Ikan Patin R&R Lanchang

Share

R&R Lancang terletak di dalam laluan LPT Highway (Lebuhraya Pantai Timur). Saya bergerak dari Gambang ke arah Kuala Lumpur. Saya dengar R&R Lanchang ni ada kisah seram nya ye ? LPT pun sama ye ? Allhamdulillah kami ke gambang tu pukul 11 malam dari KL , singgah juga di R&R dalam jam 2 pagi tak ada apa-apa usikan. Saya tak nak cerita kisah seram tu , nak cerita pasai ikan patin dia sedap sangat.
2015-09-11 18.52.13

Pertama kali saya makan ikan patin masak lemak sedap. Serius .. tak pernah rasa lagi ikan patin masak lemak pahang. Kedai makan nombor berapa tak ingat dah , tapi ada 2 je kedai yang jual masak lemak ikan patin ni , ada 2 jenis ikan patin juga , ikan patin sangkar atau ikan patin buah. Saya tanya apa beza dia , adik kedai tu cakap ikan patin buah lebih manis. 
2015-09-11 18.52.37

Selain ikan patin saya ambik masak lemak rebung dengan ikan masin , sedapnyaaa .. semua sedap. Di tambah pula dengan telur masin kan. Sebenarnya mula-mula saya tak nak pun makan di sini , konon nak pekena sate kajang ke. Tapi lapar ya ampun.

2015-09-11 18.52.44

Gambar sikit je la , tak sempat nak selfie dah semua pun lapar . Maklumlah dah penat berjimba di gambang tu ,dan tak makan tengah hari pun.
2015-09-11 18.53.08

Sedap serius sedap , kalau singgah R&R Lancang jangan lupa cuba , pasti teringat-ingat nak makan ikan patin masak lemak. Oh saya pilih ikan patin buah ye. Kalau sesaja nak pergi makan kenalah sesaja pergi Gambang waterpark pula. Haha nangis laki den.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

6 Comments:

  1. Ikan patin masak tempoyak tuuu.. favourite kot

  2. wah sedapnya…terliur tengok ni hah

  3. amboi…sedapnya. Dah lama saya tak makan.

  4. sedapnya patin tempoyak, terliur dah ni

  5. Saya juga suka ikan patin, memang best pandai masak bee ni haaa

  6. Untung ler yang gemar makan ikan. Dapat merasa ikan sedap. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *