10 tahun ku kenang

Bangun pagi .. seperti biasa pecut menguruskan anak-anak yang ingin pergi bersekolah , menguruskan ayahnya yang hendak pergi bekerja. Capai stokin .. capai beg … salam .. cium tangan …. buka pintu pagar dan melepaskan ayahnya pergi dengan kata  terakhir .. hati-hati bawak moto ye ..

Pusing belakag ,  2 orang anak dah menanti untuk di siapkan , ibu … mana tudung … ibu mana tuala … ibu itu … ibu ini ….

Bunyi mesej masuk , ibu capai …

” Selamat ulang tahun ke 10 sayang ” 

Terdetik di hati … ” oh ! aku terlupa lagi anniversary aku , nasib orang lelaki ni kurang emo kalau isteri terlupa sesuatu tarikh penting. “

Lantas ku balas mesej tersebut secepat mungkin… 10 tahun telah berlalu … fasa baru dalam perkahwinan semakin hampir .. anak-anak semakin membesar dan bertambah. Syukur kepada Allah S.W.T di kurniakan keluarga yang sederhana kekayaan nya , tetapi bahagia … bahagia kerana di kurniakan zuriat dan rezeki yang cukup. 10 tahun di tempuhi dengan pebagai dugaan.

Langsung tak kisah .. apa orang kata …

Asalkan kami masih bersama … Insyallah bahagia hingga ke akhirnya…

” Oh mengelamun “

Cepat-cepat siapkan anak-anak , pastikan mereka mengahbiskan sarapan , kejut si bongsu bangun .. capai kunci dan beg terus buka pagar , untuk hantar anak-anak ke sekolah.

Rutin harian.

Terima mesej lagi ..

“Sayang nak pergi karaoke ? sejak ada anak lama tak pergi sama kan ? abang ada kupon red box kat sogo “

“hurm dah ada kupon jom je lerr … bawak anak sekali sekala apa salahnya “

” okay lepas maghrib kita pergi , petang karang siap la ..”

“ok”

——————————

Buat kerja rumah , hantar ambik anak seperti biasa …. terima whasapp dari kakak dan adik ..

“pah , apasal kay cari azli ? azli tak jawab tadi dia ada kerja “

“entah , kay tak cakap apa pun kat aku “

“a’ah shu pun sama , abang kay tanya … ni najib ke shu ? pastu shu jawab la shu … pastu abang kay mintak no ajib “

“aik … entah .. aku tak tau  , dia tak cakap apa pun kat aku ” 

—————————–

diam di situ .. biasa la adik beradik berborak dalam group kecoh lebih …  beberapa lama setiap kali nak tanya apa-apa pada kakak dan adik tu , mereka diam … atau jawab dengan huhuhu .. hahaha ..

” apa ke pelik perangai diorang ni ?” detik dalam hati .

Saya memang tak minta hadiah apa-apa jika tak perlu , lagipun awal bulan dah dapat hadiah . Memang tak kisah sangat hadiah ni..

Pukul 5 ptg , abang call tanya lagi .. betul ke nak pergi karaoke tu ? saya jawab betul la , dah dia ajak , kalau orang lain … mungkin 1001 alasan saya bagi hehe..

Ok dah ambik anak jam 6.30 , lewat sikit hari ni kakak keluar , dah hampir jam 7 pun masih dalam kereta .

Ayah call lagi .. tanya ada di mana , dah tentu jawapan dalam kereta .. tengah drive …

adik dan kakak whatsapp tanya di mana , jawapan sama …

merungut ” kalut la depa ni , org nak drive pun tak senang

Tak suka angkat fon semasa memandu …

——————————

Dah siap tunggu abang sampai untuk mandi dan salin baju..

Keluar balik ke sogo hampir pukul 8 baru sampai , dalam perjalanan ke bilik karaoke , terpandang seseorang tengah buka kek dengan pakaian dari secret resepi .. pandang sahaja sambil ke bilik …

Rupanya …

Semua adik beradik dah ada dalam bilik karaoke .Dan kek itu milik saya .. sungguh terkejut , tak tau macam mana nak respon , pertama kali terima kejutan dalam seumur hidup.

Sungguh.

Macam ni rasanya terima kejutan.

Sangat indah apatah lagi dari orang tersayang..

Sangat indah , sampai lupa nak ambil  gambar … ish ish ish ….

jadi entri ni tak ada gambar , nak letak gambar lama pun dah tak ada lappy lama rosak kan …

Tapi seronok , bulan 5 ni semua pun saya dapat .. minta jek … allhamdulillah …  🙂  4 permintaan di tunaikan..

Terima kasih abang , satu-satunya orang yang terima sayang seadaya , tanpa minta balasan dan menyokong walau apa pun terjadi . lagi-lagi kejadian hari raya aidil adha kelmarin. Ku kenang … 

Comments

  1. Tahniah. Happy Anniversary Pn Bee 😀

  2. memang best bila sekali-sekala dapat seprais. semoga puan bee sekeluarga terus berbahagia dunia dan akhirat. Aamiiin 🙂

  3. happy anniversary…#sebak baca sebab mesti rasa terharukan?#

  4. tahniah buat puanbee

  5. Selamat Ulang Tahun
    Semoga pnjang umur dan selalu diberi kesehatan yang baik oleh Allah SWT

  6. selamat hari ulang tahun ke 10 kak. sweetnya. akak pergi semalam ke? saya rabu lepas baru gi huhu

  7. Selamat menyambut ulang tahun yang ke 10. Semoga berbahagia selamanya.

  8. tahniah, semoga dipanjangkan umur dan ditambah tambahi rezeki… diperbanyakan pahala dan dihapuskan dosa…

  9. tahniah & selamat ulangtahun ke-10.
    walau tiada sekeping gambar pun untuk dikongsi dalam entri ini, saya dapat bayangkan suasana kejutan itu..bestnya..

  10. selamat ulang tahun bee…semoga bahagia selamanya…amin….

  11. akak yg baca pn tumpang hepi + xcited….apapun tahniah utk Bee n suami…moga kekal bahagia hingga ke jannah….

  12. selamat ulang tahun perkahwinan..dah 10 tahun ye..cepat rasa masa berlalu kan..

  13. wahhhh.. seronoknya dpt kejutan.. aku yg bace n3 ni ponnn terseyum membayangkan.. 🙂

  14. hepi aniverseri bee n kay…

    10 thn dah…

    bestnye dpt kejutan. nis dapat le hadiah tp tahap kejutan tu takle sgt… dan x pernah berkarok seumo idup :p

  15. bertuah pbee….hehehe apa pun tahniah…..

  16. He3 terharunyaaaa…selamat ulang thn….

  17. selamat ulangtahun perkahwinan pbee dan en,kay, semoga kekal selamanya dan diluaskan lagi rezeki hendaknya. terbaiklah kejutan ni.

Trackbacks

  1. […] Ulang tahun ke – 10 .. sambut meriah … ada surprise .. […]

Speak Your Mind

*