Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anak

Sekadar nak berkongsi dan mengenang kembali saat-saat kali pertama di sahkan mengandung , kali kedua dan kali ke tiga disahkan mengandung. Manis je rasa mengandung ni sebenarnya. Maafkan saya jika ada pembaca yang harap sangat-sangat dapat zuriat tetapi belum sampai masa lagi. Banyakkan lah doa , zuriat ini merupakan anugerah Allah juga. Ada zuriat adalah ujian , tak ada zuriat pun ujian.

Dulu .. macam mana ek .. hampir lupa dah pengalaman pertama kali tahu mengandung ni. Tetapi selepas di nikahkan .. ehemm .. ceritanya boleh tengok disini –>>  Kenangan indah buat anak-anak ku.   Kalau sesiapa baca memang tahu lah saya adalah orang yang berkahwin muda. Oleh itu anak pun dapat di usia muda.

********************

pengalaman melahirkan anak

Gambar lama , una dan kakak semasa baru nak terima adik

Selepas sebulan saja saya berkahwin dah pun ada tanda saya mengandung. Paling dasyat lah kiranya tanda mengandung untuk anak sulung ini. Belum pergi buat apa-apa rawatan di mana-mana klinik , tetapi saya tahu saya hamil. Apa tidaknya .. bangun pagi saja mual , tak boleh makan , tak boleh bau nasi di tanak , tak boleh bau tandas dan tak boleh bau suami.

Waktu tu saya bekerja sebagai kerani di sebuah stesen NGV . Hari-hari memang bekerja selama 12 jam. Di awal kehamilan .. sehingga 7 bulan membawa perut saya tak boleh makan apa-apa makanan kecuali buah anggur dan epal. Terlalu banyak sangat muntah , tekak luka dan langsung tak boleh makan makanan panas , bergaram dan bercili. Kalau lah makan juga dah tentu-tentu tekak jadi perit dan sakit. Nasi di tanak tak boleh nak hidu jadi makan pun tak boleh.

Berat badan menurun , bayi tak besar langsung di dalam perut. Selepas kandungan berusia 3 bulan (maksudnya 3 bulan tak period , saya agak-agak lah ) baru saya ke klinik dan buat buku merah. Untuk anak sulung mesti bawa sijil nikah asal dan salinan , ic suami / isteri dan suami pun mesti ada untuk cek darahnya.

Macam biasa doktor suruh makan pil zat besi , vitamin dan asid folik. Dan disebabkan kandungan kecil sangat doktor minta saya minum susu ibu mengandung.

Masaalahnya tak boleh minum susu tu langsung. Selepas minum 2-3 minit je terus muntah semula ,  lemah dan pucat , kurus siap boleh pakai seluar jeans lagi tu ….

Sehinggalah kandungan mencecah 8 bulan. Perghhhhh .. lepas tu semua dah senang … makanan  saya hari-hari ketika itu .. nasi lemak , roti canai dan KFC ..  tabiat buruk suka kunyah ais batu dan makan colgate. wahaha.. kelakar pulak .. berat badan berdesup naik balik .. kandungan pun dah besar .. kena pula minum air gula untuk sukat tahap “ kencing manis” hehe ..

Pendek kata , kandungan sihat tetapi semasa kandungan 8 bulan lebih macam tu , saya terlibat dalam satu kes diragut. Kandungan jadi terkejut agaknya .. terus tak bergerak. Degup jantung baby tak dapat di kesan. Lalu saya di masukkan ke hospital awal sebulan dari tarikh jangka bayi akan lahir. Kira kena beranak paksa lah . Lama juga duduk di wad , seminggu gitu .. jenuh kena proses.

Doktor masukkan ubat untuk mematangkan laluan rahim (saya tak tahu apa istilah yang doktor dan jururawat gunakan ni ) dengan lebih cepat.  Dan saya dapat lahirkan baby secara normal tetapi awal sebulan. Berat baby waktu tu hanya 2.9kg lahir normal . Sekarang baby nya dah besar sihat walafiat dan berumur nak masuk 9 tahun pada 2013.

***********************************

kerenah anak

Husna kecil lagi waktu nak dapat adik ..

Anak ke dua pulak. Jenuh ni nak perah otak balik hahaha.. semangat..

Pabila anak yang sulung lahir dia tak nak minum susu dari botol langsung , jadi saya berhenti dari kerja dan menyusukan anak tu sampai lah umurnya 3 tahun lebih kalau tak silap. Sampai lekat adik no 2 ni lah .. kebetulan suami saya pergi bekerja di bintulu selama beberapa bulan dan saya balik tinggal di kampung.

Mula-mula di sahkan mengandung , untuk anak no 2 tak ada alahan yang teruk-teruk , cuma loya dan tak boleh tengok matahari. Saya membuat ujian mengandung sendiri dengan membeli urin test di farmasi.

Walau bagaimana pun , saya pergi mengambil lesen sepanjang 4 bulan mengandung anak ke dua ni. Ramai yang tak tahu saya mengandung. Saya tunggu kandungan berusia 4 bulan baru pergi buat buku merah. Kalau anak sulung saya bekerja walaupun lesu dan longlai tapi anak kedua saya tidur dan ambil lesen sahaja. Tak buat apa-apa , tak boleh bangun ketika matahari pagi dan tengah hari kecuali untuk pergi ambil ujian lesen P . Saya jadi gemuk semacam dan saya kena minum air gula setiap 2 minggu sehinggalah anak di lahirkan.

Untuk anak no 2 tak ada masaalah apa-apa .. lahir pun normal dan baby besar sangat. 3.7kg beratnya apa tidaknya asyik tidur sepanjang mengandungkan beliau. Mujur saya di kampung dan anak sulung tu mak dan adik-adik tolong tengokkan. Suami pun balik 2-3 bulan sekali sewaktu kandungkan anak no 2. duduk di wad 3 hari saja. Hari pertama pendaftaran , hari kedua besalin , hari ke tiga tu doktor nak pantau kalau ada apa-apa sakit , deman ke apa ke ..gitu laaa ..

*****************************

nurul laila madihah

Laila selepas di lahirkan ..

Untuk anak ke tiga saya ingat .. fresh lagi kan…

Selepas habis pantang anak no 2 tu , saya kebetulan di tawarkan kerja sebagai kerani di koperasi tentera bahagian jualan. Hari-hari bekerja berurusan untuk pinjaman tentera. Saya sangat aktif waktu ni .. mana tahu sewaktu anak no2 baru saja berusia 1 tahun , saya dah pun ter mengandungkan anak no 3 , subur betul ….orang kata rezeki .. saya memang merancang nak jarakkan anak waktu ni , memandangkan suami pun bekerja di luar kawasan.

Susah juga nak berdikari dengan dua anak masih kecil dan mengandung. Tetapi di kuatkan kudrat ni. Tapi alhamdulillah .. untuk kandungan no 3 saya tidak ada apa-apa alahan , dari awal kehamilan sehingga lah anak di lahirkan.

Dah ada pengalaman kot.. Tetapi .. anak ke dua selalu deman dan muntah sepanjang saya hamil. Orang tua2 kata sebab dia yang tanggung alahan saya mengandung. Tak tau lah betul ke tidak .. nauzubillah ..

Saya bekerja , saya jaga dua orang anak dan saya mengandung ..suami kebetulan bekerja di luar kawasan. Terpaksa lah kan .. sewaktu kandungan 8 bulan saya dah pun pulang ke kampung , tunggu hari untuk beranak di kampung.

Suami jauh .. dan kuat  tak kuat saya waktu ni .. sehari sebelum nak beranak , saya pergi membakar sampah di belakang rumah , mana tahu saya telah di kejar sekawan temingat (sejenis binatang macam tebuan) berlari juga saya waktu tu. Dan malam tu juga ada sedikit tanda lain macam sikit.  Esok pagi , saya memang ada temujanji dengan klinik berdekatan.

Tetapi saya waktu tu rasa macam nak besalin dah , tetapi tak sakit apa-apa .. saya terus drive kereta dalam 45 minit pergi ke hospital sendiri. Suami takde waktu tu ..

Sampai di hospital macam nak menangis pun ada bila doktor tanya , datang dengan siapa ? naik apa ? siapa nak pergi daftar ? al-maklumlah saya pergi sendiri kan.

Doktor tanya ..” awak betul ke sakit nak beranak ni ?’  sambil senyum-senyum.

saya menjawab ” betul lah doktor ..tak akan menipu kot … nak beranak bukan perkara main-main. “

” Tapi .. muka awak nampak macam stabil je , tak ada macam muka orang sakit nak beranak pun .. “  kata doktor tu lagi.

Lawak betul .. orang dah 3 kali mengandung agaknya sebab tu tak ada muka sakit , boleh bertenang lagi .. asalkan doktor cek dan bawa saya masuk wad sudahlah ..kang teberanak di depan kaunter baru tau ..

Tapi doktor tu buat juga pemeriksaan , berapa inci dah terbuka… memang dah 4cm pun.. doktor cepat-cepat minta saya di masukkan ke ward kecemasan dan di lakukan pemeriksaan akhir sebelum di bawa ke makmal besalin. Saya beranak pada hari yang sama saya di masukkan ke wad.

Cuma dari pagi saya terpaksa menahan rasa nak beranak tu sampai ke petang jam 7 malam di sebabkan makmal besalin penuh. Itu pun selepas saya muntah – muntah tak ingat punya. Doktor dah tak minta saya tahan lagi , terus di tolak ke makmal besalin dan sekejap je saya besalin.

Baby di lahirkan dengan cara normal lagi. berat 3.17 kg ok lah tak besar macam anak no 2 dan tak kecil macam anak no1 ..

Keesokkan saya dah boleh di daftarkan keluar .. bestnya tinggal di hospital sekejap je.. haa.. penakut nak masuk wad lama-lama ok.

6 bulan lepas melahirkan baby saya berhenti kerja semula , memandangkan anak sulung pun dah nak masuk tahun 1.

****************

Tulis yang mana ingat je ni , dah lupa pun anak-anak dah besar kan , Esok-esok mengandung anak ke 4 boleh lah tulis secara lengkap , kalau tak ada alahan apa-apa hihi.. kalau ada no 4 …. Semua anak di lahirkan cara normal dan boleh di katakan tak susah sangat . Sakit tu tetap ada .. tapi tak lah sakit sangat kot .. entah lah ..

Semasa nak beranak ingat pesan mak je , dia minta saya baca surah al-fatihah dan al-kausar banyak-banyak mempermudahkan gitulah ..

Oleh itu ..apa yang dapat dirumuskan disini , pengalaman mengandung dan melahirkan untuk setiap anak tak sama. Sebab tu lah walau nak masuk 5 ke , masuk 6 ke anak dia mesti berdebar jugak , takut dan serba tak kena .. he he he ..  tapi tak tahulah pengalaman orang yang melahirkan anak melalui pembedahan tu macam mana kan.

P/S : Panjang .. sebab nak simpan memori indah ni .. untuk masa depan 🙂 kalau panjang umur kan ..

PP/S : Kepada pengantin baru .. agak 2-3 bulan tak datang bulan boleh lah mula buat urin test tu .. mana tahu dah terlekat zuriatnya ..

Sekian 😛

37 Comments

  1. eMMe 18 December 2014 Reply
  2. wisata bandung 22 August 2013 Reply
  3. wisata bali 8 April 2013 Reply
  4. azura 26 November 2012 Reply
  5. puan kutu 21 November 2012 Reply
  6. Ummi Hanie 21 November 2012 Reply
  7. kesoma.rai 20 November 2012 Reply
  8. Hafizul 20 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 21 November 2012 Reply
  9. nurmisnan 18 November 2012 Reply
  10. akubiomed 18 November 2012 Reply
  11. sangsuri 17 November 2012 Reply
  12. Juan 17 November 2012 Reply
  13. Denaihati 17 November 2012 Reply
  14. Azie 17 November 2012 Reply
  15. titan 17 November 2012 Reply
  16. yanmie 17 November 2012 Reply
    • yanmie 17 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  17. syaifuddin alias 17 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  18. diana 17 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  19. Jebeng Otai™ 17 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 17 November 2012 Reply
  20. Hotel di Bandung 17 November 2012 Reply
  21. Sun 16 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 16 November 2012 Reply
  22. syamila 16 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 16 November 2012 Reply
  23. Mama adam 16 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 16 November 2012 Reply
      • syamila 17 November 2012 Reply
        • Ummi Hanie 21 November 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.