Sah Dah Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik 20 Sen Mulai 3 September 2013

Erm .. Terpaksa telan la tadi siang nampak juga orang kecoh pasal harga minyak RON95 akan naik 20sen , baca buat tak nampak je , malam ni berita tu telah di sahkan .. lepas ni bukan minyak je naik 20 sen , semua lauk pauk naik 20 sen . Stress mak … jenuh nak bajet duit dapur.

Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaRON95_dieselnaik20senmulaitengahmalamini/Article/?mutakhir

Sebelum ini harga minyak jenis RON95 ialah RM1.90 manakala harga diesel ialah RM1.80. Sekarang berdasarkan kenaikan  harga minyak pada 3 september 2013 bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.

Kali terakhir naik harga minyak pada  mei 2011 , tapi jenis RON97 . Juga naik sebanyak 20 sen.

– Senyum –

Comments

  1. Kalau harga minyak naik biasanya akan diikuti oleh kenaikan kebutuhan pokok lainnya tu..

  2. Kenaikan memang dah tak dapat nak dielakkan. Sebagai pengguna, terpaksa fikirkan cara terbaik untuk mengurangkan kos penggunaan petrol.

  3. mula2 dgr, percaya… pastu baca2 lg mcm tak percaya… hrmm… mmg sahih dah naik lg petrol kan…

    yg duk KL mesti lg rasa perit kalau pegi kerja naik kenderaan sndiri

  4. Jom cari duit sampingan untuk menampung ekonomi harian!

  5. Kena sesuaikan dengan kos perbelanjaan minyak dengan kewangan luar jangkaan.

  6. Adus.. parah ni. .. bila harga minyak naik. . Harga barang pun lepas ni akan melambung naik. . Kesian dekat rakyat Malaysia berpendapatan rendah. .

  7. sempat lagi kalau nak isi minyak….heee. tapi beratur panjang lah….

    • jarak dari rumah nak ke setesen minyak pun pakai minyak ,lepas tu nak beratur enjin dan air cond buka , pun pakai minyak dah rugi di situ .. minyak pula dapat jimat sekitar rm9 je .. huu baik tido di rumah esok kita fikir cam mana nak cari duit lebih.

Speak Your Mind

*