Published on: May 20, 2012 @ 17:12 : Satu lagi resepi minimalist , senang di masak sedap dimakan sambal ikan bilis petai , siapa yang tak makan memang rugi … banyak gambar dalam laptop/iPhone tak di buat entri lagi , pecut ..sambil buat bisnes , hal anak-anak dan masak-masak memang tak boleh tinggal.
Semasa pergi beli barang , saya ambil petai , ternampak 2 orang pekerja disitu yang berasal dari Bangladesh bercakap-cakap sambil tunjuk ke dalam bakul tempat saya letak petai , saya pandang bakul dan pandang mereka semula.
Mungkin depa nampak saya pandang terus tanya saya ..
“U makan itu buah sedap ka ? , U buat apa dengan itu buah ? U masak apa dengan itu buah ? “
Saya pulak terfikir dan tanya pada depa tu balik
“Eh orang bangladesh tak makan petai ke ? , disana memang tak ada petai ? ”
“Tak de lah , tak pernah makan “
“Oh ini buah namanya PETAI ,boleh di makan begitu saja dengan sambal atau pun di masak sambal tumis , boleh campur ayam , udang , sotong , daging , ikan bilis , ikut suka U lah nak tambah apa “
Lepas tu dia tersenyum sambil cakap lagi dengan kawan dia…
Baru saya tahu orang Bangladesh tak tahu makan PETAI dan belacan.
Sambal petai memang best..
lepas tu bila bercakap mulut bau eksotik tu..
Orang Bangla byk makan bawang he3..
tengok gambar sambal tumis ikan bilis + petai tu..rasa lapar lak..tapi rasenya kat bangla mana ade petai..
Ini kalau makan petai tentu bilik air berbau petai. 🙂
saya x suka makan petai, akan tetapi sambal petai memang saya suka sangat sangat
agaknya lepasni mestu diorang pun nak cuba makan petai gak..hihi..
jadi laporrrr ni
saya memang rasa rugi..saya tak tahan bau petai..tapi suami suka sangat sambal ikan bilis petai ni..udang pun sedap kan..
kalau tak makan, hilang 1 nikmat makan kat dunia la…heee
bab bau bilik air, rasanya susah nak elakkan, siram je air sabun banyak2.
kalau ada sambal petai ngan ikan bilis,pilih bilis je,petai tak amik…kalau terambik,petai itu akan berpindah ke pinggan suami…
mungking kat bangladesh x der pokok petai agaknya.. 🙂
Menyelerakan….nyum2……
diorang dah makan..mesti nak makan lagi nanti..
Sedapnye… Perut lapar balik korejo…
Pingback: Ayam Penyet – AP Bandar Baru Ampang | Mom Blogger & Lifestyle
sedapnya, bab bilik air memang dilupakan time ni
Sambal ikan bilis??? Waw… langsong bikin beliorrrrrr… Maokkkkkk…