Blog Puanbee.com bermula baru
Download Kalendar Kuda 2016
Assalamualaikum , kini anda boleh download kalendar kuda 2016. Link di sediakan di bawah. Atau sekadar nak tengok kalendar kuda setiap bulan , saya akan letakkan link ini di tepi blog saya , memandangkan sekarang ni dah susah nak dapat free kalendar kuda dari kedai runcit.
Untuk download anda boleh pergi ke blog asal tuan punya kalendar kuda ini , dan beliau akan sentiasa update jika terdapat pembetulan. Link di bawah. Terima kasih kepada empunya kalendar , semoga murah rezeki sentiasa.
Tukang Urut / Bidan Kawasan Ampang
Assalamualaikum. Baru-baru ini saya keguguran , maka bermula lah sesi mencari tukang urut atau mak bidan kawasan Ampang, punya la susah nauzubillah. Tanya orang sana sini , telefon sana sini , ada yang kena booking , ada yang perlu di buat temujanji. Tapi allhamdulillah , tengah cari-cari tu jumpa seorang adik tengah menampak iklan untuk menawarkan servis tukang urut dari rumah ke rumah.
Apa itu Paedophilia atau paedophile atau PEDOPHILES.
Tengah sembang dengan kawan , terbaca satu petikan perkongsian dari Biru Laut . Jadi saya terfikir untuk berkongsi di sini. Saya ada 3 anak perempuan , dan saya kurang update gambar anak-anak. Ini adalah salah satu sebab.. Terlalu banyak kes melibatkan kanak-kanak , hampir setiap hari. Saya tak sanggup tengok gambar kanak-kanak yang di sumbatkan dalam kotak , yang di bakar dan lain-lain. Bagaimana orang sanggup berkongsi-kongsi gambar tersebut di media social terutamanya facebook.
Bacalah petikan di bawah , ada banyak kesalahan yang kita buat secara tak sengaja. Semoga masih belum terlewat. Saya pun pernah buat. Akan di usahakan delete. Oh masa tu masih mentah.
Apa itu Paedophilia atau paedophile atau PEDOPHILES.
Pengalaman keguguran di awal kehamilan.
Cerita pengalaman sendiri , imabas kembali kejadian terjadi semasa hari raya aidiladha 2015 , tak ada gambar. Luar biasa bagi puanbee kan ? walaubagaimana pun , semoga perkongsian ini bermanfaat.Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan.Saya tahu saya keguguran apabila merasakan sakit seolah segugut dan darah yang keluar luar biasa banyak selama lebih kurang 7 hari. Ya dah seminggu. Kebetulan. Suami pun dah pulang bekerja setelah bercuti selama sebulan.
Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?
Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.
Pengalaman saya
Punca dan kesan keracunan makanan
Punca dan kesan keracunan makanan : Baru baru ini anak saya sendiri telah megalamai keracunan makanan , setelah pulang dari membuat lawatan bersama – sama rakan sekolah. Mereka mengikuti rombongan yang telah di anjurkan pihak sekolah. Gambar adalah dari cikgu husna. Terima kasih cikgu hantar gambar di whatsapp.Setelah husna balik dari lawatan , malam tu dia muntah dan cirit birit , esok nya dia demam.
Saya memberi tahu cikgu dan mendapat tahu dari ibu bapa kawan-kawan husna ramai lagi kawan-kawan husna juga mengalami gejala yang sama. Malahan ada seorang cikgu sendiri pun turut keracunan makanan.Apa boleh buat lagi , terus saya bawa jumpa doktor. Dah lah keadaan berjerebu baru-baru ini menyesakkan hidung.
Tak ada apa-apa isu di sini , perkara telah pun berlalu. Cuma ibu bapa pula lah kena buat rawatan secepat mungkin , takut – takut melarat pula sakitnya. Di bawah saya kongskan info biasa tentang keracunan makanan. Akan datang saya akan tulis tips pula untuk menjaga dan merawat anak yang telah pun mengalami keracunan makanan.
Apa itu keracunan makanan?
- Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
- Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).
Apa yang menyebabkan keracunan makanan?
Punca keracunan makanan:
- Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
- Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
- Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
- Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Kalau Cari Service Video dan Photography Terbaik
Dah lama juga teringin nak ada gambar satu keluarga cantik-cantik ni .. tapi selalu tunda sebab ,masa ada aliya sorang tunggu aliya besar ,dan besar aliya , husna pula keluar , tunggu sampai husna besar , dah besar husna keluar laila , so tunggu laila besar , dah keluar laila , tunggu syamim besar pulak. Last – last .. tak mau tunggu dah .. ayah pulak tak de nak bergambar satu famili tak boleh. Huhuhu .. sedih …
Sampai ada projek dengan ……….. (rahsia dulu) , diorang mintak gambar , sumpah saya tak ada gambar saya yang cantik-cantik , gambar anak banyak lah …
Kebetulan .. pergi terjah geng AI MEDIA NETWORK tengah outting di Taman Tasik Perdana. Bodek laaa … nak sekeping dua gambar .. dan taraaaaaaa … hasilnya … AI MEDIA NETWORK dan glemer di dunia internet ni … tak tahu ? diorang memang ambil service video dan photography ni … tak tahu ? hah meh nak bagi tahu laaaa niiii ..