Panduan buat passport di UTC Kuala Lumpur terkini

Share

UTC Kuala Lumpur … memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak kerajaan. Saya suka sangat dengan konsep di UTC ni. Cuti Tahun Baru Cina ini saya cadang hendak ke luar negara . Berjalan + berjumpa dengan abe. Perjalanan tak di rancang .. kebetulan abe cuti dan akan naik ke darat.

Agak kelam kabut buat passport .. tinggal seminggu .. nasib ada UTC .. di sana saya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun setengah jam di habiskan untuk ambil gambar passport.

passport 2014

Syarat untuk ambil gambar passport :

  1. Baju bewarna gelap bagi lelaki. Kalau tak ada takpe .. diorang sediakan kot hitam.
  2. Tudung bewarna gelap bagi perempuan. Kalau kebetulan pakai warna cerah pun tak apa .. diorang dah sediakan tudung yang sesuai semasa nak ambil gambar tu.
  3. Latarbelakang gambar mestilah bewarna putih. Mesti mengikut spesifikasi yang di tetapkan.

Di Puduraya senang.. terus je ke kedai gambar tingkat bawah dan cakap nak buat passport semua settel sekelip mata. Siap dengan borang di isi dan di kepilakn kemas.

Syarat buat passport semasa saya pergi 20 januari 2014 

  1. Gambar 2 keping
  2. Fotostat kad pengenalan bagi dewasa , fotostat surat beranak bagi kanak-kanak dan bayi. Original pun bawa juga ye.
  3. Jika buat untuk anak-anak semua anak-anak wajib hadir walaupun bayi.

syarat buat passport 2014

Kelebihan buat passport di UTC adalah .. dalam masa sejam dah boleh ambil passport nya jadi senang .. tak perlu datang sekali lagi. Almaklumlah sekali pergi berderet anak-anak ikut kan. Anak-anak mesti ada semasa nak ambil passport tu untuk dapatkan cop jari.
buat passport di utc 2014

Dulu baby bawah 2 tahun tak perlu passport sendiri tumpang passport ibu sekarang baby mesti ada passport sendiri dan ada gambar juga. Bayi dua minggu ke atas mesti ambil gambar dengan mata terbuka. Dua minggu kebawah tak perlu.

Susah juga nak kejutkan syamim yang tengah tidur tu untuk buka mata dan begambar. Biasalah baby baru dua bulan. Jangan harap nak padang setempat. Selepas mencuba agak lama baru dapat gambar baby syamim pandang kamera.

passport bayi 2 bulan

Harga passport terkini :

  • 2 TAHUN : DEWASA RM100 ,  KANAK-KANAK RM80 , WARGA EMAS RM80
  • 5 TAHUN : DEWASA RM300, KANAK-KANAK RM150 , WARGA EMAS RM150
  • OKU PERCUMA DENGAN SYARAT ADA KAD OKU

harga passportSpesifikasi gambar seperti di dalam gambar di atas.  Bawa wang secukupnya dan korang boleh ambil passport pada hari yang sama. Oh kad pengenalan mestilah di update kepada gambar terkini. Kalau tak kena marah dengan pegawai. 🙂

Semoga perjalanan kami selamat ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

7 Comments:

  1. Pingback: Pengembaraan ke Bandung dengan anak-anak | Puanbee.com

  2. senang & cepat…beginilah caranya baru tip top
    takyah tunggu lama

  3. saya x pernah lagi buat passport

  4. wahhh..nak mkn angin sambil hilangkan rindu kt ayah ye… tak pernah lagi ada passport sebab tak pernah mkn angin luar negara…

  5. syabas betteii… tak lama lagi kami pula kena baharukan passport

  6. Senang ada kemudahan seperti UTC ini.

  7. Setakat ini belum ada Passport antarabangsa… Passport perjalanan terhad adalah… Nampaknya prosuder buat passpor perjalanan Terhad dan Passport antarabgsa lebih kurang sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *