Petua tambah susu ibu – Makan DURIAN ? Berkesan ke ?

Buat penggemar durian , ini berita gembira dapat makan durian di samping tambah susu ibu @ susu badan ... memang lah .. orang kata makan durian tak elok untuk baby sebab sifat buah durian lepas makan akan rasa panas satu badan. Tapi mana lagi tak elok , antara susu merundum dan anak menagis 24jam nak susu dengan makan durian lepas tu kena minum air banyak dan rajin mandi ? Makan DURIAN ? Berkesan ke ? Perempuan .. perempuan .. memang banyak lah kerenah nya. Ada je benda…

Anak

20/6/2015 - Hari puasa ke dua. Baru balik iftar anjuran rakan blogger. Eh .. anak dah besar ... allhamdulilah. NURUL ALIYA SHAKIRA 11 TAHUN NURUL HUSNA 8 TAHUN NURUL LAILA MADIHAH 6 TAHUN MOHAMAD SYAMIM 1 TAHUN 7 BULAN Ayah di surabaya ..

Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak

Salam .. malam ni saya ingin konsgsi Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak yang saya baca di  kongsi dari blog Tudungsicomel.com , dalam nak beli tudung ternampak pula artikel bermanfaat ni. Pssst .. nak beli tudung anak comel – comel boleh ke tudungsicomel.com — klik link sebelah.

Saya mak anak 4 ni pun kadang-kadang terbabas , iye lah saya mengaku .. saya manusia biasa .. kadang – kadang je lah .. bukan nak dera anak ye . Sekarang ni banyak betul kes dera anak tersebar di facebook , naik seram nak tengok. Mari baca .. semoga bermanfaat.

tudung si comel

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).

Ulang tahun perkahwinan ke 12

Pertama kali , sungguh … saya bersyukur sangat kerana dengan izin-NYA , saya dapat mengharungi cabaran dugaan di alam perkahwinan. 12 tahun .. bertahan.. dugaan dari pelbagai sudut dah pun rasa , tak perlu di ceritakan .. yang lepas biarkan lepas .. kerana setiap perkahwinan pasti ada dugaan , cabaran tersendiri.

Setiap hari , hanya mampu berdoa .. semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhirat .. semoga perkahwinan ini tetap utuh sehingga ke hujung nyawa. Semoga di tetapkan hati dan sentiasa wujudnya kasih dan sayang dalam keluarga yang di bina ini.

Ulang tahun ke – 10 .. sambut meriah … ada surprise ..

Ulang tahun ke – 11 .. saya mengandung anak ke -4 … usia kandungan 5-6 bulan .. tak ingat .. agak-agak je .. malas nak kira balik .. tapi memang ingat .. suami ada di Jakarta .. Suami pos hadiah jam tangan dari sana. Suami beli jam tangan sepasang.

abg

Nak balik kampung ke tak nak ?

Dilema sebenarnya untuk saya , nak balik kampung ke tak nak .. ye lah .. kena drive selama lebih kurang 4-5 jam sendiri , hanya bertemakan 4 orang anak syurga , tak dapat di bayangkan .. anak kecil ni , semua pun faham kan .. tak boleh lama – lama duduk dalam kereta , ada lah benda yang hendak di gaduhkan. Risaunya nak balik kampung drive sendiri tanpa ayah diorang.

Tapi ,

Last balik kampung bulan 3 rasanya , alahai dah rindu mak dan kampung halaman , lagi pun duduk di KL bukan ada apa sangat , habis tidak menghadap tv , dan facebook .. boring laa kalau tiap hari macam tu.Lain , jika anak-anak bersekolah , jadual memang padat , sampai tak sempat bernafas … sempat shopping online je sesikit. Kihkihkih ~

IMG_3604

Putus susu ibu atau bercerai susu ibu

Putus susu ibu atau bercerai susu ibu adalah masaalah biasa yang selalu menjadi pertanyaan ibu bapa di saat umur anak mencecah 2 tahun ke atas. Ada yang risau , bila anak baru berumur 1 tahun 8 bulan dah tidak mahu menyusu ibu mahupun susu formula. Ada juga yang tak sabar-sabar nak putuskan susu tersebut secepat mungkin walaupun anak baru berumur 1 tahun lebih , ada juga yang membuat keputusan , masuk je 2 tahun mesti putuskan susu ibu.

putus susu
 

Saya tak ada petua khusus , tapi saya ada pegalaman melahirkan dan menyusukan 4 orang anak  .. tiap kali beranak kecil , tiap kali susuakan anak , tiap kali anak membesar itu lah juga kitaran yang di rungsingkan. Allhamdulillah kesemua anak saya menyusu susu ibu sepenuhnya. Apabila umur mereka mencecah 2 tahun ke atas baru lah saya usahakan berikan susu formula. 

Selamat hari ibu

Selamat hari ibu untuk ibu di luar sana... saya meraikan hari ibu dengan edit blog .... hihi hadiah dari suami tercinta dah dapat minggu lepas ... dia jauh sekarang ... kalau dekat boleh gantung periuk belanga ...... komen sikit layout baru blog ni ...terima kasih ...  

Kuota Internet Tanpa Had 1Mbps hanya RM115.94 Murah

Ya. Seperti tajuk di atas , kini anda boleh mandapatkan internet dengan kelajuan 1Mbps dengan hanya RM115.94 sahaja. Tanpa had , mifi modem percuma dan boleh di bawa ke mana sahaja. Modem nya adalah percuma. Boleh di jadikan hotspot untuk satu kumpulan .Kelebihan menggunakan mx230 adalah  P1 personal 4G Wifi  boleh di sambungkan dengan 8 device dalam satu-satu masa untuk melayari internet. Anda hanya perlu mendaftar secara online dan nikmati rebate yang di tawarkan sekarang.

Untuk sesiapa sahaja yang melakukan kerja dan memerlukan talian internet bergerak anda boleh mula fikirkan sama ada P1Mx230 ini sesuai dengan anda atau tidak.

Ciri-ciri Modem MX230  [ review mx230 ]

  • Built-in 802.11 b/g Wifi ( boleh pakai banyak peranti serentak )
  • 69.0mm x 69.0mm x 13.0mm ( kecil sebesar tapak tangan )
  • 75 grams ( ringan )
  • Battery usage up to 6 hours. ( bateri )
  • Supports Windows XP, Vista, and 7, Mac OS X 10.5, 10.6 or higher.*

Macam mana nak melanggan P1 mifi unlimited kuota internet ni ?

  1. Pergi ke laman web P1 – { klik link  laman utama website P1  –  http://www.p1.com.my/  }
  2. cover
  3. Pergi ke bahagian 1 , untuk check coverage , klik 4g di bahagian nombor 2 , dan masukkan alamat di bahagian no3.
  4. Dari situ , korang akan tahu ada coverage tak di kawasan korang.
  5. Kemudian jika ada , dan boleh lah mula buat tempahan secara online. Ingat .. daftar online akan dapat percuma RM100 dan bil bulan pertama.
  6. Klik sini  untuk mendaftar secara online —  http://www.p1.com.my/mifi 

Pandora pertama

Pandora pertama katanya. Teringin sangat …. sangat teringin .. so update la status di facebook , en suami yang di perantauan pun nampak .. di komen ” macam-macam la sayang ni ” dan aku berdebar .. alamak dia nampak pulak .. selalu macam tak online je di facebook. Entahla ek .. en suami macam suka aku update status fb tu kerap-kerap , kalau tak update .. diam je.. dia semacam jelous .. dan dia akan call dengan macam-macam soalan. Sebab tu lah juga selalu update , buat apa .. sekian .. sekian.. nasib lah duduk jauh-jauh ..

Dia di tengah laut , nak harapkan call tanya itu ini kadang-kadang line tak berapa elok. Bila dia letih , dia tengok facebook dapat lah tahu cerita bini dan anak-anak dia .. rasanya la .. So kalau ada yang rimas dengan status den .. unfriend je lerrr … pandoraAntara yang ada dalam gambar moment aku :

  1. Sea glass murano : sebab suami ada di laut
  2. TT Queen bee : melambangkan aku sendiri. Nama bee kan.
  3. Charm L : Pun nama sendiri.
  4. Burst Clips : Tak kisah sangat bentuk clips ni , asalkan boleh guna , bracelet memang kena pakai clips , tiba-tiba ada adik manis jual murah , baru lagi tu , kotak ekslusif lagi tu. Sambar terus.
  5. Bangle Limited Edition Star , saja je beli preloved buat koleksi.

Kedai perabot terpakai Ampang

 

Semalam , pergi kedai perabot terpakai terletak di AMPANG  ( ALAMAT DI BAWAH NANTI ), hajat hati nak la tengok kot kot ada perabot terpakai ala-ala  rak untuk simpan stok , sebab stok banyak sangat di rumah ni , macam rimas pula. Tak ada la nak cari perabot yang mewah-mewah cantik untuk hiasan rumah. Saya memang tak akan beli perabot hiasan selagi tak beli rumah sendiri. Rumah sewa ni payah nanti nak pindah kena angkat-angkat pula.

Tapi .. alahai .. perabot terpakai pun tak ada harga bawah RM150 .. semua RM280 ke atas .. minta kurang pun tak dapat .. akhirnya ambik la rak macam untuk kegunaan gudang tu .. Saya bajet RM200 je ..

perabot terpakai taman dagang

Tu tokey kot .. layan custemer ok baik lembut ja … tapi dengan perkerja garang kemain .. sampai terkejut – kejut anak- anak dengar dia bercakap.