Simple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan.

Tablet samsung saya dah tua. Saya beli pada tahun 2013.. Masih berkeadaan elok sampai sekarang. Dulu – dulu ada meragam sikit-sikit. Tetapi sekali format pada 2013 tu terus elok sampai sekarang. Rezeki sungguh. Tetapi sekarang ni adalah zaman di mana , kau akan rasa kedekut sangat nak laburkan duit untuk beli sarung tab. Biasa nya golongan mak-mak akan rasa begini.

diy ppage

Anak-anak dah letakkan mural di sarung tablet yang lama , tengok pun dah tak lalu. So kita DIY menggunakan kain felt sahaja. Disebabkan tab ni hanya di gunakan oleh anak-anak. Kongsi 4 beradik. So begitulah coraknya. Biar kalau bawa bejalan pun orang tak syak itu adalah tablet. Tips juga ni. Elakkan di ragut. 

diy samsung tab case

Untuk siapkan sarung tablet ni , anda hanya perlukan :

  1. Sarung tab lama.
  2. Kain felt dan sedikit hiasan.
  3. Gunting
  4. Gam pistol

Lepas tu deko la sesuka hati. Kalau ada kain cantik-cantik lagi seronok mendeko. Felt saya ni perca je . Saya beli di Facebook. Kakak tu memang lelong perca. Murah semestinya. RM2 je satu plastik besar. Boleh add facebook : Tintaku Craft Material

Bagusnya sekarang. Syamim kalau tengok youtube A,B,C dia akan tunjuk abc di bahagian dalam dan luar. Bila syamim buka twinkle-twinkle litle star dia akan tunjuk star. Alaa .. kembang kuncup hidung ibu tengok. Berbaloi. Tinggal lagi nak tukar skrin protector tu. Lama betul.

p/s : Syamim sekarang ni berumur 2 tahun 3 bulan.

Show 11 Comments

11 Comments

  1. jimat la kalau macam ni..tak payah nak ke kedai beli..sekarang ni pun casing memang mahal.lebih2 lagi tab punya

    • Boleh jadi kenangan. Kalau dah rosak pun mesti nak simpan lagi sebab buat sendiri.

  2. Fyda Noh

    Ramai orang suka buang je kalau sarung dah lama. Ni kretip.. cantik sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.