Ladies only Zumba classes Ampang

Share

zumba5Tajuk je speaking lebih , isi bahasa melayu okay ? Dah lama saya nak kurus , dari sejak gemuk selepas ambil pil perancang sejak melahirkan anak no.3 si laila .. macam-macam dah buat , tapi cara salah dan tak berhenti pil perancang .. maka nya saya menjadi sangat gemuk … hampir 100 kg .. dah berenti pil perancang berat tak naik , tapi perut naik .. Allhamdulillah .. dapat sorang anak lelaki. SELEPAS melahirkan anak ke – 4 memang dah target nak kurus balik , baju semasa kurus tu semua masih ada simpan , memang tekad nak pakai semua baju semasa kurus semula , lagi-lagi baju kurung tu.

Allhamdulillah .. selama 1 tahun 4 bulan jaga makan ,  berat saya turun banyak .. 96kg ke .. kadang-kadang 80kg hingga ke 75kg . Asyik duk turun naik .. risau la naik lagi … so nak tak nak saya kena excersise …

zumba
Umur pun dah tua dik non …. kalau en suami balik saya memang rajin main badminton , bila dia tak ada saya ikut kelas zumba untuk ladies sahaja ni , bayaran pun cuma RM5.00 sekali join , dekat pula tu dengan rumah ..dan part paling best bawa je anak-anak sekali. Anak-anak free saja. Anak saya bawa kasut roda .. mereka main kasut roda , baby tu kakak long tolong jagakan.

zumba4

Cikgu kelas zumba ni sporting , baik  dan memang rasa ter inspirasi sangat , aktifnya bukan main , rasanya saya muda sikit dari cikgu-cikgu yang ada tu , lagi-lagi cikgu ZIN AIDA , tapi stamina diorang .. fuh fuh fuh ..  sangat lincah . Saya sendiri tercungap – cungap ..

zumba3

SIAPA NAK IKUT KELAS ZUMBA NI BOLEH LAH FOLLOW CIKGU ZIN AIDA DI INTAGRAM @aidamohd501  / atau facebook ada group juga ..   https://www.facebook.com/groups/1405297146432039/

ZIN Aida Mohd

Full Time Zumba Fitness Instructor

Part Time Newscaster Astro Awani

Kuala Lumpur, Malaysia

Kelas zumba berlangsung setiap ISNIN , RABU DAN JUMAAT , JAM 9.00pm – 10.00 pm , di  Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik – berdekatan Sek Men Aminuddin Baki Kampung Pandan…berdekatan bulatan Kampung Pandan , Dalam 3 hari seminggu tu mereka tukar2 cikgu , takde la bosan kalau menari beramai-ramai .. sejam tak terasa pun …  best sangat ..

zumba2

Yang penting peluh jantan , peluh nakal , peluh malas , peluh pondan  semua keluar lah … Jumaat ni ada kelas , tapi saya tak dapat pergi lah .. simpan tenaga untuk sorak di padang , anak-anak ada sukan sekolah pada hari sabtu .. ah gitu …. buat masa sekarang … saya lah mak , saya lah ayah …

INFO : Target Latihan Zumba Fitness

Seperti tarian yang lain yang merupakan latihan cardio, zumba memiliki gerakan bertenaga sehingga menimbulkan contraksi pada otot. Gerakan yang cepat juga menghasilkan tidak hanya pembakaran kalori dan lemak tetapi sekaligus menyihatkan jantung.

Target latihannya adalah all core, dengan sasaran fat and calorie burning, seperti dansa umumnya zumba bisa membakar 400-800 kalori, namun pada tingkatan mahir, tarian ini bisa membakar lebih dari 1000 kalori per satu jam latihan,”

Zumba melatih seluruh tubuh dari kepala hingga kaki. Gaya tarian latihan yang berfokus pada gerakan puncak, perut dan pinggul, mampu meningkatkan fleksibilitas tubuh jadi lebih baik.

zumba6

Anak yg kecil sekali tu aktif , memang susah nak ambil gambar dia kecuali dalam kereta , tengah makan , atau dia tak sihat … gambar tu yang terbaik sebab laila possing baik punya .. hehehe ..

dah selamat membaca ..

p/s : ada yang tanya tips kecantikkan .. wuwuuwwuw .. tak tau lah .. saya memang aim nak kurus , cergas je .. semua tips yang baik dan sesuai saya follow .. Berada di dalam situasi ” Perkahwinan Jarak Jauh ” bukan senang … kalau kita tak sihat , melepek .. apa la nasib anak-anak tu nanti kan ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

6 Comments:

  1. Klau ikutkan hati mmg nak sgt join group cam ni tp ade anak Kecil 2org.. Kan best Klau ade servis mengasuh anak sekali.. Klau ade tmpt cam tu ajak sekali ye.. Prefer kwsn ampang or cheras

  2. owh cam ni la zumba ya. banyak dengar tp tak pernah tengok lagi sendiri. Semoga berjaya kak

  3. caiyok2 puanbee…

    mcm terhengen je nak berzumba…. nampak ada jual DVD zumba utk menari kat romah… ahaha….

  4. BESTMobile Malaysia

    saya pun nak kurus juga, tp susah la, memang nak kena aktiviti berat juga untuk badan bakar lemak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *