KEMPEN SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA

Assalamualaikum dan hai , saya latifah merupakan ahli powergold sejak 6 mei 2015.Saya nak cerita dan mengajak anda semua menyertai saya dalam KEMPEN SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA .Saya seorang surirumah sahaja tidak mempunyai pendapatan tetap. Saya menyertai powergold sebagai ahli dengan bayaran sebanyak RM450. Itu pun hasil saya main kutu duit dengan kawan-kawan. SEPARUH dari belanja bulanan yang suami beri kebanyakkan nya saya laburkan ke dalam simpanan emas. Dulu saya rasa tak mampu. Tetapi sekarang saya rasa .. walaupun agak susah nak istiqomah tetapi boleh. Kebanyakkan duit saya gunakan untuk membeli handbag dan barang-barang merapu tu saya dah mula gunakan untuk menyimpan emas. Saya sendiri terasa amat gembira kerana selepas saya meyertai powergold , saya telah pun mampu banyak menyimpan. Dan adik beradik lain pun mula menyimpan emas. Kegilaan kami yang dulunya gadjet canggih dan barangan lain kini tertumpu kepada emas. Jika tiada kegilaan ni pun saya tak sempat menyimpan. Nasib lah ada kegilaan baru , nampak juga duit itu mengalir ke mana. Disini saya nak cakap . Tiada yang mustahil jika kita hendak buat dan bertekad nak buat. 
banner pg gifMari saya kenalkan apa yang powergold buat kempen sangat ni …. baca di bawah sampai habis kalau nak jadi penyimpan emas.
Apa tu goldbar?

Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9

Kenapa harga pasaran goldbar 1 gram lebih mahal?

Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali, selepas itu dipacking satu-satu, memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal

Kenapa perlu simpan goldbar?
Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 20-25% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang

Kenapa perlu simpan emas sekecil 1 gram ?

1) Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan.

2) Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa. Kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.

3) Kekadang mungkin kita akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, sekiranya kita hanya memerlukan wang dalam hanya RM500 takkan kita nak jual emas yang beratnya 20gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat

4) Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga. jadi mulakah hari ini dan jadikan sebagai simpanan bulanan

kempen simpan emas

Azam 2016 – Saving Emas

Assalamualaikum dan hai .. Dah nak masuk bulan 3 2016 dah kan ? saya baru nak cerita pasal azam. Okay la.. dari tak ada azam langsung. Dulu-dulu tak berapa ada azam sangat. Sekarang  ni umur dah pun makin meningkat anak-anak makin membesar. Sekarang ni baru terasa , banyak nya nak pakai duit untuk sekolah anak-anak. Makan pakai boleh lagi lah ala kadar. Tapi makan dan perbelanjaan sekolah tak sanggup nak ala kadar. Anak masih lagi sekolah rendah aje . Belum sekolah menengah atau universiti.

Dulu .. tak lama sangat lah dulu pun. Saya mempunyai satu kegilaan dari pada gadjet ke handbag ke pandora. Semua yang orang jual di instagram saya nak beli. Tak dapat yang mahal dapat yang murah pun jadi lah. Duit boleh kata banyak ( tapi tak kaya ).. sebab saya buat bisnes sendiri kan. Lagi pula husband bukan jenis ambik tahu pasal duit saya. Eh nak beli apa suka hati la. JANJI … Duit yang dia bagi tetiap bulan tu saya boleh guna sehingga cukup sebulan.

Kemudian , masuk awal tahun 2016 .. eh macam tersentap ..banyak nya nak guna duit. Sejak bulan jun 2015 saya dah join powergold. Duit ahli tu saya bayar dengan guna duit kutu. Saya pelahan -lahan jual emas dan beli emas. Allhmdulillah. Ada emas baru dalam tangan. Bertambah. Tapi saya tinggalkan perangai shopping macam-macam tu. Saya kena pilih salah satu. Shopping baju atau beg atau pandora yang boleh puaskan hati saya tapi buatkan akaun menagis kekosongan atau saya biarkan akaun kosong juga tapi shopping emas sebagai simpanan saya.

saving 2016

Bonus powergold – BUKAN TIPU

Salam dan hai , saya na share bonus dari powergold .. saya membeli gold bar , syiling emas dan dinar sambil - sambil tu jual pada kawan-kawan yang berminat. Kemudian tengok-tengok , eh dah ada bonus masuk. Buat sambil-sambil sahaja. Tak lah susah mana , ada internet di rumah lagi senang la. Bonus di bawah tidak termasuk untung jualan runcit barang kemas dan juga syiling , gold bar dan dinar ye. Allhamdulillah , rezeki jangan di tolak. Marilah sama-sama join ahli dan beli emas untuk simpanan diri…

Urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi – Tun Dr Mahathir Mohamad

Assalamualaikum , sejak saya menyertai powergold sebagai ahli , saya telah pun mulai sedar kepentingan menyimpan emas , saya bukan lah seorang wanita yang suka pakai emas besar-besar , malahan kebanyakkan perhiasan saya adalah silver. Tetapi semakin hari semakin sedar. Sampai bila kita hendak habiskan duit untuk membeli barangan lain sedangkan kita mampu megumpul emas sebagai simpanan , pelaburan dan tabungan untuk anak-anak kita nanti.

Banyak duit saya tak tahu kemana , serius.. ada kawan saya tak mahu pun beli emas , tak menyimpan , tapi menghabiskan duit beli tudung. Tudung jenama AJ murah je RM13 satu , tapi boleh beli 10 helai sebulan dah lebih RM200.

Ruginya saya rasa , kalau lah duit RM200 tu di gunakan untuk beli emas. 1 gram gold bar cuma berharga RM199 ( HARGA UNTUK BUKAN AHLI ) , RM179 ( HARGA AHLI ). Semua orang mampu beli emas sebenarnya , cuma masih belum sedar. Sekrang harga gold bar RM199 , Mana tahu lagi 5 tahun ke 10 tahun harga akan naik berganda-ganda. Emas jarang turun harga , sentiasa akan naik. Percayalah…

Tengok apa kata bekas Perdana Menteri kita :

LIST ARRAHNU YG TERIMA PRODUK AMETHYST (powergold) TERKINI

Salam , ramai yang tanya … gold bar dan dinar dari powergold di terima ta jika di gadaikan di kedai. Disini saya senaraikan Ar-rahnu yang terima produk gold bar dan dinar emas jika di beli di powergold. Ar rahnu terkenal dengan sifat berhati hati menerima produk emas , bukan senang ye .. semua barang emas yang hendak di gadaikan di Ar-rahnu , mereka akan meneliti satu-satu. Dan produk powergold di terima. Menunjukan produk powergold adalah produk yang berkualiti.

List Arrahnu yg terima produk dr Amethyst/Powergold

Hawa dan emas : Join powergold akhirnya

Assalamualaikum.. Hai .. Kini , akhirnya setelah lama berfikir untuk menyertai mana-mana syarikat yang menawarkan emas murah-murah untuk simpanan , akhirnya saya telah memilih untuk menyertai POWERGOLD. Setelah hampir 5 tahun teringin nak join mana-mana syarikat trading emas ni setelah tengok abang ipar saya sendiri membuat jual beli emas , tapi takut nak beri tahu suami.

Ya .. saya seorang yang suka berniaga , dari jual produk jualan langsung ke jual baju-baju dan pun cuba. Cuba untuk tengok sesuai ke tidak. Sekarang nak cuba untuk mejadi seorang yang menabung di dalam emas . Sumpah saya tak boleh ada duit di tangan , bank mahupun ASB semua korek. MACAM-MACAM nak beli , dah la surirumah saja. Jadi .. rasanya dengan meyertai syarikat powergold ni , harapnya dapat la menyimpan 1gram sebulan. Atau lebih ..

Dah 3 tahun rasanya , tak pernah miss main kutu emas .. percayalah .. emas tu bukan saya pakai semua.. memang untuk simpanan , anak perempuan 3 orang beb + 1 orang anak lelaki , simpan duit asyik tak berjaya , mana lah tahu mereka akan sambung pelajaran tinggi-tinggi nanti. Mana nak korek duit. Zaman sekarang ada PTPN , saya tengok orang yang belajar tinggi bergelut nak bayar balik. Harap la anak saya esok ni tak perlu pinjam mana-mana agensi untuk menyambung pelajaran. Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak kan.

Kebaikkan sertai POWERGOLD.

Sebab paling UTAMA perlu memilih produk powergold adalah kadar harga beli balik syarikat yang tinggi dengan mengenakan spread yang kecil 6-10%, ini akan memberikan anda keuntungan yang lebih cepat sekiranya harga emas naik. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas.

Produk Utama Powergold 
GOLD BAR 999.9 

  • Di datangkan dengan jumlah paling minima 1GRAM , mampu di beli oleh setiap golongan.
  • Selain dari GOLD BAR 999.9 1Gram , ada juga 5GRAM , 10GRAM Dan 20GRAM.
  • Harga ahli lebih murah berbanding harga jualan. Harus menjadi ahli untuk mendapatkan lebih untung ..

GOLD BAR 999.9 POWERGOLD