Cara cancel booking hotel di Agoda.com

Cara cancel booking hotel di Agoda.com

Sedihhhhhh .. maklum lah aku ni dah lama tak berjalan , lama gila. Sebelum pandemik covid lagi. Kemudian kena PKP , PKPP , PKPB , PKPK pun kena. Selepas berbincang dengan suami. Kami merancang hendak tidur di The Orient Star Resort Lumut semalam dan menikmati bau udara pantai sehari , kemudian hantar anak ke Teluk Intan. Dari Lumut ke Teluk Intan lebih kurang sejam saja. Kalau dari Selangor ke Teluk Intan memakan masa hampir 3 jam. Sebelum ini kami tumpang tidur di rumah adik. Tapi di sebabkan…

Pengembaraan ke Bandung dengan anak-anak

Perkahwinan jarak jauh. Banyak kisah yang tak terduga. Siapa sangka saya akan ke Bandung hanya dengan anak-anak tanpa orang dewasa lelaki ? ke luar negara tu. Emak saya punya lah risau. Saya langsung tak dapat bayangkan.

Dua hari suami mengajak saya bertemu di Jakarta. Saya menolak dengan pelbagai alasan. Hari ke – 3 saya berbincang dengan AJK KIAH PROPA. Semua menyokong saya kesana. Dorongan demi dorongan.

Saya takut sebenarnya. Tak pernah ke luar negara dengan siapa-siapa pun. Tapi atas sebab rindu dan ” terigin juga nak bejalan jauh” saya iayakan saja. Bincang -bincang maka booking lah tiket Air Asia melalui seorang rakan blogger.2014-01-28 17.33.24

Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )

Tapi tak jadi ke Jakarta kerana kurang tempat menarik. Maka Bandung menjadi pilihan destinasi. Selepas tiket kapal terbang telah di tempah. Dua tiga hari berikutnya saya buat passport untuk semua anak-anak , saya dan adik.

Kemudian booking hotel di Bandung melalui Agoda. Tukar duit Malaysia ke Rupiah siap-siap. Sungguh senang rupanya nak melancong ke luar negara. Ehemm .. lain kali suami kerja luar negara boleh lah melawat di mana di bekerja.Ā 2014-01-28 22.14.00

Saya telah booking tiket kapal terbang selama dua minggu. Mana tahu si Syamim demam sehari sebelum penebangan kami ke Bandung. Stress juga.. kesian baby muntah dan batuk teruk. Tapi terpaksa lah pergi memandangkan tiket dah booking.

2014-01-28 22.44.16

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara di Bandung , kami semua mengalami kejutan sikit. Udara di sana sejuk sangat. Laila yang pada mulanya tidak berjaket kesejukkan. Terus pinjam baju kakak Aliya . Kakak Aliya nya pula pinjam baju ibu. Sudahnya ibu lah ketar sorang-sorang di situ. šŸ™‚2014-01-28 22.44.29