SPA DI RUMAH – Aromatheraphy Foot & Bath Salt

Salah satu cara untuk manjakan diri dan rilekskan badan sendiri. Tetapi saya bukan lah seorang yang suka ke SPA , terdapat banyak sebab saya tak pergi salah satunya jimat duit. Aromatheraphy foot & bath salt adalah salah satu produk jenama Sutra. Tetapi jika ada orang belanja saya okey je…

Kebaikan yang kita akan dapat apabila melakukan spa kaki adalah :

  • Kulit kaki terasa lembut.
  • Mengurangkan rekahan pada tumit kaki.
  • Membenarkan kaki rilek dan mengurangkan ketegangan pada kaki. Sangat sesuai kepada mereka yang selalu memakai kasut tinggi dan kasut sarung.
  • Aromaterapi nya akan membuatkan minda kita tenang.

Cara untuk melakukan SPA KAKI di rumah anda menggunakan produk SUTRA.

sutra 2

Tuangkan air suam ke dalam bekas , sesuai untuk merendam kaki anda.

Khasiat dan kelebihan cuka epal ( Apple Cider Vinegar )

Semasa saya mengikuti group diet atkins malaysia di facebook. Ahli group memperkenalkan saya dengan cuka epal ni. Pertama kali saya baca di group tersebut , terus saya buat bacaan dan mencari kebaikkan lain serta keburukkan mengamalkan cuka epal ni. Selepas itu saya terus ke Carefour berdekatan dan membeli cuka epal. Pada waktu itu saya membeli cuka epal dengan pertambahan madu di dalam nya. Dan harga agak mahal. Kali kedua saya membeli pula cuka epal jenis Bragg ini. Kerana kebanyaakn member group syorkan jenis organik dan di datangkan dengan mother (ibu cuka ) iaitu serdak serdak dan tanpa tapisan gitu. Cuka dengan ibu cuka ini di katakan lebih berkesan jika anda ingin kan kesan dengan cepat. Harga nya cuma RM22.90 , untuk kedai lain saya kurang pasti.

khasiat cuka epal

Tips Kurus Selepas Beranak Pinak

Saya dapat banyak PM ( Private Messege ) di Facebook , kebanyakkan nya dari pembaca setia blog puanbee.com ni. Terharu saya bila masih ada juga yang mengikuti perkembangan diri saya secara diam. Siapa lah saya ni .. hanya seorang surirumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Blog ni pun saya tulis sekadar hobi. Tak ada apa yang istimewa sangat pun.. kecuali bebelan biasa seorang ibu dan pengalaman pengalaman rakyat marhaen biasa.

Tapi .. di sebabkan dah berjanji juga dengan 2-3 orang pembaca yang saya akan share tips kurus dan kecantikan dari saya .. mereka nak tahu sangat apa saya buat terhadap diri saya , dari segi kulit dan bentuk badan telah berubah.

Saya kurus sikit .. saya masih gemuk. Huhu .. untuk mencapai berat ideal saya perlu buangkan lagi 25kg. Walaupun saya telah buang hampir 20KG lemak sebelum ni.

pb kurus 2

Di atas gambar saya dulu-dulu … masa ni anak baru 3 orang .. sihat sungguh … lebih 100kg berat saya waktu tu. Memang saya selalu tulis nak kurus , nak kurus , tapi tak pernah tercapai pun … macam-macam dah buat la .. makan segala ubat kurus duk macam tu juga. Pakai corset .. nampak shape tapi tak kurus juga.

Dua di bawah ni gambar terkini …

Macam mana nak kurus ?

Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong

Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin. Pentingnya air. . Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih…

Ladies only Zumba classes Ampang

zumba5Tajuk je speaking lebih , isi bahasa melayu okay ? Dah lama saya nak kurus , dari sejak gemuk selepas ambil pil perancang sejak melahirkan anak no.3 si laila .. macam-macam dah buat , tapi cara salah dan tak berhenti pil perancang .. maka nya saya menjadi sangat gemuk … hampir 100 kg .. dah berenti pil perancang berat tak naik , tapi perut naik .. Allhamdulillah .. dapat sorang anak lelaki. SELEPAS melahirkan anak ke – 4 memang dah target nak kurus balik , baju semasa kurus tu semua masih ada simpan , memang tekad nak pakai semua baju semasa kurus semula , lagi-lagi baju kurung tu.

Allhamdulillah .. selama 1 tahun 4 bulan jaga makan ,  berat saya turun banyak .. 96kg ke .. kadang-kadang 80kg hingga ke 75kg . Asyik duk turun naik .. risau la naik lagi … so nak tak nak saya kena excersise …

zumba
Umur pun dah tua dik non …. kalau en suami balik saya memang rajin main badminton , bila dia tak ada saya ikut kelas zumba untuk ladies sahaja ni , bayaran pun cuma RM5.00 sekali join , dekat pula tu dengan rumah ..dan part paling best bawa je anak-anak sekali. Anak-anak free saja. Anak saya bawa kasut roda .. mereka main kasut roda , baby tu kakak long tolong jagakan.

Snowdrop cloth pad review , kebaikan cloth pad dengan harga berpatutan.

Tahukah anda  ?  Sanitary pad atau pad pakai buang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan bahagian intim wanita ? sebenarnya pad pakai buang ini di perbuat dari pulpa kayu dan bahan terbuang. Walau nampak macam putih suci je tapi sebenarnya ia datang dari bahan yang kotor.

Pad pakai buang mudah di dapati .. macam murah dan mudah tetapi sebenarnya  agak mahal dan mendatangkan keburukan kepada wanita khususnya. Masaalah segugut , darah haid berbau , bahagian intim wanita kegatalan , ruam , keputihan  semuanya berpunca dari penjagaan + pad pakai buang.

snowdrop cloth pad review

Apa itu virus E-Coli

kenapa saya terlambat mengetahui berita virus E-COLI ni ? adei ketinggalan sudah huhu...Dengar cerita dari sini Virus E-COLI telah menyerang Eropah , E-COLI yang juga di kenali dengan nama saintifiknya Escherichia coli , boleh juga terdapat dalam makanan seharian kita .. takut juga yer.. tapi mari tengok sedikit maklumat dalam petikan di bawah .. E.coli jenis amat berbahaya itu sudah menyebabkan kematian 18 orang di Jerman dan satu di Sweden serta menyebabkan lebih 1,700 jatuh sakit, dalam wabak maut E.coli paling teruk yang pernah direkodkan. Hasil pertanian…

Berat berlebihan panjangkan umur manusia.

Selama ini kita diberi peringatan tentang bahaya memiliki berat badan berlebihan. Sebuah kajian yang dijalankan di Australia sebaliknya mendapati golongan yang berumur 70 tahun ke atas yg memiliki berat badan berlebihan memperoleh jangka hayat tambahan sehingga 10 tahun lebih lama berbanding mereka yang sebaya dengan berat badan normal. Kajian di dalam Journal of the American Geriatrics Society itu bertentangan dgn kajian asal yang mencadangkan memiliki berat badan berlebihan mengundang pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit jantung. "kajian kami mencadangkan mereka yang berumur 70 tahun dan memiliki kesihatan yang…

Bila sikecil tumbuh gigi

Bila agaknya bayi tumbuh gigi? Apakah pertumbuhan gigi semua bayi sama dan bagaimana mengetahui bayi akan tumbuh gigi? Gigi bayi mula kelihatan pada usia yg berbeza-beza antara satu bayi dgn bayi yg lain. Sesetengah bayi memerlukan masa agak lama dan sesetengah lg agak cepat. Pada usia 3 tahun,kebayakkan kanak-kanak sudah mempunyai semua gigi pertamanya (gigi susu). Jika bayi anda telah mencapai usia 12 bulan,belum mempunyai gigi pertamanya. .sebaiknya anda berjumpa doktor utk mendapatkan nasihat dan penjelasan. Pertumbuhan gigi setiap bayi sangat bervariasi dan tidak ada dua orang…

senarai 15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah , obesiti di kalangan kanak-kanak

Senarai makanan yang tidak boleh di jual di sekolah telah pun di keluarkan , hurm entah lah anak saya tu tak pula gemuk-gemuk nya , tapi ye lah jugak elok di bendung cara pemakanan anak-anak kita bagi melahirkan generasi yang sihat dan cergas di masa depan ... tinggal lagi ibu bapa....memilih makanan terbaik untuk anak-anak...tapi bagaimana pula dengan penjaja yang emnjual di luar sekolah ? di sekolah anak bee saja ada 3 motosikal mnjual aiskrim , apum balik , jambu potong , air manis , keropok lekor…