Laksa Buyong Dan Cendol Bakar , Kg Asam Jawa Selangor

JJCM kali ni perkena laksa buyong , gerai laksa kepunyaan sepupu sebelah suami. Tapi malangnya suami suka snagat buat kejutan .. kejutan sangat sampaikan laksa dia tinggal semangkuk sahaja. Baru je berangan nak makan laksa buyung taruk udang besar-besar , udang pun habis jugak. Alamak…  Nak tak nak kami terpaksa la order makanan lain. Masyallah ramai nya orang . Sampai nya di situ agak terkejut nampak kereta beratur untuk beli cendol , drive thru tau .. ingat MCD je ke ada drive thru ?

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 8

Istimewa nya laksa ni , laksa di perbuat dari tepung gandum , pulas sendiri guna mesin khas di rumah.Kuah Laksa pula di buat dengan ikan segar dari kuala selangor. Memang sedap dan sekali cuba mesti nak lagi punya lah. Lagi pun ayah sepupu tu memang menjual laksa bertahun – tahun lamanya di changkat jering. Kira nya resepi laksa buyong ni memang resepi turun temurun lah. Korang semua patut cuba. 

Dugaan

Geram dengan line TM Streamyx 2-3 hari ni , rasa nak gigit modem tu. Telekom Malaysia memang ada masaalah ke ? Semua kerja tertangguh sudah. Dah la minggu depan dah nak cuti sekolah.Kena settel semua cepat-cepat. Ehem ... saja upload gambar di blog , asyik di Instagram je. Saya pemakai tudung bawal aidijuma. Saja bagi tau .. ada  geng tak ? Hari-hari melaram tudung je pergi ambik anak. Tetapi bukan jenis kejar apa yang hot tu ye .. Tetapi maaf baju setahun sekali je kot beli. Dalam…

Gaya rambut pacak – syamim

Assalamualaikum dan hai. Kembali lagi dengan kisah syamim. Jangan rasa pelik .. puanbee ada ramai anak perempuan . Anak lelaki seorang ini sahaja. Dalam famili puanbee pun ada 5 perempuan seorang lelaki. Jadi keterujaan tu ada bila di kurniakan zuriat lelaki. Maaf kan hamba. Ter over pula ye. Dari syamim kecil lagi saya memang suka bentukkan rambut syamim. Dulu anak perempuan suka buat tocang , bila anak semakin membesar dah di pakai kan tudung jadi tocang biasa-biasa je lah. Sekarang anak lelaki tak boleh buat tocang jadi…

Hitam Putih Kehidupan – Shiela Majid

Buat diri sendiri dan suami. Bertabah lah.. susah senang kita harungi bersama .Sekarang kita di uji dengan pelbagai ujian. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu apa yang akan terhidang di masa depan kita nanti. Mungkin ada kemanisan yang akan di berikan.Mungkin. Jangan berhenti berdoa.” Gatai pula puan bee bermadah berhelah di malam hari. Sebenarnya hati ini gundah gulana. Tiada tempat yang sesuai untuk mengadu. Hanya mampu luahkan melalui tulisan di blog ni. Terima lah lagu Hitam Putih Kehidupan. Rasanya lagu dan blog ini sangat sesuai dengan tema tersebut. Hidup saya tak seindah mana. Tapi saya ada segala – galanya . Allhamdulillah..

Harga minyak 1 Mac 2016 turun

Harga minyak turun , pada 1 mac. Allhamdulillah sangat sangat terasa pengurangan kegunaan minyak disitu. Untuk saya memang terasa , al maklumlah sehari ada berapa trip ambil dan hantar anak ke sekolah , mengaji dan termasuk saya ada buat part time ambil budak balik dari sekolah. Jadi  bil turun ni kurang sikit bajet isi minyak kereta. Daripada RM90 untuk tangki penuh. Kini tinggal hanya RM70 untuk isi penuh  pada bulan feb .Kemudian 1 mac turun lagi mungkin boleh RM60-RM65 sahaja untuk tangki penuh. Semasa minyak tengah mahal saya isi seminggu 2 kali tangki penuh. Sekarang seminggu hanya sekali. Dan tahun ni lebih banyak guna kereta.

harga minyak

Di lahirkan pada tahun lompat – 29 Februari

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. 29.2 merupakan tarikh lahir anak sulung saya. Nama nya aliya , dia di lahirkan awal dari tarikh janggan sebenar dulu doktor jangkakan aliya akan di lahirkan pada 28.3 tetapi di sebabkan beberapa masaalah maka saya di paksa besalin, kena pula hari tu jatuh pada 29.2. Makanya 4 tahun sekali lah baru muncul tarikh lahir aliya. Dulu semasa kecil aliya selalu sedih. Soalan biasa ..  ” kenapa tahun ni tak ada tarikh lahir kak ? ” dulu selalu juga cakap dia di lahirkan pada tahun lompat. Tapi sekarang baru aliya faham nampaknya.

Budaya sambut hari lahir tak ada dalam keluarga saya . Tetapi untuk mengembirakan hati anak-anak kebiasaan nya buat makan-makan dengan famili atau beli sebiji kek. Biasanya juga hari lahir aliya kami makan-makan pada 28.2 tu , anggap je lah esoknya ada 29.2 .. padahal nya esok ada 1.3 kan. Tapi tahun ni aliya minta nak bawa kek ke sekolah. Gigih ibu buat ye .. tak pernah buat krim kek .. nasib baik menjadi juga.  Lagipun aliya dah masuk 12 tahun , pada tahun 2016 ni. Mungkin kali terakhir nak makan kek dengan kawan-kawan. Sah sah tahun depan masuk tingkatan 1 kan. Belum tentu lagi semua kawan-kawan akan ke sekolah yang sama.

Ucapan selamat hari lahir ibu , combine dengan ayah di bawah ni . Lepas ni kita buat kad pengenalan lah ye. Apa-apa pun tunggu ayah balik. Hadiah ibu beri special sikit tahun ni.

tarikh lahir 29.2 tahun lompat

Tahun Lompat mengikut wikipedia.

Bubur Nasi Herba Segera Faiza

Published on: May 17, 2012 @ 09:20 : Cari kelainan dalam memasak  kita cuba buat bubur nasi herba segera pulak , ye lah sejak akhir-akhir ni sibuk sangat , tapi masak tetap ko… dah pegang title mak dan surirumah ni, mana boleh tak masak.. paling bodoh-bodoh pun buat telur masak kicap , masak juga… tapi kalau agak rajin sikit boleh lah buat macam-macam jenis masakkan. Ni kes agak malas nak masak.

resepi bubur nasi herba

Keluarga saya adalah keluarga yang paling tak suka makan di luar. Ayah budak-budak ni lah yang sebenarnya tak suka , ibu ok je… boleh cuti memasak kan. Bila pergi shopping barang dapur tu , kalau ternampak apa-apa yang menarik saya mesti beli dan simpan , tunggu masa sesuai cubalah buat resepi baru ..

Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Published on: May 20, 2012 @ 14:19 : Mintak maaf pada yang bertanya di Facebook tu , saya cuma ambil dan nak share disini , Ibu-ibu bapa-bapa yang baca ni boleh share disini tips membuat sambal belacan sedap , asal korang makan sambal tu rasa sedap kira sedap lah tu , boleh lah share dengan kawan-kawan yang lain kan…

Biasalah perempuan semua nak masak sedap-sedap untuk suami kan, Bila suami komplen sambal belacan tak sedap , harus buat sesuatu … setakat ni sambal belacan saya memang hari-hari suami suruh buat …sebab tu guna cara cepat … Sambal belacan yang sedap banyak versi sebenarnya , janji cari belacan yang sedap dulu , kalau boleh lepas beli belacan tersebut , haruslah di bakar sikit sampai keluar bau , nanti bila dah buat sambal belacan ada rasa belacan yang telah di bakar , sedap wooo…

cara buat sambal belacan sedap

Kalau ikut cara saya buat sambal belacan versi cepat dan mudah sekali , malam2 blender je … ngengngeeenggg dah siap ! .. biasa saya nak buat apa pun kena cepat , sibuk.. ahaks…

Sambal Ikan Bilis Dengan Petai

Published on: May 20, 2012 @ 17:12 : Satu lagi resepi minimalist , senang di masak sedap dimakan sambal ikan bilis petai , siapa yang tak makan memang rugi ... banyak gambar dalam laptop/iPhone tak di buat entri lagi , pecut ..sambil buat bisnes , hal anak-anak dan masak-masak memang tak boleh tinggal. Semasa pergi beli barang , saya ambil petai , ternampak 2 orang pekerja disitu yang berasal dari Bangladesh bercakap-cakap sambil tunjuk ke dalam bakul tempat saya letak petai , saya pandang bakul dan pandang mereka…

Azam 2016 – Saving Emas

Assalamualaikum dan hai .. Dah nak masuk bulan 3 2016 dah kan ? saya baru nak cerita pasal azam. Okay la.. dari tak ada azam langsung. Dulu-dulu tak berapa ada azam sangat. Sekarang  ni umur dah pun makin meningkat anak-anak makin membesar. Sekarang ni baru terasa , banyak nya nak pakai duit untuk sekolah anak-anak. Makan pakai boleh lagi lah ala kadar. Tapi makan dan perbelanjaan sekolah tak sanggup nak ala kadar. Anak masih lagi sekolah rendah aje . Belum sekolah menengah atau universiti.

Dulu .. tak lama sangat lah dulu pun. Saya mempunyai satu kegilaan dari pada gadjet ke handbag ke pandora. Semua yang orang jual di instagram saya nak beli. Tak dapat yang mahal dapat yang murah pun jadi lah. Duit boleh kata banyak ( tapi tak kaya ).. sebab saya buat bisnes sendiri kan. Lagi pula husband bukan jenis ambik tahu pasal duit saya. Eh nak beli apa suka hati la. JANJI … Duit yang dia bagi tetiap bulan tu saya boleh guna sehingga cukup sebulan.

Kemudian , masuk awal tahun 2016 .. eh macam tersentap ..banyak nya nak guna duit. Sejak bulan jun 2015 saya dah join powergold. Duit ahli tu saya bayar dengan guna duit kutu. Saya pelahan -lahan jual emas dan beli emas. Allhmdulillah. Ada emas baru dalam tangan. Bertambah. Tapi saya tinggalkan perangai shopping macam-macam tu. Saya kena pilih salah satu. Shopping baju atau beg atau pandora yang boleh puaskan hati saya tapi buatkan akaun menagis kekosongan atau saya biarkan akaun kosong juga tapi shopping emas sebagai simpanan saya.

saving 2016