Pengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)

Pengalaman Sauna dengan FIR (Far Infrared)

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Siapa suka ber sauna ? Saya suka sangat , jika di beri pilihan nak je bawak sauna balik rumah. Seronoknya ber sauna tu bila peluh keluar dengan banyak nya. Kemudian badan akan berasa segar bugar. Kali ni saya nak kongsi pengalaman ber sauna dengan FIR MALAYSIA ni. FIR bermaksud FAR INFRARED. Sauna yang meggunakan far infrared ini lain sikit dari sauna biasa. Saya pernah bersauna dalam bilik yang ada batu tu. Rasanya lain sikit. Yang tu nak kawal suhu dia kena simbah air .. Tetapi FIR ni senang .. suhu di kawal secara automatik. Dari permulaan dalam 38 darjah sahaja ke 44 darjah , sampai pertengahan suhu menurun balik. Duduk dalam kabin dalam 5 minit je dah rasa peluh keluar dengan banyak nya .. sampai nak bercakap pun susah .. menitik-nitik peluh. Tengok video di bawah nanti ekk.
sauna4

Kelebihan yang kita akan dapat dengan sauna FIR ini :

  1. Kalori di bakar sebanyak 700kcal jika kita bersauna selama setengah jam.
  2. Buang toksin melalui peluh.
  3. Kulit jadi tengang dan berseri-seri. Senang kata awet muda lah.
  4. Meningkatkan metabolisma.
  5. Melancarkan peredaran darah.
  6. Buang air berlebihan dalam badan. Orang yang gemuk air tu memang senang nak turun inci dengan kaedah FIR sauna ni. Pernah dengar gemuk air ?

pssstttt : Motif berbisik ? hahah rasa sunyi situ tak de orang .. saja lah bagi tau .. nanti korang geli pulak.Tapi serius susah nak cakap .Peluh sangat banyak. 

tips kurus : DUA CARA TERBAIK TURUNKAN BERAT BADAN

 

 

Sebenarnya duduk dalam tu tak berbaju pun .. tujuan supaya Infra red tu sampai secara terus ke kulit kita. Tapi dah nak buat video berbungkus ler apa lagi. Heheh .. serius best sangat. Kepala yang nyut nyut tu pun terus hilang aihh .. tetapi ..selepas siap .. lap-lap aih mengantuk rasa nak tidur je. Effect macam kena urut.

Saya pergi hari khamis hari tu , sekarang baru ada masa nak update entri. Dah ke khamis pula .. seminggu dah. Saya perasan jerawat di belakang badan saya yang banyak ni dah hilang la . Syok nyeee .. alaaa kalau la boleh buat selalu. Comfirm lincin belakang badan ini.

sauna3

Ni kalau nak buat treatment kaki . Agak selalu lenguh .. kulit kematu ke elok lah buat rawatan FIR untuk kaki sahaja. MESTI ramai nak tahu harga FIR sauna ni kan ? rujuk gambar di bawah. Zoom sikit .. gambar ambik dengan handphone cap ayam je .. blur blur pulak dia.

sauna2

Pertama kali cuba cuma RM19.90 kalau nak sauna dalam kabin macam saya tu. Harga biasa RM39.80 . Dan dia ada harga pakej. Berminat lah .. tapi jauh .. PLEASE Madam Jules buka di Ampang pula. Ngeee ..

sauna1

Budak ni pakej sekali dengan mak dia , tak jual . Masa ni kakak bertiga sekolah.Bawa dia , nasib ayah ada. Kalau tidak jangan verangan nak sauna bagai. Haru biru di buatnya.

sauna5

Jeng jeng .. terima kasih kerana membaca .. Tempek gambar sebelum sauna Infra red. Dan kalau korang nak cuba boleh lah ke sini :

Di buka setiap hari : 

  • Isnin – Khamis : 11am – 7pm
  • Sabtu : 11am – 5pm
    *Jumaat , ahad dan cuti umum tutup.

Boleh Book Online http://myfirwellness.youcanbook.me

MyFir Wellness, (HEAD OFFICE)
DESTINATION WELLNESS SDN BHD
(COMPANY NO. 1069278-M)

PG-11, Tropics Shopping Centre (Jaya Grocer)
No. 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor D.E.
(03-77334613)
(First Trial Promo RM78.00)

Payment Details:
Kindly Bank in the amount to
Ambank: 8881000348231
Recipient: Destination Wellness Sdn Bhd.
Email bank in slip to: firenergy.malaysia@gmail.com
Please fill up our form for detailshttps://sites.google.com/site/myfirpaymentformdwsb

 

Comments

  1. Asyik nampaknya ni bersauna

  2. wahhh bestttnya bersaunaaaaa… nak jugakkkkkk

  3. bestnye baca faedah gemuk ayor tu… kena sejibikk… kahkahh

    rege mmg membulatkan biji mata tapi trial agak mampu.. haha

    penang takdak ka

  4. macam best je..saya pun ada masalah jerawat belakang badan..

Speak Your Mind

*