Resepi Ayam Masak Halia untuk ibu berpantang
Resepi ayam masak halia untuk ibu berpantang timbul bila saya masakkan untuk adik saya sendiri yang baru sahaja melahirkan cahaya mata ke dua beliau. Awal tahun lagi keluarga kami dah terima 2 orang kelahiran orang baru. Di taiping adik bongsu juga melahirkan seorang baby boy anak sulung beliau. Seronok bau baby … sedap… Sekarang beralih ke cara masa ayam masak halia resepi khas dari saya . Masaakan ini mudah , bahan tak terlalu susah nak cari , ada je di ceruk dapur kita. Suami-suami pun boleh cuba masaakan untuk isteri tersayang.
Bahan :
- Ayam setengah ekor
- Halia sebesar penumbuk , ricik halus atau potong nipis terpulang
- Bawang merah besar 2 biji
- Bawang putih (satu labu)
- Minyak bijan atau minyak biasa.
- 2 cawan air.