Ulang tahun perkahwinan ke 12
Pertama kali , sungguh … saya bersyukur sangat kerana dengan izin-NYA , saya dapat mengharungi cabaran dugaan di alam perkahwinan. 12 tahun .. bertahan.. dugaan dari pelbagai sudut dah pun rasa , tak perlu di ceritakan .. yang lepas biarkan lepas .. kerana setiap perkahwinan pasti ada dugaan , cabaran tersendiri.
Setiap hari , hanya mampu berdoa .. semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhirat .. semoga perkahwinan ini tetap utuh sehingga ke hujung nyawa. Semoga di tetapkan hati dan sentiasa wujudnya kasih dan sayang dalam keluarga yang di bina ini.
Ulang tahun ke – 10 .. sambut meriah … ada surprise ..
Ulang tahun ke – 11 .. saya mengandung anak ke -4 … usia kandungan 5-6 bulan .. tak ingat .. agak-agak je .. malas nak kira balik .. tapi memang ingat .. suami ada di Jakarta .. Suami pos hadiah jam tangan dari sana. Suami beli jam tangan sepasang.