Day 2 : Pengalaman di Gambang Waterpark .. boleh la …

Gambang waterpark .. fuh .. pengalaman di gambang waterpark bagi saya , boleh lah .. enjoy! tetapi .. bab tetapi ni kena teruskan baca sampai bawah. Sebelum pergi saya dah survey , tanya geng AJK kiah propa dan sebagainya. Rata-rata ada yang kata tak best dan ada yang kata best. Dan saya pula kata boleh la …

gambang waterpark price

Punya lah ramai manusia di sana , sampai sempit nak bejalan , sesak nak bernafas. Kami sampai ke gambang waterpak pada selepas zuhur . Sebelum sampai ke gambang waterpark kami pergi makan di kedai makan berdekatan , tetapi luar kawasan gambang ni la , sebab saya baca review kata makanan tak berbaloi dengan harga di sini. Ternyata .. memang tepat pilihan kami untuk makan di luar kawasan gambang waterpark itu.

kenapa ?

Ramai sangat orang nak beli apa-apa pun susah. Kena beratur hampir 30 minit baru dapat. Saya tiba-tiba rasa sangat dahaga , beratur 30 minit nak beli air mineral botol 2 liter boleh lah berkongsi dengan famili . Tetapi diorang tak jual air mineral botol sebaliknya jual dalam bentuk cawan.

Saya hairan .. kenapalah susah sangat sampai air mineral kosong pun tak boleh bawa masuk ?  Makanan pun tak ada sangat pada hari tu , yang ada hanyalah roti sosej dan wedges .. nasib la kami semua dah makan nasi .. kalau tidak macam kebulur jugak la .. mandi-mandi main air nak beli makanan kena beratur.

Mana nak layan anak-anak yang teruja sampai tak toleh kiri kanan dah dalam orang ramai bersesak tu lagi.

gambang waterpark priceBergambar di depan pintu masuk gambang waterpark.. memang lah terasa sedikit menyesal kerana pergi di waktu cuti sekolah , ramai betul orang jadi tak selesa dan takut anak hilang pun ye ..

gambang waterpark Sementara tunggu dua orang jejaka malaya pergi parking kereta sempat la bergambar ..

gambang waterpark Tengok laila pun dah tak pandang kamera .. aliya lagi la ..tak duduk diam dah .. betul-betul teruja ..

SONY DSCHarga tiket gambang waterpark ..

  • dewasa RM21.90
  • kanak-kanak RM 14.90
  • pelampung RM8 + RM12 (tak termasuk deposit)
  • Loker RM6
  • coco cabana (tempat duduk selesa sikit RM35 tidak termasuk deposit ) – tak sewa pun .. saja bg info disini.

gambang waterpark Tengok sesaknya macam mana .. huuuuiiiii ~ tak berapa selesa nak mandi pun , duk fikir takut anak hilang .. maklum je la anak kalau dapat benda mainan ni depa tak reti dah nak duduk diam , tau-tau mak takde kat belakang haru gak la.. semasa di bilik salin pakaian .. dalam 4 pengumuman kanak-kanak hilang sampai saya jadi cuak teramat sangat takut anak sendiri hilang. Kalau yang besar tu takpe juga , tau no tel nama mak bapak semua , buatnya laila yang kecik tu hilang perghh takde sapa faham bahasa dia tau .. tak dapat bayangkan jadi , mak pak ni duk kalut jaga anak je la ..

Lepas tu .. pelampung tu dah la sewa kena pula bayar deposit ,  kalau la hilang deposit tak dapat balik .. heran  la pulak.. hilang pun kemana dalam waterpark tu je la kot .. apa nak kisah deposit-deposit ni .. jaga anak takut hilang dengan jaga pelampung takut hilang sama banyak risaunya .. kehkehkeh~

gambang waterpark Saya ni kedekut sikit bab nak bagi duit kat orang , kalau bab makan takpe tau .. jadi sewa loker satu jek , walaupun ramai yang pergi dan cabana tu tak perlu .. lepas tu semua barang beharga sumbat ke dalam tu , baju-baju letak atas loker .. gambar semua jenis permainan air tak sempat di rakamkan .. sebab pada hemat saya ..dah bayar mahal-mahal semua orang kena main , jadi tak payah la sorang sorang nak jaga kamera ke henpon  ke untuk ambil gambar , ambil gambar sikit jek lepas tu semua main permainan bagi puas , walaupun ramai orang .. terpaksa la bersesak sikit.

Kalau sewa cabana pun macam rugi je la , lain kalau kita ada anak kecik yang tak boleh mandi-mandi lagi tu. Sebab nya budak-budak ni tak naik darat langsung. Nak begerak dari satu permainan ke satu permainan kena pujuk dulu .

Orang lain mandi 2-3 jam jek kot .. lepas tu bila sampai belah petang dah kurang sikit demi sikit manusia , kita orang mandi lagi sampai puas , baru la tak kena beratur segala .. selesa sikit.. paling lama main air di coco beach , boleh lah tahan seronoknya .. lepas tensi seketika. Walau tak berapa best la … sebab ramai sangat orang .. atau sebab saya memang tak suka tempat yang ramai orang  tak tau la kan ..

Saya pergi juga waktu ni , sebab nak bagi mak rasa pengalaman mandi-mandi ni , serius mak cakap seronok .. dan mak duk cakap  ” aku dah tua-tua dapat merasa mandi main2 macam ni sekali seumur hidup pun puas hati dah ” jadi rasa berbaloi la bawak mak. Dah alang-alang ke pahang tu kan sebab tu terus je ke gambang ni .. bawa mak pula .. bukan senang nak bawak mak jalan-jalan bapak tak benarkan ..hik!

Mak seronok , anak-anak seronok ..okay la ~ tapi tak nak dah pergi gambang waterpark melainkan freeeeee ~ cukup cukup sudah …

Perjalanan 3 hari 2 malam ke cherating pahang dan terengganu : –

  1. Day 1 : Check in di The Legend Cherating Resort
  2. Day 1 : Makan di warung pinggan besar gedabak Terengganu
  3. Day 1 : Mandi manda laut dan kolam bergilir-gilir
  4. Day 1 :Lepas hajat BBQ di tepi pantai cherating

19 Comments

  1. Latisha 20 December 2012 Reply
  2. Ummi Hanie 18 December 2012 Reply
  3. MaMaRey 18 December 2012 Reply
  4. MaMa3HerO PunyA CeritA 18 December 2012 Reply
  5. hafizrahim 17 December 2012 Reply
  6. huda 17 December 2012 Reply
  7. papa mifz 17 December 2012 Reply
  8. nurmisnan 17 December 2012 Reply
  9. eiela 17 December 2012 Reply
  10. syamila 17 December 2012 Reply
  11. Kujie 17 December 2012 Reply
  12. Azman Ishak 17 December 2012 Reply
  13. Blog Keperawatan 17 December 2012 Reply
  14. fazrol 17 December 2012 Reply
  15. anif 16 December 2012 Reply
  16. Denaihati 16 December 2012 Reply
  17. Arrazi 16 December 2012 Reply
  18. akubiomed 16 December 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.