Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki , walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut , betul tak ? kali ini saya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang , memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Kasut juga berubah mengikut fesyen dan masa.
Pelbagai rekaan terbaru muncul di pasaran yang tentunya akan menjadi pilihan sesiapa sahaja yang berkenan dengan fesyen tersebut.
Namun harus diingat untuk memilih kasut yang sesuai bentuk proporsi kaki perlu diketahui. Daripada pergelangan kaki sehinggalah ke betis segalanya perlu dititik beratkan. Setelah itu barulah anda mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kasut untuk dipakai mahupun untuk digayakan.
- Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.
- Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.
- Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.
- Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.
- Pilihlah kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki.
- Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.
- Sekiranya anda memiliki kaki yang cantik, kelebihan ini boleh ditonjolkan dengan memilih kasut bertali atau “strappy”. Tetapi harus diingat sekiranya anda mempunyai pergelangan kaki yang kecil hindari memilih kasut “pump” kerana ia akan membuatkan kaki tenggelam.
- Sebenarnya kasut daripada fesyen tali atau pita dapat juga membuatkan proposi antara kaki dan betis menjadi lebih seimbang. Ini kerana tali atau pita tersebut akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar daripada saiz asal.
- Bagi mereka yang memiliki kaki bentuk ini, anda bebas memilih apa model atau fesyen kasut sekalipun. Tetapi memilih kasut bertali akan membuatkan kaki yang cantik itu kelihatan lebih menonjol.
Jadi .. kaki korang jenis macam mana ? cer citer .. muahaha .. saya adalah orang paling susah nak pilih kasut bukan sebab gemuk , memang dari kurus dedulu pun susah juga , tulang tengah kaki tu tinggi dan lebar , jari-jari depan juga kembang , agak susah nak dapat saiz lagi-lagi jika kasut tu dari korea , jepun , cina , thai ke .. sebab sebelah sana kan orang kecik2 je .. kena pakai saiz US baru cantik dan ngam .. cissskekkk lagi …
Semua gambar di ambil dari blog : zodomo.com




asmkm sis..sye ada masalah untuk beli kasut @ sandals..kaki sye besar..memang susah nak cari saiz..kaki saya badan la ngan badan..saya tinggi besar mcm owg benggali 2..hi3..saiz dlm 11-12 bru ok…tolong sye…
kakyong memang susah nak cari kasut.. sbb saiz kecik…
& tak suka dgn kasut bertali..
kakyong recently posted..JUmpa Iklan grapevine di pagi hari
memang susah untuk memilih kasut yang tepat
kebiasaan saya pilih kasut ikut cita rasa …
salam perkenalan pertama kali berkunjung ke sini

namia recently posted..Belajar Aibkan Orang Lain Dengan Blogger Trafik Hunter ..
Kalau Zida kat Mesir ni dah tak dapat nak beli kasut lawa-lawa sebab kalau beli pun kompem cepat gila rosak/hancus. Tak tau la kenapa. Dah la kasut kat sini keras dia punya tapak. Sangat tak sesuai untuk orang Malaysia. huhu
Zida recently posted..#Resepi – Ikan Keli Masak Cili Merah
alamak…seropa lah kite ni bee … kaki besor…susah nk cari kasut..tambah2 yg style2 punya ni..mencikk betul .. ishh …xbaik gitu kan … syukur dgn ciptaanNya …
nis slalu pakai pump shoes je … tringin gak nk beli kasut jenis wedges tu
Ummi Hanie recently posted..Lupa di usia muda ?
err.saya tak suka pakai kasut orang perempuan. Sebab selalunya tak muat..
ohcikgu recently posted..Kien Kiat dan Boon Heong tewas. Lin Dan dan Chong Wei MARA ke suku akhir terbuka korea 2012
meme lah cikgu , tk kan nak pakai kasut gegirl pulak ..ish ish cikgu ni .. wahaha tips tu sesuai utk pompuan ..
puanbee recently posted..Meehoon + Teh Hijau = Makan
kaki saya kurus..cuma tang jari kembang jadi kalau pakai kasut bertutup depan tu tersiksa diaorang (jari kaki) hak hak
Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..kerjaya surirumah sering diperlekeh. karenah risya kat sekolah.
hakhak sama ler ,., merana dia .
puanbee recently posted..Meehoon + Teh Hijau = Makan
suka kasut first sekali,tapi jenis terbuka yang kedepan tuh.sakit kalau bertutup
maya_mustwany recently posted..PUTING SUSU
kan comel , akk suka juga design simple dan nampak gegirl
puanbee recently posted..Meehoon + Teh Hijau = Makan
kasut pink itu ok what?sesuai dengan kakiku.haha..kaki kutu kurus sama dengan tanganku,.badan je gemuk.hoho..
walaupun kaki kutu senang nak carik kasut,daku ada satu peel yg ssh nak ubah iaitu suka pakai kasut yg satu walaupun byk kasut.haha..
selesa pakai selipar jepun ja p mana2.klu tak pun sandle biasa n flat shoes. heel n kasut tutup terpaksa ja pakai klu p kursus..:)
setuju kembo..org biasa,gaya biasa.hakhak..
puan kutu recently posted..Makanan Ringan Berbahaya
haha sama juga suka pakai selipar jerk ..
puanbee recently posted..Meehoon + Teh Hijau = Makan
kalau zie pulak, cari kasut yg lapik kaki yg sedap pijak.. lembut.. tak boleh tinggi2 sgt.. sandal biasa pun kena tgk lapik jgk, sebab tapak kaki zie cepat sakit kalau berdiri lama.. terutama bahagian tumit…
zie fauzi recently posted..Header Menarik dari Budak Nakal
tu tandanya kita kurang berjalan tau zie , huhu sama lah bee pun selalu sakit kaki bukan berdiri je , berjalan pun lagi2 bila badan dah naik nih .. apa2 pun mesti boleh sihat selepas ini ..
puanbee recently posted..Mary kay Guest Event 7 & 8 Jan
ye ke.. hmmm.. itu la.. kadang nak buat keja kat umah pun bukan leh berdiri lama.. mak zie ckp tu kesan sbb dulu tak pantang betul2 masa bersalin.. hehehe…
zie fauzi recently posted..Pesta Kutip Rambutan
zie kelmarin satu hari bee berjalan di agro mart tak sakit kaki dah selepas bee mula berjogging .. cayalah ..ringan je rasa badan nih ..
puanbee recently posted..Jumpa Upin Dan Ipin Kali Kedua
yeke Bee.. kalau cmtu nak kena exersice balik la.. sejak pindah sini.. dah lama x gi joging… dulu duk penang rajin la main badminton n joging petang2.. mcm nk kena join Bee dgn K.Yan je ni.. tp bukan untuk kurus,utk kesihatan.. kalau kurus tu bonus la…
zie fauzi recently posted..Pesta Kutip Rambutan
Aku pun susah nak dapatkan kasut yg betul2 suka kat kaki aku..
Aku jarang ler lepak kedai kasut lama2.. Masuk kedai tgk dari
mula pusing sampai habis kalau tidak kenan terus keluar…
Petang2 bagus beli kasut coz kaki semua tgh kembang…
nurmisnan recently posted..Penawar untuk penyakit sesak nafas
aku tk beli kasut dua tahun dah , serios susah nak dpt yg berkenan ..adoiii last beli kasur di sogo , tp aku susah nak kesana ..
selalu lepak di kedai kasut tp tk beli .. tk de saiz katekan
puanbee recently posted..Hari Pertama Jogging
dah 3-4 hari cari sandal…xde yang bekenan..ingt nak bli kasut sarung je la..selesa kalau jalan jauh..xsuke yang bertumit..;) kalau untuk keje ok la kan..
kedaikasperskyonline recently posted..TRAFIK BLOG : 400UV DALAM MASA 30 MINIT!
macam dalam gambar fist tu comel kan ? hihihi .. sama lah pakai sandal je
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
sng jalan pakai sandal ni..yg skrg gune ni pun org bg present..tahan la..;)
kedaikasperskyonline recently posted..TRAFIK BLOG : 400UV DALAM MASA 30 MINIT!
Akak kalau beli kasut suka lepak lama2, abis semua kasut akak try, nak masuk kedai kasut tu akak cakap kat abang “pegilah mana-mana, saya lama ni” hehehee, tu pun bila dia datang semula kat kedai kasut tu tengok akak masih tak jumpa2 lagi kasut akak nak hahahhahahaa. tapi akak suka pakai sandle je sebenarnya dari kasut2 bungkus ni, masa keje je akak banyak koleksi kasut bungkus, lepas tu bagi kat orang dah…yelah tak pakai dah kan.
yanmie recently posted..Cerita Hantu, Aku Pulak Yang Susah Ni!
bee semasa kerja dulu pun tk pernah pakai kasut bungkus , sakit jari2 ku kak ..
pakai tumit pun jenis wedges ,
lepas tu byk sandal je ..
org biasa lagak biasa hehehe
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
saya mudah beli kasut, tak payah memilih lama lama , asal ok dan muat terus bayar,aja
lelaki dengan perempuan lain sikit peel .. hehehe
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
tetiba kak izan tgk kasut pink tu cantik. skrg ni suka beli kasut flat je. senang nak jalan laju2…
izan ishak recently posted..Seronok Sangat Katanya…
cantik memang ye kak , nak klik banner bawah header tu ade jual ,
tp bee tk boleh pakai kasut tu sedih ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
suka kasut pink tu..hikhik
mrs.yie recently posted..PETUA MENURUNKAN BERAT BADAN
hikhik dapatkan satu ye kak ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
ish..idok le teman nak pakai kasut ghupe itu..Untuk remaja boleh la bee..hehehe..bila nak pos surat kabo tu?ekekee
mrs.yie recently posted..MENJELANG ANUGERAH JUARA LAGU KE 26 (AJL26) SOROTAN JUARA LAGU 1989
hehe pink sangat , kang kaki nampak golap gelita kan ..
nanti bila bee dah bertenang sikit , sekarang ni kelam kabut lagi kak ..
memang nk pos sabor ek ..4 pedometer tu pun tk pos lagikk
puanbee recently posted..Saya Buat Ini Kerana ….
nice info… & pemilihan gmbr kasut yg cantikkk…. gerammm… ^_^’
pey new year pn.bee… wlpn da 5hb.. heheee….
Cahaya recently posted..#1 wordless wednesday: pengalaman jadi orang laut
new lagu juga , 5 hb ada lagi 360 hari .. hehee
cantikkk kan ? yg akk suka semua tu ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
Asal cantik di mata..sedap dipakai..sarung jer..
hah tu ler org lelaki , sarung jerkkk
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
nice info bee..mcm sy ni main belasah je beli kasut or sandal..patut nmpak x elok..hehe..kalu ikut tips leh cr yg sepadan nga bentuk kaki..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Tahun Kedua Mifzal Arsyad Di Taska Permata SUK Negeri Perak
sepadan dan tak siksakan kaki , penting tu ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
Sy pun jenis kaki kembang d depan jugak PnBee,… sekarang ni sy pakai jenis yg muncung lebar dan flat kat depan. Untuk mudahkan keje, sy pakai 1 brand je
shraqs recently posted..Update Terbaharu Untuk WordPress 3.3.1
saya pun susah jugak nak beli kasut. biasanya akan pilih antara warna hitam atau coklat je
kimmie recently posted..Voucher RM200 untuk Pelajar IPTA
sama kot .. banyak koleksi , hitam , putih coklat .. merah ada juga sikit ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
tp nak jumpa design yg berkenan tu susah, biasanye usha je…klu x de yg ditangkap oleh mata tak yah duduk lama2 kat kedai tu…cari kedai lain la
kimmie recently posted..Apa yang wajib ada menjelang Tahun Baru Cina
haha sama ler kimmie ,,, byk kerenah sikit bab kasut ni kan
puanbee recently posted..Meehoon + Teh Hijau = Makan
Saya kalau beli kasut perkara pertama saya buat adalah melipat kasut tersebut untuk melihat dia cukup fleksible kemudian baru melihat bentuk. Semasa kecil beruntung kerana bapa saya perlu mencari kasut saiz US kerana tapak kaki panjang.

akubiomed recently posted..Ringkasan statistik prestasi blog AkuBiomed 2011
yg ni panjang pula ,
a;ah ank cari kasut fleksible ni susah .. perempuan asal cantik je .. muahaha
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
biasa perempuan, memang cerewet pilih kasut dr lelaki, kalau kat kedai lama nak tunggu wife pilih kasut…he he
x suka kalau perempuan pilih yg bila berjalan keletak-keletuk….he..he
Denaihati recently posted..Amalina Che Bakri apalah kecoh sangat
he he he sabar je lah ek ..
kalau ikut islam pun kasut berbunyi tu tk sesuai perempuan pakai , tk ingat detail dalil tu tp pernah lah belajar dedulu ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
ala bee pakai aje ape kasut yg bee berkenan nak pakai, yg penting bee yg rasa yakin dgn diri sendiri. org lain x bleh ckp apa bila nampak bee yakin ajek pakai kasut tu…huhuhu
asya recently posted..Family Getaway at One World Hotel
ehehee bee memang tk kisah , kadang2 selipar je ..
cuma terkilan saiz kaki ni tk sesuai dengan butik2 kasut di malaysia ..
walo apa pun saya share tips je asya ,
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
hehe.. memang penting bab nak pilih kasut ni.. salah pilih boleh rosak kaki..
CMRatu recently posted..Wordless Wednesday #17
betul , sebab tu kena juga pilih
puanbee recently posted..Makan Log : Pizza Hut
bee,dulu2 ummi suka sangat pakai kasut tumit tinggi melangit, sebab nak cover tak cukup tinggi, hik!
Sekarang tak boleh lagi, takut sakit tumit..
ummiross recently posted..TOP 50 BEST LAKSA OUTLETS IN MALAYSIA
oo ye ke ? sy tinggi sikit2 je , kalau melangit tu tertunging lah sy jawabnya ..
tp ummie cargas lagi kan ..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
betull..saya pun macam pb..kaki besar..hehe..dah macam perahu dah bentuk kaki ni..xleh nak pilih yg feminin sangat..yg simple2..cam sandle tu ok la.. =)
ummu mawar recently posted..PERTAMBAHAN PELAJAR QIRAATI.
hehe sama kan , susah betul nak cr kasut cantik2 .. yg cantik kecik2 .. sandal tu ok lah kasut seksi saya panggil open je
puanbee recently posted..Jom Ke My Agro Hypermart Ada Lucky Draw iPhone 4s , TV LCD 40″ Dan iPad 2 Wow!
HEHEHE..kasut2..kadang2 beli tgk pada yg bekenan jerk.
hafizal recently posted..Jana Pendapatan Dengan Telefon Bimbit Anda
lelaki gitu lah pompuan ni mcm2 ade hehe
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai
saya plak jenis mudah beli kasut, jenis x memilih lama sangat, asal ok dan muat terus angkat dan bayar, hehe
Juan recently posted..Memohon Kad Pengenalan Baru | Kehilangan Kad Pengenalan
orang lelaki kan , pompuan lain sikit..
puanbee recently posted..Tips Memilih Kasut Yang Sesuai