tips kurus : DUA CARA TERBAIK TURUNKAN BERAT BADAN

Spread the love

Kali ni nak kongsi tips turunkan berat badan pulak ..sebenarnya untuk diri sendiri juga ..kan saya tengah berdiet gila – gila nk makan oat oat oat je ..

Individu yang mengalami masalah lebihan berat badan dan obesiti hanya mempunyai dua cara terbaik untuk menguruskan badan.

Baby - Kurus macam saya !
Baby – Kurus macam saya !

Langkah yang perlu diambil ialah mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten.Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila berkata, ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak badan dan bukannya air atau otot badan.

Menurut beliau, langkah menguruskan badan yang terbaik apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan satu kilogram setiap minggu.`Individu perlu ingat, penurunan berat badan dengan kurang mengambil air akan menjadi sia-sia kerana ia hanya sementara,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan.Katanya, ia berlaku apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan tinggi kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkabonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar. “Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka akan mengalami pertambahan berat badan,” ujarnya.

Oleh itu, kata Premila, adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama menguruskan badan. Jelasnya, langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, yo-yo diet dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi akan membuat individu tersebut gagal.

Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan yang betul iaitu:-

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.

* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.

* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.

* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.

* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, tambahnya, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan, dinasihatkan berjumpa doktor.

61 thoughts on “tips kurus : DUA CARA TERBAIK TURUNKAN BERAT BADAN”

  1. Terima kasih kepada Puan Bee dengan back link yang diberikan. Saya tanya isteri adakah beliau mengikuti 100% saranan tip menguruskan badan dan beliau tidak hanya mengikuti beberapa tip sahaja berat badan berjaya diturunkan.

    Bagi beliau punca utama kenaikkan berat badan berpunca tabiat makan yang tidak baik. Syukur Alhamdulillah belaiu berasa badan semakin ringan tidak perlu lagi memikul berat tambahan yang tidak diperlukan setiap hari.

  2. Pingback: Cabaran 7 Hari Menu Diet Berkesan

  3. Kalu kerja agak leceh juga nak makan pemakanan yg betul. Kantin tempat saya kerja tak jual buah, makanan tak tahulah banyak mana lemak yg terkandung.. kenalah bawa bekal dari rumah, epal 4 biji, bisku hi-fibre dll makanan yg betul. Sehari dua ok…masuk hari ke3 dah berat. Justeru perlu ada motivasi…

  4. Pingback: tips untuk kurus dengan cepat Sehari 1000 Langkah | Puanbee.com

  5. kalau nak kurus kena makan seimbang tu penting, kawan saya sebab nak kurus cepat sampai kena gastrik teruk..bahaya masuk hospital pulak dia psl tu

  6. sbnarnya yg pnting kita jaga pemakanan n kurgkan pengambilan nasi….ttpkan Bee, sejak lepas raya akak asyik lapo…lapo n lapo jerrr…hu.hu.hu….

  7. sunnah nabi pun dah tunjuk .. makan buah2an dulu sblum mkn apa2 … so dgn cara tu kite akan rasa kenyang sikit dan x berlebihan mkn nasi dll . …

    insyaAllah , azam amalkan tips kurus ni lepas bersalin nnti 😉 caiyokk2 ~

  8. yeah!

    moga kental dan bersemangat waja utk proses ni yer puan bee.

    harap dapat baca testi yg best2 nanti 😀

    p/s-mmg pemakanan dan senaman tu kunci utama. setuju!

  9. nti klu vco tu dah berkesan,nk cubalah..tgok bee dulu cmna.bab mkn blh lg ikut.senam tu…alamak malas gila.haha..apa pun semangat bee,moga cpt kurus!

  10. samalah ngan saya Puan…
    sekarang ni ngah berdiet…
    sarapan pagi > oat + strawberry…
    lunch > nasi sepenumbuk + lauk…
    dinner > oat + strawberry + susu segelas…
    sehari air masak 6 – 8 cawan…

  11. sekarang ni tengah mencuba takmo makan fastfood…dan selalu makan buah memang terbaik…. tapi yang tak bestnyer selalu kurang minum air…huhu..

  12. VCO tu dlm bntuk apa bee..maksud akak, susu ke, teh ke or kapsul.?????

    Akak cuma kawal dr mkn mlm jerr bee..Alhamdulillah turun gak la badan….yg lain tibai cam biasa…he..

  13. Sumer kena amik gmbr dulu sebelum dan selepas..nnti leh ar bandingkan perbezaannya..kalau sama jer tuh, fhm2 jelah..hehe

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *