Pengalaman keguguran di awal kehamilan.

Cerita pengalaman sendiri , imabas kembali kejadian terjadi semasa hari raya aidiladha 2015 , tak ada gambar. Luar biasa bagi puanbee kan ? walaubagaimana pun , semoga perkongsian ini bermanfaat.Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan.Saya tahu saya keguguran apabila merasakan sakit seolah segugut dan darah yang keluar luar biasa banyak selama lebih kurang 7 hari. Ya dah seminggu. Kebetulan. Suami pun dah pulang bekerja setelah bercuti selama sebulan.

Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.

Pengalaman saya
Jumaat

  • Sakit bahagian abdomen , tak boleh duduk tegak , megeras dan senak.
  • Saya makan ubat tahan sakit mak saya , kebetulan mak baru je ambil ubat tahan sakit , beliau pening kepala , darah tinggi naik .. almaklumlah raya hari.
  • Sapu minyak panas.

Sabtu

  • Masih sakit  sepanjang hari , 3 kali makn ubat tahan sakit mak tu.

Ahad

  • Apabila saya bangun pagi terdapat lendiran , saya ingatkan saya berpeluh.
  • Bersiap nak balik ke kl dari taiping , telan lagi ubat tahan sakit mak.

Isnin

  • Turun darah , ingatkan datang haid

Selasa rabu (suami dah balik bekerja )

  • Masih banyak darahnya , pelik sebab banyak ketulan besar

khamis Jumaat

  • Masih sama keadaan nya , perempuan tahu kebiasaan dia period bagaimana kan. Dan kali ini terasa sangat pelik.

Sabtu

  • Pergi jumpa doktor dan buat ujian air kencing. Tak ada tanda mengandung , doktor syak keguguran telah pun berlaku , dan habis di keluarkan , ataupun saya ada cyst ataupun fibroid.

Ahad

  •  Masih turun darah dengan banyaknya

Isnin

  • Jumpa doktor lagi. Buat ultrasound , dan di beri pengesahan saya megalami keguguran. Bukan cyst mahupun fibroid.. Syukur allhamdulillah ..
  • Keseluruhan mengambil masa hampir 20 hari baru lah darah habis di keluarkan.
  • Saya makan antibiotik sebab badan terlalu lesu , doktor kata mungkin saya dah pun di jangkiti kuman.

Untuk info dan renungan … Saya tak tahu pun saya mengandung , dan saya memang seorang yang sangat aktif. Kebiasaaan nya kalau saya sakit memang suka je telan ubat sendiri. Huhu so itu adalah kesilapan saya sendiri. Cuma nak cakap.. keguguran walaupun terasa macam tak ada apa-apa , tetapi badan sangat lesu dan tidak bermaya. 1-4 hari masih boleh berlagak biasa , selepas 4 hari badan dah mulai lesu , sakit kepala dan badan terasa sengal-sengal , sebab tu lah saya pergi jumpa doktor , kalau ikutkan hati tak yah lerrr.

Suami pulak dah balik bekerja , ya ampun tak larat nya nak jaga anak -anak , waima bangun untuk masak pun tak mampu , untung anak sulung dah boleh di harap masak nasi dan goreng telur , kalau tidak tak tahu la apa nasib anak-anak yang lain.

Kawan -kawan suami merasa pelik kerana suami tak balik walaupun isteri keguguran. Suami nak balik , tapi saya melarang. Balik pun apa dia boleh tolong , benda dah jadi. Saya hanya berubat dan berurut untuk pulihkan kesihatan.

Saya telefon tukang urut dan beliau datang urut 3 kali , kemudian badan dah rasa segar semula. Untuk ibu yang keguguran mungkin ada yang mengalamai masaalah psikologi kalau mental tak kuat. Jika ibu tersebut memang bersungguh mahukan anak.. Dalam kes saya , saya belum bersedia , anak nombor empat masih kecil. Dan saya perlu buat persediaan mental jika ingin megandung lagi. Jadi saya redha saya keguguran kali ni.

Dan sebenarnya , ramai pun tak tahu saya keguguran. 🙂 cuma mak je berpesan , jaga diri , jangan makan makanan sejuk , jangan minum ais , jangan keluar rumah sangat dan bla bla bla. Pemakanan pula sikit-sikit seperti orang berpantang. (baca : Senarai Makanan Dan Amalan Ketika Berpantang Bersalin/Beranak )

Habis cam mana ? dah telan ais bergelan baru tahu megandung , dah keluar rumah hantar anak pergi sekolah berminggu baru tahu.

Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?

( sumber : http://www.babycenter.com.my/a1052725/keguguran-pada-awal-kehamilan#ixzz3pDwKM9XV )

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.
Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.

Anda boleh mendapatkan nasihat-nasihat dan sokongan dalam arikel kami mengenai apa yang patut dilakukan jika anda rasa anda mengalami keguguran.

Apakah yang berlaku selepas keguguran?

Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu.

Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda.

Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya.

Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda.

Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut:

Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.

Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.

Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.

Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan.

Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus.

Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan.

Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin.

Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda.

Anda mungkin hairan mengapa doktor tidak mengaturkan sebarang ujian khas selepas anda gugur kali pertama. Malangnya, ini kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar kehamilan seterusnya akan berjaya.
Saya masih bersedih mengenangkan keguguran saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Sebaik sahaja anda dapat tahu bahawa anda hamil, anda mungkin mula memikirkan mengenai bulan-bulan yang akan datang dan menantikannya dengan penuh debaran. Ini merupakan salah satu sebab mengapa keguguran sangat menyedihkan bagi kebanyakan wanita. Ia menamatkan segala angan-angan dan rancangan buat seketika, dan boleh menyebabkan anda merasa kehilangan dan murung.

Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan.

Namun, anda juga harus melihat ke masa hadapan. Apabila anda telah bersedia untuk mencuba untuk hamil lagi, anda boleh menarik nafas lega kerana kebanyakan wanita yang senasib dengan anda dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat.

Anda boleh dapat banyak sokongan dalam Kumpulan komuniti BabyCenter daripada wanita-wanita lain yang pernah mengalaminya.

Show 1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.