Pasang Streamyx Akhirnya (3 November 2014)

Akhirnya , Streamyx menjadi pilihan , saya mengalah dengan keadaan , hampir setahun menyepi kerana line internet asyik meragam , saya pengguna YES sebelum ini , dari pakej paling bawah saya langgan pakej paling mahal , namun hasilnya ? mengecewakan. Semakin hari semakin teruk , seingat saya semasa mula-mula melanggan internet YES dahulu , line bagus , data pun tak cepat habis. Sekarang .. Teruk sangat .. lagi tinggi kuota data yang di langgan , lagi cepat habis dan saya perlu topup data berulang kali , ye la .. saya perlukan internet untuk bisnes kecil-kecilan dari rumah dan juga update blog tak seberapa ni.

Ejen Streamyx Tesco
Ejen Streamyx Tesco

Setelah membuat kajian terperinci , dan menyiasat sama ada di kawasan rumah saya boleh atau tidak jika ingin pasang UNIFI , tetapi hampa .. Memang tak ada Unifi walaupun rumah di tengah bandar .. 30 minit ke KLCC. Gah sangat bunyi nya kan ? Padahal …. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada blogger shakiddo.com kerana melayan pertanyaan saya.

Akhirnya kaki melangkah terus ke ejen stremyx yang berada di sebuah pasaraya dekat dengan rumah dan terus mendaftar. Malas fikir panjang lagi. Pada 5 / 12 / 14 ni ikatan perjanjian dengan YES akan tamat. Sepatut nya saya boleh pakai lagi sebulan , tapi .. kuota dah pun habis awal bulan november ni. Apa nak buat .. sebab tu lah terlebih awal tukar ke streamyx.

Daftar Stremyx tersebut pada 27 oktober 2014 dan mereka datang pasang pada 3 okotober. Bayaran mendaftar internet stremyx adalah sebanyak RM50 jika tiada port / RM30 jika ada port. Bayar pada kontraktor. Tapi ……… jika tempat untuk tarik internet tu tak ada korang kena tambah lagi. RM50 untuk 5 meter pertama dan selebih nya RM5 untuk 1 meter. Kalau tak silap .. dan saya perlu tambah sebanyak RM325.00 .. Nangis ..

Tapi tak apa lah … untuk kegunaan jangka masa panjang berbaloi .. anak pun sekarang dah kena buat kajian guna internet. Oh lupa nak tulis di atas .. Saya ambil pakej 2mbps ( RM160 sebulan )..tapi tak ada HYPP TV la .. ingatkan nak potong je ASTRO tu. Semua kena potong dah sekarang .. “cut bajet katakan ” kontraktor tu cakap saya sorang je pakai line dengan kelajuan ini di kawasan saya. Dan mereka mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk memasang.

About the author

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

Comments

  1. macam sama je kes pb ngan Sya ni. Tapi Sya guna P1.

    kuota 23Gb pun habis dalam masa 2 minggu.

    padahal ada ketika Sya kerja, 8 jam dah tentunya kat tempat keje, tak gunakan. balik keje pun kadang penat nak hadap laptop pun tak larat. Mendenya, habis juga kuota. 2 minggu je pulak tu. Malas nak top up. Slow pun slow lah. Sabar je lah. Kalau terminate, kena bayar RM200 sebab ada kontrak. Pengsan!.

  2. Setakat ni pakai celcom. Servis kurang memuaskan. Nampaknya servis YES lebih menghampakan.

    Streamyx bagaimana pula setakat ni.

    Ingat hujung tahun ni nak juga masukkan streamyx di rumah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *