Mikey's Original New York Pizza di Bangsar

Sekarang ni blur sikit nak upload gambar dari telefon sony  ke laptop acer ( tak reti ) , banyak cerita nak tulis di blog tapi susah ya ampun. Ok nak cerita kami pergi cuba makan Mickey Pizza Original yang besar talam tu. Memang besar sungguh , 8 inci lebarnya. Order 2 pizza dan makan ramai-ramai memang best.

Saya dah lupa menu dan harga pizza ni , jangan tanya. Tapi boleh ke website mereka dan klik menu , ada harga dan menu … semua sedap .. ermm … asal habis tu sedap lah tu …Untuk peminat pizza boleh lah cuba. Info dan alamat ada di akhir entri ni ya ..
mickey pizza original new york 1

Download Kalendar Kuda 2016

Assalamualaikum , kini anda boleh download kalendar kuda 2016. Link di sediakan di bawah.  Atau sekadar nak tengok kalendar kuda setiap bulan , saya akan letakkan link ini di tepi blog saya , memandangkan sekarang ni dah susah nak dapat free kalendar kuda dari kedai runcit.

Untuk download anda boleh pergi ke blog asal tuan punya kalendar kuda ini , dan beliau akan sentiasa update jika terdapat pembetulan.  Link di bawah. Terima kasih kepada empunya kalendar , semoga murah rezeki sentiasa.
kalendar kuda 1

Tukang Urut / Bidan Kawasan Ampang

Assalamualaikum. Baru-baru ini saya keguguran , maka bermula lah sesi mencari tukang urut atau mak bidan kawasan Ampang, punya la susah nauzubillah. Tanya orang sana sini , telefon sana sini , ada yang kena booking , ada yang perlu di buat temujanji. Tapi allhamdulillah , tengah cari-cari tu jumpa seorang adik tengah menampak iklan untuk menawarkan servis tukang urut dari rumah ke rumah.

urut

Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ?

Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ? Pernah terfikir tak ? saya sendiri merasa takut dan gusar , walaupun rasanya gambar dalam facebook menutup aurat , jarang mengumpat tapi ye lah tetap takut. Sejak akhir-akhir ni teringat benda pelik – pelik aje .. jadi saya pun google lah. Ada satu blog tulis tentang Security Settings di facebook yang membolehkan kita , mengamanahkan facebook kita kepada kawan untuk menguruskan akaun facebook kita , atau ianya di setting supaya , selepas di beri tahu oleh seseorang bahawasanya kita telah pun meninggal dunia , facebook akan menutup akaun dan memadam gambar kita kesemuanya secara kekal.

Anda pilih nak yang mana satu , di timeline saya terdapat banyak gambar anak-anak dan bisnes emas saya. Saya ada menguruskan group kutu emas. Jadi saya pilih untuk seseorang dapat meguruskan akaun saya , tak lain dan tak bukan saya amanahkan suami sayalah ye. Sob sob … mana lah tahu… Ikutkan hati nak pilihan kedua , supaya facebook menutup akaun dan memadam semua gambar saya , tetapi takut ada hutang tak terjelas nanti. Mak kutu makan masa at least 10 bulan.

Bagaimana hendak mengaktifkan fungsi ini ?

  • Buka akaun facebook anda , pergi bahagian ikon bumi dan klik setting , anda akan nampak perkataan security sila klik disitu.

rujuk gambar : ikut step 1 , 2 dan 3

kalau apa2 terjadi

Kemudian pilih pilihan anda , rujuk gambar.

Urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi – Tun Dr Mahathir Mohamad

Assalamualaikum , sejak saya menyertai powergold sebagai ahli , saya telah pun mulai sedar kepentingan menyimpan emas , saya bukan lah seorang wanita yang suka pakai emas besar-besar , malahan kebanyakkan perhiasan saya adalah silver. Tetapi semakin hari semakin sedar. Sampai bila kita hendak habiskan duit untuk membeli barangan lain sedangkan kita mampu megumpul emas sebagai simpanan , pelaburan dan tabungan untuk anak-anak kita nanti.

Banyak duit saya tak tahu kemana , serius.. ada kawan saya tak mahu pun beli emas , tak menyimpan , tapi menghabiskan duit beli tudung. Tudung jenama AJ murah je RM13 satu , tapi boleh beli 10 helai sebulan dah lebih RM200.

Ruginya saya rasa , kalau lah duit RM200 tu di gunakan untuk beli emas. 1 gram gold bar cuma berharga RM199 ( HARGA UNTUK BUKAN AHLI ) , RM179 ( HARGA AHLI ). Semua orang mampu beli emas sebenarnya , cuma masih belum sedar. Sekrang harga gold bar RM199 , Mana tahu lagi 5 tahun ke 10 tahun harga akan naik berganda-ganda. Emas jarang turun harga , sentiasa akan naik. Percayalah…

Tengok apa kata bekas Perdana Menteri kita :

Hari Tanpa Berbelanja.

Hai dan Salam. Tadi petang saya pergi membeli barang dapur dan pos sedikit barangan jualan preloved. Kalau ikutkan hati , terasa malas keluar rumah. Bukan apa .. bila keluar sahaja , ada lah duit yang keluar , bukan berkira tapi sekarang ekonomi sangat tak menentu. Tadi saya berbelanja hampir RM200 untuk barang dapur , yang hanya akan bertahan selama lebih kurang 3-4 hari.  Sebenarnya rancang nak berbelanja sekitar RM100 je. Tapi terbeli benda bebukan pula. Dah balik rumah rasa menyesal beli. Sekarang ni , yang bekerja contoh nya suami saya , tak sakit kepala sangat. Dia tahu .. ” sayang .. nah duit bulan ni “. Dan saya lah yang akan agih agihkan duit tu untuk bayar semua bil , yuran sekolah , minyak dan perbelanjaan dapur. Awak .. kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Gaji suami tidak lah besar mana. Jadi kena juga berjimat.

Akan datang saya akan kongsikan cara menambah pendapatan keluarga. Buat masa sekarang , puan puan boleh follow tips saya untuk jimatkan duit dengan mengikuti cabaran hari tanpa berbelanja. Saya tahu ramai ibu -ibu suka tips ini. 

Apa itu Paedophilia atau paedophile atau PEDOPHILES.

Tengah sembang dengan kawan , terbaca satu petikan perkongsian dari Biru Laut  . Jadi saya terfikir untuk berkongsi di sini. Saya ada 3 anak perempuan , dan saya kurang update gambar anak-anak. Ini adalah salah satu sebab.. Terlalu banyak kes melibatkan kanak-kanak , hampir setiap hari. Saya tak sanggup tengok gambar kanak-kanak yang di sumbatkan dalam kotak , yang di bakar dan lain-lain. Bagaimana orang sanggup berkongsi-kongsi gambar tersebut di media social terutamanya facebook.

Bacalah petikan di bawah , ada banyak kesalahan yang kita buat secara tak sengaja. Semoga masih belum terlewat. Saya pun pernah buat. Akan di usahakan delete. Oh masa tu masih mentah.

Apa itu Paedophilia atau paedophile atau PEDOPHILES.

Apa itu Paedophilia atau paedophile atau PEDOPHILES.

Kalendar Cuti Umum 2016 & Cuti Sekolah Malaysia

Lagi beberapa bulan sahaja lagi tahun 2015 akan berakhir. Maka persiapan untuk tahun 2016 telah pun di buat. Disini saya kongsikan kalendar cuti umum 2016  untuk kita sama-sama merancang aktiviti percutian dan lain lain pada tahun akan datang. Dah jadi kebiasaan orang Malaysia , cuti sekolah je ada lah kenduri kendara dan melancong kan. Jadi di bawah juga di sediakan senarai cuti sekolah malaysia 2016 mengikut negeri. Jom cuti cuti Malaysia.

Download Kalendar Kuda 2016

kalendar cuti umum 2016 dan kalendar ccuti sekolah 2016
Kalendar Cuti Umum 2016 & Cuti Sekolah Malaysia

Pembentangan bajet 2016 : 23 Oktober 2015

"Pembentangan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangkakan pada 23 Oktober ini, ada perkhabaran gembira untuk rakyat." Kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.  Entah ye .. entahkan tidak. Berdebar juga saya ni selaku rakyat biasa ingin mendengar perkhabaran gembira untuk rakyat dalam bajet 2016 tersebut. Harap kerajaan Malaysia tak terus menerus menekan rakyat. Sungguh tertekan dah sekarang. Tak sesuai nak luahkan tekanan tu di sini. Sama-sama lah kita tunggu pembentangan bajet 2016 ni. Satu lagi ,…