Parking HKL merujuk kepada tempat letak kereta bertingkat di Hospital Kuala Lumpur. Allhamdulillah .. saya pernah ke HKL sekali pada tahun 2011 , masa tu saya baru belajar-belajar memandu di kawasan Kuala Lumpur. Pada waktu itu , pengalaman pertama kali saya memandu sendiri ke HKL dan ada masaalah cari parking. Fuh kelam kabut. Sekarang dah 2015 ya. Sekejap masa berlalu. Esok-esok tau tau dah tua dah saya ni. Kisah tahun 2011 pernah saya tulis dalam blog ni. Cer klik tajuk Di HKL ( Hospital Kuala Lumpur ). Waktu tu saya tolong orang. Beza situasi saya sekarang usung anak sendiri pula. Seperti yang telah saya tulis kan dalam entri lalu anak saya yang sulung tu patah tulang sikit bahagian tapak kaki.
Gambar di atas dan gambar di bawah ni saya ambil dari Website JKR. Mana sempat nak ambil gambar jarak jauh dekat macam ni. Selalunya saya kalau memandu laju je . Tak kira apa dah. Badan tegak ke depan. Pendapat saya sendiri tentang parking baru HKL ni sangat bagus. Mudah lah sikit. Walaupun terpaksa berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat untuk dapatkan rawatan. Ok la ..dari tak ada parking dan kita parking merata-rata , kereta kena towing , denda kena bayar dan bergaduh dengan polis bantuan tu. Hah .. sila baca senafas ye.
Parking bertingkat ni boleh guna touch n go … bagi saya senang sangat. Saya tak suka kerja renyah .. lagi lagi jika bawa 4 anak serentak. Nak bayar parking la apa la .. silap silap anak kena langgar kereta je. Jadi nasihat saya .. sebelum ke hospital kuala lumpur tu eloklah sediakan kad touch n go sesiap. Swap je .. senang.
Setiap minggu saya berulang ke HKL. Selepas hantar anak yang bersekolah , Husna dan Laila .. saya terus ke HKL. Sampai di HKL dalam 7 pagi. Pusing punya pusing … parking dah penuh beb. Nasib baik ada parking bertingkat ni. Itu pun level G dah full beb. Hang kena nak ke level 2 atau 3 baru ada kosong. Tapi takpa … sistem pemberitahuan parking kosong ada dan ianya memudahkan lagi kita mencari parking. Lampu merah tanda dah ada kereta. Lampu hijau tandanya parking kosong. Apa lagi .. nampak lampu hijau .. hang laju-laju la berebut. Tunggu lagi orang lain maju la.
Lagi satu perangai orang di KL .. hahah ambik gambar tiang tempat parking. Sebenarnya tak perlu pun sebab dalam setiap level di cat dengan warna berlainan , cuma kena ingat level dan warna sahaja. Tapi saya selalu kalut ah .. selalu lupa dan selalu jadi buta warna tiba-tiba. Dalam duk ambik gambar pun boleh salah naik lif ke level sepatutnya lol. Hari tu .. semasa minggu ke dua saya ke HKL , saya park di level 3 , saya perati ramai yang turun dengan tangga .. org sihat takpa la . Orang sakit , orang tua tu kesian jugakla. So saya bersangka baik la . Mungkin mereka tak nampak pintu lif .. lif ada tersorok sikit . Sekali pandang macam pintu kecemasan ja. Saya ni nasib baik bawa syamim dia suka hati suka buka pintu. So saya dapat nampak ada lif. Jadi kalau korang ke parking ni jangan tak naik lif pula. Tinggi tu.
Takdak apa nak cakap dah la .. Nanti orang kata .. hat buruk tu nak tulis sangat .. benda elok tak mau tulis. So saya tulis benda elok ni. Nak puji la .. sistem parking ni dah bagus sangat dah. Kalau jauh nak bergerak jangan risau ada shuttle … ya ampun .. tu pun saya baru tau .. nanti next entri saya ceritakan la ye .. Insyallah .. harap rajin.
Senyum selalu walau ribut taufan melanda .. ewah … Selasa ada temujanji dengan doktor pediatrik lagi. Haishh jemu la pergi Hospital selalu.
Info
Bangunan 7 (tujuh) tingkat dengan 1951 lot parkir Hospital Kuala Lumpur ini telah dibina menggunakan sistem Industrial Building System (IBS) secara keseluruhannya (skor 100% IBS). Sebanyak 11,095 komponen konkrit tuang-dulu telah digunakan meliputi tiang, rasuk, papak, dinding lif, dinding parapet, tangga dan ramp. Proses pemasangan komponen hanya mengambil masa 198 hari sahaja dengan purata 56 bil sehari untuk menyiapkan keseluruhan superstruktur. Asas jenis rakit telah digunakan bagi mempercepatkan pembinaan berbanding cerucuk.
Fasiliti yang telah disediakan adalah:
1. Parking Guidance System
2. Auto Pay Machine dan kemudahan menggunakan Touch & Go
3. Panic Button System untuk bantuan kecemasan pengguna
4. 6 Bilangan Lif termasuk 2 bilangan Lif yang boleh memuatkan Stretcher untuk pesakit
5. PA System dan CCTV
Sekian ,
Pengurus rumahtangga melapor kan.
Puanbee.
Sudah lama tidak ke HKL. Selalu samada hospital Selayang atau Sungai Buloh.
Ani suka parking HBKL, sistem lampu sangat memudahkan 😀
Cantik parking HKL yang baru ni.