Shopping kasut raya part 1- Taobao

Assalamualaikum , raya dah nak dekat. Masa ni semua orang sibuk ganti puasa dan juga shopping sikit-sikit dah untuk raya. Saya ni dah lama tak shopping apa-apa. Jadi di kesempatan nak sambut raya kita shopping lah sikit-sikit. Nak beli serentak semua mahal tak sanggup lah . Satu lagi saya tak sanggup juga usung anak-anak ramai – ramai ke pasaraya. Tahun lepas okay lagi syamim kecil lagi. Sekarang jangan laaaa .. boleh hilang anak nanti. Suami pun tak tahu boleh cuti ke tidak raya ni.

Kesudahan nya kita shopping online saja. Masih boleh di katakan awal lagi. Lebih kurang 53 hari lagi nak sampai ramadan tu. Jadi sesuai lah beli barang di Taobao. Murah berganda-ganda. Nak tengok kasut apa saya beli ? tengok bawah.Ala- ala Dr marteen boots untuk syamim , Laila dan Husna.
kasut raya 1

Ini untuk syamim. Di Malaysia pun ada ramai seller jual. Saya beli sendiri dapat murah sikit.  Harga RM17 tak masuk kos shipping. Kos shipingg dari seller ke warehouse baru 8 yuan. Bersamaan berapa tah. Malas kira pula. 

kasut raya 2

Ini untuk laila. Dia tulis situ PU Leather harga dalam RM24 sahaja , tak masuk kos shipping. Kos shiping dari warehouse ke seller cuma 8 yuan. Google lah ye berapa.

kasut raya 3

NIi merah ang-ang … dah lama si Husna minta , saya tangguh-tangguhkan kasut banyak elok lagi pastu nak beli mahal di Malaysia nih. So dah di taobao murah boleh lah beli. Harga nya cuma RM21. Kos shipping free dari seller ke warehouse.

kasut raya

Last ni fesyen Lolita untuk aliya. Sweet sangat. Baca review di taobao ramai yang puji cantik dan berpuas hati dengan seller. So kita beli lah untuk aliya satu. Harga nya cuma RM30.02 , Kos shipping dari seller ke warehouse percuma.

Total semua : RM105 termasuk kos shipping dari seller ke warehouse. Ada yang beri percuma ada yang kena bayar. 3 kedai ni. Selepas semua kedai dah hantar barang ke gudang. Baru lah pos ke MALAYSIA. Sebelum pos , mereka akan minta kita bayar sekali lagi kos shipping. Saya pilih skynet dan kos shipping untuk 1 gram pertama adalam sebanyak 32 Yuan bersamaan RM19. Kg ke dua cuma 11.5 yuan bersamaan RM7. Okay lah tu..

Saya kira dalam tak lebih RM35 lah . so anggaran nya 4 pasang kasut di atas termasuk pos semua RM138 sahaja. Murah dan berbaloi sangat.

Nak lagi best .. join la website yang beri kita cashback setiap kali shopping online dengan online shop yang ada nama besar tu… Contoh nya website cashback ni..   Setiap kali kita shopping online kita dapat cashback balik. Waa untung kan ?

Lepas ni shopping kasut part 2 untuk ibu dan ayah pula. He he … Oh lepas sampai saya update lagi berapa harga sebenar dan masa di ambil untuk pos ke Malaysia ya.

   Tips Memilih Kasut Yang Sesuai

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

3 Comments:

  1. Dimana ya kasut yng murah tapi berkuaitas …

  2. Nak beli juga la.nak cari yang macam Aliya punya kasut..cantik sangat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *