Cara Saya : Menghilangkan ruam susu dan ruam lampin

Jika anak-anak terkena ruam susu di pipi atau ruam lampin , boleh lah cuba gunakan sudocrem ini. Ikhtiar je lah kan saya guna ok .. sapu nipis-nipis jek.. Baby yang menyusu susu ibu dan dia mempunyai kulit jenis sensitif pasti tak dapat elak dari terkena ruam. Satu lagi lepas menyusu kena cepat-cepat bersihkan pipi dia. Baby berusia 3 bulan ke bawah je kritikal sikit. Sebab nya baby suka muntah dan tak pandai nak menyusu elok teratur lagi kan. ( saya rekemen saja apa yang saya guna ,…

Apa beza fanpage dan personal profile ?

Saya percaya semua peniaga online akan mengalami masaalah ini.Setiap kali gambar di upload , akan ada komen . PM .. PM .. PM ..Persoalan nya di sini , admin facebook nak PM apa ? semua detail dah ada pada gambar , code , saiz , harga , dan cara pembelian / penghantaran.Dia masih minta kita PM. Masaalah kedua , admin fanpage facebook memang tak boleh PM sesiapa pun ( PM = PRIVATE MESSAGE ). Dah memang di tetapkan untuk menjaga privasi pengguna.Setiap kali dia minta kita PM…

Cukur rambut bayi di kedai "ane"

Bukan tak nak cukur rambut bayi masa bayi baru lahir. Selepas baby syamim di lahirkan , ada lah juga buat kenduri arwah dan doa selamat sambil untuk cukur rambut syamim tu. Tapi mak cik bidan yang biasa cukur tu cakap dia tak boleh buat. Sebab mata dah kelabu. Nak cari bidan lain tak cukup masa. Jadi masa tu buat kenduri arwah dan doa selamat je lah. Tak cukup pun rambut syamim. Sekarang musim panas , rambut syamim pula lebat sangat-sangat , panjang sampai masuk dalam telinga ,…

Cara untuk shopping di tesco online

Syukur ada tesco online zaman sekarang , ianya memudahkan .. sebelum ni saya memang pelanggan setia tesco. Perut memboyot dengan tiga orang anak pun terjah ke tesco untuk beli barang. Tetapi sejak baby nombor empat di lahirkan terasa seolah tak cukup tangan dan tenaga lagi nak pergi shopping. Bukan maksudnya saya tak boleh pergi shopping .... no no .. saya tetap ke tesco tapi cuma tak beli barang berat-berat , contohnya berasa 10 kilo. Minyak 3 kilo. Sabun 8 kilo tu. Weiii berat .. mana larat nak…

Murah ! Anti – slip sock , toddler stoking , pre walker comel

Kalau anda mencari Anti - slip sock , toddler stoking , pre walker murah-murah di Malaysia ini  lah tempatnya. Design anti-slip sock ini lain sikit dari stokin yang nampak di luar sana. Harga tentulah murah-murah saya jual. Saya dah buat carian internet  sendiri  harga saya masih rendah lagi. Part paling best stokin baby ni comel. Saya beli stokin baby biasa je pun di butik baby di luar sana .. satu berbelas-belas. Kalau ada design katun-katun comel ni lagi lah kan. Ciri-ciri hebat anti-slip sock untuk toddler ini…

Bandung dari mata saya

Sekadar perkongsian apa yang saya lihat di Bandung. Nak cari kedai makan je pun. Baby syamim tak sihat waktu ni , memang kami tak berjalan di tempat popular pada hari pertama kami di bandung dek kerana baby syamim demam. Lepak di hotel. Sarapan di hotel sampai petang keluar cari kedai makan. dan pemandangan Bandung ... Singgah beli jaket jeans laila di sini. Lupa bawa sweeter dia .. sejuk ya amat .. tak sangka Bandung sejuk .. Dapat rege murah .. 50 ribu rupiah sahaja. Kualiti terbaik ..…

Indah Nya Tangkuban Parahu di Bandung

Tangkuban Parahu Bandung. Tangkuban parahu bermaksud parahu terbalik . Ada kisah dongeng merujuk kepada bukit yang berbentuk perahu tebalik. Bukan gunung berapi itu. Tetapi saya lebih tertarik untuk melihat dan merasai suasana berada tempat gunung berapi dan melihat sendiri . " Sesungguhnya ALlah Maha Mencipta dan alam ciptaanNya ini sungguh indah dan unik sekali. " Hanya itu yang dapat di ungkapkan. Cantik sangat .. Dengan udara yang nyaman walaupun ada bau busuk dari lava gunung berapi tapi itu tidak dapat menggugat kecantikan pemandangan gunung berapi ni. Gunung berapi…

BELVYA SCRUB UNTUK KURUS DENGAN MUDAH

Belvya Srub adalah satu – satunya produk untuk kurus dengan mudah dengan pelbagai manfaat untuk kulit yang boleh korang dapat. Produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Hanyak gosokkan di badan yang telah di basahkan terlebih dahulu selama dua minit. Kemudian mandi seperti biasa dan akan mendapat hasil yang menakjubkan. WOW !!!

belvya scrub untuk kurus dengan cepat

Pengembaraan ke Bandung dengan anak-anak

Perkahwinan jarak jauh. Banyak kisah yang tak terduga. Siapa sangka saya akan ke Bandung hanya dengan anak-anak tanpa orang dewasa lelaki ? ke luar negara tu. Emak saya punya lah risau. Saya langsung tak dapat bayangkan.

Dua hari suami mengajak saya bertemu di Jakarta. Saya menolak dengan pelbagai alasan. Hari ke – 3 saya berbincang dengan AJK KIAH PROPA. Semua menyokong saya kesana. Dorongan demi dorongan.

Saya takut sebenarnya. Tak pernah ke luar negara dengan siapa-siapa pun. Tapi atas sebab rindu dan ” terigin juga nak bejalan jauh” saya iayakan saja. Bincang -bincang maka booking lah tiket Air Asia melalui seorang rakan blogger.2014-01-28 17.33.24

Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )

Tapi tak jadi ke Jakarta kerana kurang tempat menarik. Maka Bandung menjadi pilihan destinasi. Selepas tiket kapal terbang telah di tempah. Dua tiga hari berikutnya saya buat passport untuk semua anak-anak , saya dan adik.

Kemudian booking hotel di Bandung melalui Agoda. Tukar duit Malaysia ke Rupiah siap-siap. Sungguh senang rupanya nak melancong ke luar negara. Ehemm .. lain kali suami kerja luar negara boleh lah melawat di mana di bekerja. 2014-01-28 22.14.00

Saya telah booking tiket kapal terbang selama dua minggu. Mana tahu si Syamim demam sehari sebelum penebangan kami ke Bandung. Stress juga.. kesian baby muntah dan batuk teruk. Tapi terpaksa lah pergi memandangkan tiket dah booking.

2014-01-28 22.44.16

Sesampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara di Bandung , kami semua mengalami kejutan sikit. Udara di sana sejuk sangat. Laila yang pada mulanya tidak berjaket kesejukkan. Terus pinjam baju kakak Aliya . Kakak Aliya nya pula pinjam baju ibu. Sudahnya ibu lah ketar sorang-sorang di situ. 🙂2014-01-28 22.44.29