , halia , kunyit tu ..
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

  16. azmanisma 18 April 2012 at 11:53 am #

    Kdg2 saya heran..omputih tak berpantang pun,depa sebat semua hehehe
    azmanisma recently posted..Orang Bertatoo GanasMy Profile

  17. Denaihati 18 April 2012 at 10:52 am #

    Bab berpantang kalau dapat ikut 100% tip2. Pbee memang bagus, skarang makin kurang betul2 ikut.

    • puanbee 18 April 2012 at 4:29 pm #

      layan jek , cuma yg tk boleh ikut , kena minum air sikit .. adeii tk boleh lah sy suka minum air kosong hehe , tambah cuaca sekarang panas , tk cmm dulu .. zaman mak2 kita cuaca sejuk je .. boleh lah ambil semua panas2
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

      • puan kutu 18 April 2012 at 7:06 pm #

        kutu mmg tak pantang bab air.minum je byk2 air suam.pastu makan sunkist utk elakkan sembelit.klu tak makan mmg ssh nak buang.haha..
        puan kutu recently posted..Wordless Wednesday : Famili NegeriMy Profile

  18. appleijo 18 April 2012 at 9:59 am #

    laila tu baby kan beb? gila gebu budak kecik itu hehehe..tapi yg pasti, aku rasa makanan org pantang ni pun sesuai kalau org nk diet n kuruskan..cayokkkk
    appleijo recently posted..w0rdless wednesday 18#My Profile

    • puanbee 18 April 2012 at 4:30 pm #

      yup , baby dah tukar nama sekarang , dia suruh org panggil dia laila bee , hahaha …

      yup sesuai juga .. tapi kalau kena musim panas berasap leeee
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

      • appleijo 18 April 2012 at 4:44 pm #

        hahahaha amboi baby udah pandai skrg ek..nak panggil laila bee plak..hahahaha sweet kan..

        tu lah pasal..bkipas lah jwpnya kalau makan makanan org pantang hehehe…tapi aku suka jugak amik makanan adik aku masa pantang dlu..aku dh try join contest tu beb..tapi tak tahu btol ker tak apa yg aku buat agaknya hahaha bedal jer
        appleijo recently posted..My #toshibaultrabook contestMy Profile

  19. Terbelog 18 April 2012 at 9:20 am #

    kenapa ompute x berpantang kak
    Terbelog recently posted..Wah Idris cipta lagu ‘You, I Believe’ untuk Najib dan MuhyiddinMy Profile

  20. Hafizul 18 April 2012 at 8:26 am #

    Adoi.. bulat nye dia. Haha. Ikan kering tak termasuk senarai ke????
    Hafizul recently posted..My #toshibaultrabook contestMy Profile

    • puanbee 18 April 2012 at 4:32 pm #

      mak akk bagi jugak ikan masin , tp akk tk suka , rela makan dengan telurgoreng tu jek kot ..so tk de dalam senarai .. lagi pun tak de zat sgt ikan masin ni , lagi tk elok sbb banyak garam ..
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

  21. Ibu Mifzal Arsyad 18 April 2012 at 7:53 am #

    menu ayam? kalau awal2 bersalin mak mentua sy x bagi makan ayam..tp bila dah lama sket 3 minggu..try gak makan..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Cantik Tak Tulisan ABC Budak 4 Tahun?My Profile

    • puanbee 18 April 2012 at 4:33 pm #

      Mak saya kasi jek awal2 , tapi kalau ade rasa gatal di luka2 bersalin tu , makanya tak boleh makan le .. kata mak saya , tapi saya makan ok …
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

  22. zie fauzi 18 April 2012 at 12:27 am #

    Kalau mak zie lak, santapan lepas bersalin ni lebih kurang mcm Bee tulis tu la.. Dengan nasi panas/nasi yg betul2 baru lepas masak.. Xleh nasi sejuk atau nasi yang kita panaskan balik.. :) Mkn je la apa yg mak buat kan..

    Ingat anak yg kedua ni mcm nak berpantang sendiri saja kat rumah.. taknak nyusahkan mak,sbb kenduri adik zie pun dlm zie duk pantang kalau x salah.. 2 org baru nak mai dlm family, srg adik ipar,sorg lagi adik ALya…
    zie fauzi recently posted..Pantang Larang Ketika HamilMy Profile

    • puanbee 18 April 2012 at 4:34 pm #

      ya lah lupa nak mention dalam entri , tq nanti bee update lagi .

      Satu macam tk nak susahkan org , satu lagi segan jugak kan nak netekkan anak depan org , plus kita pun tk boleh makan apa diorang hidang , siksa batin tu kuikuikui ..

      boleh ke pantang sendiri ? alya ok ?
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

      • zie fauzi 19 April 2012 at 8:24 pm #

        rasa mcm boleh kot… cik abg pun dah mcm ok je… tp x tahu la hujung2 nanti mak suh duk dgn dia plak…
        zie fauzi recently posted..Header ComelMy Profile

  23. Norasikin 17 April 2012 at 10:59 pm #

    Kat spital, diaorg bg je apa2 yg kita nak makan. Siap boleh pilih lg. Tp bila balik umah je, mcm2 kena pantang. Rasa mcm nak dok spital je sampai lepas hari
    Norasikin recently posted..Kenapa Resepi Di Sini Berbeza Dari Resepi yang LainMy Profile

    • akubiomed 17 April 2012 at 11:27 pm #

      Setahu saya menu hospital tidak ada pantang. Orang barat bersalin pun tidak berpantang.

      Maksud saya bukanlah menolak berpantang kerana isteri saya juga berpantang seperti apa yang disenaraikan oleh Puan Bee.
      akubiomed recently posted..DiGi Best Prepaid memang bestMy Profile

    • puanbee 18 April 2012 at 4:36 pm #

      memang , tapi di hospital lah tips , macam mana nak buat senaman kemut , tips nak jaga payudara sebagainya lah .. tapi makan apa pun diorang bagi , sebab saya biasanya bersalin pagi balik petang so tk de berpantang dlm hospital sangat le ..
      puanbee recently posted..Cerita Daftarkan Anak Tahun 1My Profile

  24. ummiross 17 April 2012 at 10:51 pm #

    Alahai comelnya Laila..pipi temban,rasa nak cium-cium..
    ummiross recently posted..KAIN PASANG CORAK ETNIK TERBARU CUN!!!My Profile

Trackbacks/Pingbacks

  1. 4 Khasiat Serai - Buat sendiri teh serai | Puanbee.com - 14 March 2013

    [...] telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba [...]

  2. Bio Ever Nano Cream | Krim anti penuaan , merawat symptom menopause dan megetatkan vagina wanita bersalin. | Puanbee.Com - 8 September 2012

    [...] saya nak terjemahkan disini , tapi krim ini memang elok di gunakan oleh wanita yang telah pun melahirkan anak di vagina nya untuk kembali merasai kenikmatan suami isteri , macam dara gitu .. Juga elok sangat [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge