Ayam Penyet – AP Bandar Baru Ampang

Allhamdulillah masih merasai nikmat makan dan nikmat rasa. Misi mencari ayam penyet tak habis lagi , sekarang ni kalau boleh nak rasa semua ayam penyet yang ada di berdekatan , selagi tak dapat rasa yang sedap. Dapat satu kedai yang memang berbaloi dari segi rasa dan harga insyallah saya adalah pelanggan tetap.

Kali ni pergi merasa makan nasi ayam penyet AP di Bandar Baru Ampang. Outlet nya banyak rupanya bila balik saya cari di internet.  Lebih dari 25 buah outlet. Tetapi saya baru merasa di Ampang je la , tak jauh dari rumah saya namun saya jarang ke kawasan sana. Jalan sesak ya amat! Kadang-kadang tu boleh la.

ayam penyet di ampang

Nasi + Ayam penyet , Nasi + Daging penyet (namanya lain , lupa pula .. pandai2 bagi nama daging penyet … ) , Nasi + Sambal petang udang , Sayur dan tapau satu set untuk aliya  ..

restoran ayam penyet di ampang

Abe makan nasi ayam penyet .. nasi sikit sangat .. macam tak puas .. nasib la ada order sayur tambahan , kalau tak ..

2013-02-01 17.05.47

Ini lah daging tu .. apa nama dia eh ..lupa pula .. kena tanya pada bro hazman fadzil ni .. hehe..

2013-02-01 17.06.02

Sambal udang dan petai kesukaan En somi , tapi dia macam tak layan jek .. mesti suka masakkan udang + petai bini dia ..  Masuk bakul angkat sendiri.  🙂

Bagi saya kalau nak letak berapa bintang  saya boleh kasi 6/10 .. boleh la … sebab lapar bedal la semua .. penat round GM .. nanti nak update kisah di GM pula.. nantikan ….

Peribahasa : Masuk bakul angkat sendiri = Maksudnya Puji diri sendiri 🙂 .. Gurau2 jek …

18 Comments

  1. Juan 16 February 2013 Reply
  2. Ummi Hanie 14 February 2013 Reply
  3. Blog Keperawatan 13 February 2013 Reply
  4. hairulafiz 13 February 2013 Reply
  5. yanmie 13 February 2013 Reply
  6. Arrazi 12 February 2013 Reply
  7. akubiomed 12 February 2013 Reply
  8. nurmisnan 12 February 2013 Reply
  9. papa mifz 12 February 2013 Reply
  10. leeza dayasari 12 February 2013 Reply
  11. titan 12 February 2013 Reply
  12. Sharafie 12 February 2013 Reply
  13. Denaihati 12 February 2013 Reply
  14. mama adam 12 February 2013 Reply
  15. Hafizul 12 February 2013 Reply
  16. hazman aka species1980 12 February 2013 Reply
  17. Katak Comel 12 February 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.