Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.

Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci  atau gantung gunting  atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?

Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.

Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah.Read More →

Assalamualaikum  dan hai. Ini tempahan nursing cover pertama saya. Allhamdullillah .. customer berpuas hati. Pertama kali buat nursing cover haruslah berdebar tunggu sampai ke customer dan tanya feedback. Saya terima tempahan nursing cover kalau puan puan nak size besar boleh request. Kain sendiri pun boleh kain saya belikan pun boleh. Nak sedondon dengan sarung bantal tilam pun boleh. Semua boleh lah katakan.

nursing-cover

Saya belikan kain untuk customer ni di Spotlight Ampang Point , semua orang tahu kan kain Spotlight mahal macam mana , tapi saya cari kain yang ada sale je lah. Janji dapat kain cantik dan berkualiti. Kain jenis english cotton.  Size nuring cover 39″x 35″ memang besar dari pola asal yang saya dapat.

Saja di besarkan sikit sebab kain customer beli 1 meter , kita guna sampai habis lah.  Harganya RM35 tidak termasuk postage . Harga ni tak boleh tetap sebab kain spotlight memang mahal. Kebetulan customer ni beli semasa ada sale. Kalau saya dah jumpa kedai kain jual kain cotton yang harga berpatutan baru lah boleh ditetapkan .

=====

Ada kaum lelaki tak tahu nursing cover ni untuk apa ?

Nursing cover ni kegunaan nya tutup anak dan ibu ketika menyusukan anak di public. Jadi aurat terjaga dan nampak sopan gitu. Tak perlu la malu nak susukan anak di khalayak ramai lagi. Kalau lah tempat tu tak di sediakan bilik menyusu.

Nak tempah nursing cover  ?

Nak jahit dan branding jenama sendiri ? boleh hubungi saya.

011-32095406

 

Salam .. malam ni saya ingin konsgsi Tips Mengatasi Perasaan Cepat Marah Pada Anak-anak yang saya baca di  kongsi dari blog Tudungsicomel.com , dalam nak beli tudung ternampak pula artikel bermanfaat ni. Pssst .. nak beli tudung anak comel – comel boleh ke tudungsicomel.com — klik link sebelah.

Saya mak anak 4 ni pun kadang-kadang terbabas , iye lah saya mengaku .. saya manusia biasa .. kadang – kadang je lah .. bukan nak dera anak ye . Sekarang ni banyak betul kes dera anak tersebar di facebook , naik seram nak tengok. Mari baca .. semoga bermanfaat.

tudung si comel

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah:

Saya juga mengalami perkara yg sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakan membaca cara-cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yg cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).Read More →

Perkahwinan jarak jauh. Banyak kisah yang tak terduga. Siapa sangka saya akan ke Bandung hanya dengan anak-anak tanpa orang dewasa lelaki ? ke luar negara tu. Emak saya punya lah risau. Saya langsung tak dapat bayangkan.

Dua hari suami mengajak saya bertemu di Jakarta. Saya menolak dengan pelbagai alasan. Hari ke – 3 saya berbincang dengan AJK KIAH PROPA. Semua menyokong saya kesana. Dorongan demi dorongan.

Saya takut sebenarnya. Tak pernah ke luar negara dengan siapa-siapa pun. Tapi atas sebab rindu dan ” terigin juga nak bejalan jauh” saya iayakan saja. Bincang -bincang maka booking lah tiket Air Asia melalui seorang rakan blogger.2014-01-28 17.33.24

Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )

Tapi tak jadi ke Jakarta kerana kurang tempat menarik. Maka Bandung menjadi pilihan destinasi. Selepas tiket kapal terbang telah di tempah. Dua tiga hari berikutnya saya buat passport untuk semua anak-anak , saya dan adik.

Kemudian booking hotel di Bandung melalui Agoda. Tukar duit Malaysia ke Rupiah siap-siap. Sungguh senang rupanya nak melancong ke luar negara. Ehemm .. lain kali suami kerja luar negara boleh lah melawat di mana di bekerja. 2014-01-28 22.14.00

Saya telah booking tiket kapal terbang selama dua minggu. Mana tahu si Syamim demam sehari sebelum penebangan kami ke Bandung. Stress juga.. kesian baby muntah dan batuk teruk. Tapi terpaksa lah pergi memandangkan tiket dah booking.

2014-01-28 22.44.16

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara di Bandung , kami semua mengalami kejutan sikit. Udara di sana sejuk sangat. Laila yang pada mulanya tidak berjaket kesejukkan. Terus pinjam baju kakak Aliya . Kakak Aliya nya pula pinjam baju ibu. Sudahnya ibu lah ketar sorang-sorang di situ. 🙂2014-01-28 22.44.29Read More →

Sekarang ni dah jadi trend ibu-ibu mengandung buat scan 3D/4D untuk tengok jantina anak di dalam kandungan. Ada juga saja nak tengok apa baby buat dalam perut dan ada juga orang macam saya , saja nak try scan canggih ni. Orang lain buat , kita pun teringin nak scan 3D4D juga , padahal sama je dengan scan biasa. Dulu-dulu 3 anak perempuan saya tu memang pergi scan biasa je pun.

Saya pergi scan 3D4D di Hospital Columbia Taiping , pada hari raya ke 5 , harga RM110 . Tak tahu nak cari tempat lain , ada kawan pergi situ maka situ je la saya tuju. Di KL bukan tak ada scan 3D4D ni , banyak ….. tapi masa pula tak ada .. ayah sibuk cari rezeki kan. Tak tahan dah nak tahu jantina seteah bertalu-talu orang tanya . So dah tahu ni diam la dulu .. bukan apa tak mau mengharap …

scan 3d 4d Read More →