DIY : Cara jahit sarung bantal menggunakan kemeja lama
DIY : Tempat gantung peralatan menjahit , gunting dan hiasan dengan bajet sangat minima .
Assalamualaikum dan hai , apa khabar ? harap semua sihat lah kan .. selain sihat kita juga hidup tenang walaupun sesibuk mana pun. Sejak dah pindah rumah ni mood mendekorasi dan menatarias rumah menjadi-jadi. Sampai tahap guna drill berat tu sendiri , sebelum ni tunggu encik suami buatkan. Sekarang tak tunggu dah. Semangat berkobar kobar selepas tengok mat saleh buat sendiri.
Nak tau cara buat sendiri (DIY) tempat gantung kunci atau gantung gunting atau boleh juga di gantung peralatan lain termsuk lah pasu bunga kecil-kecil seperti gambar di bawah ?
Caranya senang sangat. Murah pun ye. Peralatan yang di perlukan semua ada di kedai hardware. Pergi je lah minta nanti dioranag akan tunjuk. Saya sumpah. Nama kayu pun tak tahu.
Peralatan yang di perlukan adalah seperti di dalam gambar di bawah.
Wallpaper DIY – Aktiviti cuti hari buruh
Selamat bercuti buat semua pekerja di Malaysia ni. Surirumah tak cuti , kerja macam biasa yek … Cuti sekolah mula lah bosan. Tak tahu nak buat apa melainkan betengkar anak beranak. Bila dah mula bosan mula lah nak shopping. Duit pun tak banyak. Konon-konon nak pergi lah ke jualan gudang baby kiko RM1 sehelai tu. Tapi kakak ku dah pergi dan katanya baju RM1 tak cantik. Baju RM18-RM30 baru cantik. Maka tak jadi lah mak ke jualan gudang tersebut. Baik beli baju di tesco saja. Sah sah dapat yang baru dengan harga tersebut.
Lepas tu keluar rumah beli barang dapur sikit. Terus singgah di DIY dah lama geram tengok wallpaper tu , tetapi selalunya malas nak beli dan pasang sebab masa macam tak cukup je! Sekarang cuti boleh lah buat projek sikit.
Saya beli 5 gulung wallpaper ni corak purple warna sweet sweet aje. RM8.90 segulung. Saya pasang dengan anak-anak je lah. Saya cuma pakai 4 gulung. Satu gulung lagi lebih tak tahu lagi nak buat apa.. plan nak letak di pintu peti ais.
Simple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan.
Tablet samsung saya dah tua. Saya beli pada tahun 2013.. Masih berkeadaan elok sampai sekarang. Dulu – dulu ada meragam sikit-sikit. Tetapi sekali format pada 2013 tu terus elok sampai sekarang. Rezeki sungguh. Tetapi sekarang ni adalah zaman di mana , kau akan rasa kedekut sangat nak laburkan duit untuk beli sarung tab. Biasa nya golongan mak-mak akan rasa begini.
Anak-anak dah letakkan mural di sarung tablet yang lama , tengok pun dah tak lalu. So kita DIY menggunakan kain felt sahaja. Disebabkan tab ni hanya di gunakan oleh anak-anak. Kongsi 4 beradik. So begitulah coraknya. Biar kalau bawa bejalan pun orang tak syak itu adalah tablet. Tips juga ni. Elakkan di ragut.