Ermm topik , Adakah penting melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ? terlintas di fikiran nak tulis. Selepas ada orang tanya , ” eh syamim pakai pampers lagi ? ” yah .. syamim dah 2 tahun 5 bulan. Dalam gambar tu syamim tahun lepas. Sekarang walaupun baru berusia 2 tahun 5 bulan dah nampak masam 3-4 tahun. Pandai cakap dan buat lagak pula tu. Jadi ramai orang akan terkejut sedikit bila dia poo poo dan beri tahu saya depan orang tu. “ Ibu syamim yak ” biasa nya itu la ayat si syamim. Dan orang akan “ apa ? syamim pakai pampers lagi ?. Haa gitu lah. Saya pula sebagai ibu. ” Aaah .. dia pakai pampers lagi , saya tunggu dia bersedia untuk tidak pakai pampers, lagi pun saya jenis ibu semua nak cepat dan M“. Tak suka renyah renyah. Tiga lagi anak saya semua pun tak ada yang bersungguh pun nak ajar dan melatih ke tandas. Saya ada terbaca juga. Ada yang buat solat sunat semata mata nak latih anak ke tandas tu. Ermmmm …
Pada pendapatan ibu ibu dan ayah ayah di luar sana , adakah penting untuk melatih anak ke tandas beriya – iya ni ? maksudnya .. sehingga kena keluarkan modal untuk beli tilam khas , lampin khas , dan juga potty khas ? Pada pendapat saya. Ibu ibu dan ayah ayah tak perlu kot terlalu risau. Kerana anak akan pandai rasa tak selesa bila tiba masanya. Dia sendiri akan buka pampers. Nak tahu bila masa sesuai tu ?
Dari pemerhatian saya ke atas ke empat empat anak saya sendiri. Masa yang sesuai dan kita tahu anak dah bersedia untuk tidak pakai lampin lagi adalah :
- Sebelum tidur kita pakaikan lampin baru. Semasa di bangun lampin kering.
- Dah pandai buka sendiri lampin dia. Kadang-kadang tu dia tak nak pakai lampin. Ada lah aksi manja dia , seperti time nak pakai lampin tu dia lari keliling rumah ke.
- Bila pakai lampin suka garu garu walau tak ada ruam. Tu tanda anak dah rimas. Dia besar dia dah pandai rasa rimas.
Dalam kes syamim , semua tiga tanda di atas dah ada. Tapi ibu yang malas ya rabbi nak latih dia. Ermm cuti sekolah ni boleh lah kot . Biasanya terlalu sibuk ke hulu ke hilir , risau kalau dia tak pakai lampin mau terbabas dalam kereta. Dah la jalan KL selalu jem kan. Tak sempat nak cari tandas nanti. Syamim pernah tak nak pakai tapi di rumah je lah , saya biarkan je. Lepas tu dia poo poo dalam bilik air sambil menjerit , seolah olah benda apa jatuh dari dalam badan dia. Apa yang dia risaukan sangat tu entah lah.
Bagi saya , tak payah lah pening pening fikir bab ni. Kecuali kalau kita betul betul nak jimatkan duit sebab beli lampin pakai buang tu tak pa lah kot , mahal juga lampin pakai buang sekarang kan . Mujur syamim pakai sebungkus besar tu sebulan jenis murah aje. Bagi jenis mahal memang sedap pakai lagi lama lah dia berlampin kang..
Saya ada beberapa orang kawan , yang keluarga nya daif sikit. Mereka tak pernah fikir nak potty trained ke apa ka. Mereka pakaikan lampin kain je. Bila umur anak tu dah masuk 1 tahun lebih , anak dah boleh jalan je . Lampin suka londeh londeh mereka tanggalkan.Lepas tu anak dah padai bagi tahu nak yak .. Amboih senang kemain. Mudah kan ?
Dan dulu .. sewaktu adik adik saya masih kecil pun pakai lampin kain tu je. Pin besaq tu letak depan. Oh saya masih ingat cara melipat dia. Tukang basuh lampin dah tentu lah saya. Tetapi bila adik dah mula berjalan memang tak pakaikan lampin dah, dah makan macam – macam waktu tu. Tak sanggup nak cuci lampin. Baik cuci rumah atau mop lantai. Untuk elakkan tilam basah di waktu malam. Emak potong plastik guni besar tu. Supaya jadi lebar dan letakkan di atas tilam. Kemudian emak letakkan kain batik sebagai lapik. Jika bangun pagi tu kain batik tersebut kering , wahhh happy .. tapi jika basah .. kepit hidung ambil kain letak dalam baldi dan basuh yek. Jarang nak yak lah malam-malam.Terbabas pun jika hujan atau terlebih minum air. Tapi zaman sekarang macam – macam alat dah ada. Kalau mampu apa salahnya … macam saya tak nak la beli. Sebab guna sekejap je. Tahu dah.
Itu sahaja perkongsian dari saya , yang elok ambik , tak elok tinggal sini.
Ni kisah dulu anak saya no 3 si laila. Dah 3 tahun baru ajar. Tu pun tak berapa nak rajin – Anak Tak Pakai Pampers Dah
Terima kasih kerana membaca.
Kite dah lepas fasa tu utk anak sulung masa dia umur 2thn 7bln.. Alhamdulillah sgt sbb dipermudahkan.. Takde beli semua tu pon, hehe~
Penting sangat2 utk melatih. If not susah nak ajar kalau dia time nak poop..
Ohh sukarnya kan bee..
ikut keperluan, jika ibu xerja pejabat, xperlu susah2… keluar belanja lebih hanya utk itu rasanya tak berbaloi
kalau sy ok ke sbb pakai pempers murah2 je .. sekampit sebulan.
Wah bagus ni, panduan untuk ani yang tak pernah ada anak buah lagi ni 🙂
how you can unlock amazing website like this, I really liked the look and also the articles you post. the speed of your website is also very nice
wah sangat bermanfaat sekali gan infonya.