Murah ! Anti – slip sock , toddler stoking , pre walker comel
Bandung dari mata saya
Indah Nya Tangkuban Parahu di Bandung
BELVYA SCRUB UNTUK KURUS DENGAN MUDAH
Belvya Srub adalah satu – satunya produk untuk kurus dengan mudah dengan pelbagai manfaat untuk kulit yang boleh korang dapat. Produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Hanyak gosokkan di badan yang telah di basahkan terlebih dahulu selama dua minit. Kemudian mandi seperti biasa dan akan mendapat hasil yang menakjubkan. WOW !!!
Pengembaraan ke Bandung dengan anak-anak
Perkahwinan jarak jauh. Banyak kisah yang tak terduga. Siapa sangka saya akan ke Bandung hanya dengan anak-anak tanpa orang dewasa lelaki ? ke luar negara tu. Emak saya punya lah risau. Saya langsung tak dapat bayangkan.
Dua hari suami mengajak saya bertemu di Jakarta. Saya menolak dengan pelbagai alasan. Hari ke – 3 saya berbincang dengan AJK KIAH PROPA. Semua menyokong saya kesana. Dorongan demi dorongan.
Saya takut sebenarnya. Tak pernah ke luar negara dengan siapa-siapa pun. Tapi atas sebab rindu dan ” terigin juga nak bejalan jauh” saya iayakan saja. Bincang -bincang maka booking lah tiket Air Asia melalui seorang rakan blogger.
Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )
Tapi tak jadi ke Jakarta kerana kurang tempat menarik. Maka Bandung menjadi pilihan destinasi. Selepas tiket kapal terbang telah di tempah. Dua tiga hari berikutnya saya buat passport untuk semua anak-anak , saya dan adik.
Kemudian booking hotel di Bandung melalui Agoda. Tukar duit Malaysia ke Rupiah siap-siap. Sungguh senang rupanya nak melancong ke luar negara. Ehemm .. lain kali suami kerja luar negara boleh lah melawat di mana di bekerja.
Saya telah booking tiket kapal terbang selama dua minggu. Mana tahu si Syamim demam sehari sebelum penebangan kami ke Bandung. Stress juga.. kesian baby muntah dan batuk teruk. Tapi terpaksa lah pergi memandangkan tiket dah booking.
Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara di Bandung , kami semua mengalami kejutan sikit. Udara di sana sejuk sangat. Laila yang pada mulanya tidak berjaket kesejukkan. Terus pinjam baju kakak Aliya . Kakak Aliya nya pula pinjam baju ibu. Sudahnya ibu lah ketar sorang-sorang di situ. 🙂
Tukar Duit Rupiah
Add Watermark App
Panduan buat passport di UTC Kuala Lumpur terkini
UTC Kuala Lumpur … memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak kerajaan. Saya suka sangat dengan konsep di UTC ni. Cuti Tahun Baru Cina ini saya cadang hendak ke luar negara . Berjalan + berjumpa dengan abe. Perjalanan tak di rancang .. kebetulan abe cuti dan akan naik ke darat.
Agak kelam kabut buat passport .. tinggal seminggu .. nasib ada UTC .. di sana saya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun setengah jam di habiskan untuk ambil gambar passport.