Tutorial mendaftar iklan ADSense bagi blog wordpress

Assalamualaikum dan hai , tutorial mendaftar iklan ADSense bagi pengguna blog wordpress ini di minta oleh seorang rakan blogger iaitu ciktom. Saya sebenarnya agak malu nak berkongsi , ye lah blog saya tidaklah hebat mana , tapi allhamdulillah dengan tidak menghadiri mana-mana event atau menerima banyak iklan dari adsvertiser Malaysia ni , blog saya masih mampu menjana duit. Duit ini lah yang akan di gunakan untuk membayar kos hosting dan domain serta bil internet saya. Jadi lah tu. Hobi menulis di masa lapang masih boleh di teruskan tanpa perlu modal dari poket suami. Saya surirumah tetapi bukan jenis suka meminta minta dengan suami. Saya seorang yang .. jika saya mahu saya akan dapatkan sendiri. Sebab tu lah saya buat bisnes emas kerana saya nak simpan emas sendiri. Termelalut pula.

adsense

Allhamdulillah , bulan ni merasa lagi cashout ADSense , harap berkekalan lah hendaknya dengan ADSense ni. Seperti yang semua blogger dah tahu , ADSense membayar blogger dengan matawang USD . Jadi agak lumayan lah juga.. Ciktom meminta saya buat tutorial bagaimana saya memohon ADSense dengan menggunakan blog wordpress berbahasa melayu. Sebenarnya saya pun ingat-ingat lupa. Saya mohon dulu diam-diam semasa ramai blogger mula memohon setelah ADSense menerima blog bahasa melayu. Malu lah nak kecoh – kecoh takut tak lulus.

Kemudian setelah membuat pemohonan kali pertama , ADSense reject blog saya. Atas nasihat blogger kak yanmie , beliau meminta saya buang semua banner iklan lain dan mula memakai theme blog yang simple , kemudian cuba mohon lagi kali ke dua. Mana tahu ADSense telah menerima pemohonan saya.

Cara mendaftar