Di HKL (Hospital Kuala Lumpur)

Saya menghabiskan masa lebih kurang 4 jam mencari parking di Hkl , saya ke hkl untuk melawat dan menghantar kakak saya bagi memandikan pesakit dan sebagainya. Bayangkan kita sampai di HKL lebih kurang jam 12.30 tengah hari , dan berpusing mencari parking berjam-jam lamanya , sedar tak sedar jam dah pun menjukkan pukul 3 petang.

Nak atau tak nak , selepas pusing cari parking berjam-jam , sehingga kan keluar masuk pintu HKL tu pun masih tak jumpa parking kosong , saya terpaksa lah berhentikan kakak saya di tepi jalan , jauh dari ward , terpaksa .. dalam keadaan hujan , dalam kereta ada baby 8 bulan anak si kakak , dengan budak-budak lain seramai 4 orang , cuba bayangkan bagaimana keadaan anak-anak tu ?

Di Hkl

Ye lah sepatutnya tak bawa anak-anak ke Hospital saya faham , tapi tak semua orang ada maid , tak semua orang ada orang nak bantu atau boleh tinggalkan anak-anak tu .. betul tak ? Lagi-lagi baby 8 bulan tu menyusu badan , memang tak boleh tinggal , kena bawa dia walaubagaimana pun , kalau tak mau sesak nafas si kecik tu menagis.

Di Hkl

Sekali tempat saya parking tu pun tepi jalan menggangu perjalanan kereta lain , terpaksa lah saya alihkan kereta , si baby dah menagis kuat , saya menggelabah , yang lain merengek nak ke tandas , cuaca lak sejuk hujan .. dah le kena drive lagi , saya pusing-pusing lagi cari parking , pun tak ada ..

Akhirnya ada tempat parking OKU , saya terus masuk , daripada saya memandu dalam keadaan yang mengelabah , hujan dan sesak, dengan suara baby yang menagis ala-ala macam nak sesak nafas je , lebih baik saya park aja disitu.

Di Hkl

Elok je saya parking , ada pemandu ambulans cakap

” itu tempat OKU sahaja lah . “

Saya mejelaskan

” Maaf encik , saya terpaksa , ini baby sudah menagis kuat , emaknya terpaksa ke ward memandangkan dari tadi selama 4 jam kami mencari parking tak jumpa , emaknya memang terpaksa naik ke atas , jururawat pun asyik call nak dapatkan tandatangan untuk buat pembedahan ayah baby tu .. terpaksa lah uncle. saya tak boleh drive dengan baby nagis kuat-kuat macam ni , nanti berlanggar lagi susah.”

Pemandu ambulan tu orang india , tapi dia faham apa yang saya cakap , nasib baik …

Datang lagi seorang polis bantuan , saya pun jelaskan perkara yang sama juga.. Nasib baik , polis ni pun faham .. Polis bantuan tu memberi amaran , sekejap sahaja yang boleh .. bagi saya sekejap pun tak apa , sebab saya dah call mak baby tu supaya datang ambil baby cepat, dah teruk sangat menagisnya.

lapar sudah
laila – lapar sudah

Lepas tu pemandu ambulan tu menyuruh saya bawak semua budak-budak keluar , duduk di tepi kalau dalam kereta nanti orang marah katanya… ok saya ikutkan saja , asalkan baby tak menagis lagi.

Kemudian , ada polis bantuan yang lain 3 orang , masing-masing membelek kereta saya , saya hanya memerhatikan dari dekat , sebelah kereta tu je , pemandu ambulan tadi , angkat tangan menyuruh saya diamkan saja , kelak kalau mereka tahu saya parking disitu bising kata pemandu ambulan tersebut.

drive cr parking di hkl

Ok ..saya layan kan saja lah .. ikutkan nak bagi tau je kereta tu saya yang punya.

Sambil melayan baby yang menagis tu , saya tengok-tengok juga apa kata mereka terhadap kereta tu .. Nak tahu ?

Polis bantuan bertiga tu macam samseng ..

Serius macam samseng ..

Salah seorang dari bertiga tu banyak mulut , yang lagi 2 ok tak lah banyak sangat ..

” Ni sapa punya kereta ni ? ”
” Tak tahu ke ini tempat OKU ? ”
” Meh sini aku nak OKU kan dia.. Bodoh betul ..”
” Bodoh .. bodoh … ”
” Apa ingat ada sticker askar boleh buat sesuka hati ke ? besaq sangat dia ..”

itu lah apa yang saya dengar , menyirap darah beb .. tapi saya diamkan saja lah , dah pemandu ambulan tu duk suruh dia dengan buat isyarat dari jauh.

Tiba-tiba datang Polis bantuan yang mula-mula tegur saya sebelum ni .. sekali Polis bantuan yang tahu siapa pemandu kereta kelabu tu menunjuk ke arah saya , sambil berkata ..

” Kakak tu punya kereta , dia terpaksa parking .. tak pa lah ..”

Saya pun , perghh dah bocor kan .. terpaksa lah berhadapan dengan polis bantuan bertiga tu ..

Nak tak nak saya explainkan lah ..

Polis bantuan yang telah malu kerana memaki hamun di depan saya pun , apa lagi nak cover malu agaknya , terus mempertahan kan kata-kata dia ..

” akak tak boleh parking sini kak .. sini tempat OKU je ,memang lah akak parking tu dah betul, habis semua sesak ni akak lah punya pasal katanya .. “

” ehh .. tak kan kerana aku jalan sesak .. macam tak logik lak , tempat parking tu memang tempat parking , bukan saya parking tempat bukan parking , pelik betul .. saya dah cakap , saya parking sekejap je , sementara mak budak ni nak datang ambil dia , bukan tak nak cari parking , saya dah pusing cari parking sampai 4 jam , budak-budak biasalah mana boleh duduk dalam kereta sampai 4 jam. “

Polis bantuan masih bebel marahkan saya , dia tinggikan suara ,

” Haaa akak call mak dia cepat suruh datang ubah kereta ni , “

Saya cakaplah , ” saya yang drive bukan mak dia , saya nak hantar baby ni ke mak dia , dia menangis ni , bukan boleh nak drive dalam keadaan gini , nanti belanggar lak dengan kereta lain , awak pun nampak kan jalan sesak.

” Haaa akk cepat call mak dia , ubah kereta ni cepat-cepat . “

Saya jawab lagi … ” yee saya dah call , awak ni tak faham betul lah ..”

Polis tu masih tak puas hati dengan saya , kawan dia yang lagi 3 dah pergi tinggalkan dia seorang , agaknya kawan-kawan nya pun malas nak layan ..

Lepas tu saya malas nak dengar bebel dari dia lagi , saya layan kan baby yang menagis makin kuat , makin kuat tu , tak guna layan orang yang tak tahu bertimbang rasa tu.

ariff
ariff

Tak lama kemudian mak baby dah sampai lepas dia ambil baby baru saya terus masuk dalam kereta dan teruskan cari parking .Malu woii bertekak begitu di depan ramai orang , apa polis bantuan yang pakai uniform polis memang tak boleh bertimbang rasa kah ?

Tempat parking tu memang tempat parking bukannya saya halang jalan sampai sesak pun HKL memang dah sesak. Dan satu lagi dah saya cakap , saya parking pun sekejap je sementara nak tunggu mak baby tu datang , kenapa mesti polis bantuan tu nak jerit pekik depan saya sampai semua orang disitu memandang ? malu sungguh .. itu belum lagi selesai kena pergi cari parking lagi , lepas tu baru boleh cari tempat untuk buat susu anak dan bawak budak-budak ni ke tandas , maklum lah berjam-jam dalam kereta .. sejuk hujan .. lepas parking kena pula berjalan cari tanda , HKL memang tak mesra pengguna lah ..

una

HKL patut sediakan parking khas untuk ibu dengan anak-anak kecil ni , Ya Allah pergi tesco pun ada parking khas tuk ibu dan anak-anak , sah sah anak-anak ni agak susah nak berjalan kalau parking tu jauh dan bila tiba-tiba ada kesulitan dan kecemasan yang perlukan ibu bawa anak ke hospital untuk rawatan , tiba-tiba kena cari parking dulu baru boleh rawat anaknya tu ? tak ke arwah anaknya tu dulu baru dapat parking kalau gitu rupanya susah sangat nak cari parking HKL tu ..

Harap HKL dapat sediakan parking secukupnya ..

kecewa~

Tips : kalau nak ke HKL , pergi lepas jam 4 petang baru ada parking , keesokkan harinya saya pergi lewat sikit , lepas jam 4 ptg terus ada parking tak perlu pusing-pusing macam saya tu.

Search

Comments

  1. FidlyBass :

    Salam kak. Penah jd kt family kite. Bole sy tau masa tu weekemd ke hari biasa ?

  2. tak suka gi hospital. menci.

  3. boleh bayangkan perasaan bee masa tu..skng masih sibuk di spital?

  4. polis tu mmg mengada2…bukannya tolong org cari solution…huhuhu

  5. lain kali kena sewa teksi kut kalau nak ke sana. booking pergi dan balik. tu pun kalau dia nak. :(

    memang payah parking kat sana

  6. bee,mana2 hospital besar mmg mcm tu keadaannya..parking sgttt susah nk dpt..

    abah nis pu n aritu parking kat OKU tp nasib sbb dia bertongkat sikit (kaki sakit) so xde sape bising lah …

    camane ye nk atasi masalh gini..hospital pun kne buat parking bertingkat gamaknye …

    sian bee dgn anak2 + ank sedare tu .. nis paham sgt mcmmane rasenye

  7. x bertimbang rasa betullah Polis Bantuan nie….tahulah awak tu jlnkan tugas tp considerlah sikit masa tu bukannya ada pemandu OKU nak masuk parking pun……….lebih sudu dr kuah.

    • itu lah , saya ada disitu , jika betul ada oku , saya akan alihkan kereta tu , lagi pun sekejap sahaja , saya cuma nak pass anak tu pada emaknya , dan saya akan alihkan kereta , itu pun dia tak nak faham , masih nak menegking , saya terkilan betul , tak pasal2 di tengking depan orang ramai , malu

  8. salam..
    ermm..lama dah tak ke HKL
    entah bagaimana rupanya..

    rakan saya kata banyak
    perubahan positif sekarang ni

  9. Di mana-mana hospital kerajaan akan mengalami masalah meletak kereta antara sebab HKL mempunyai tempat letak kereta berbayar untuk mengelakkan laluan HKL digunakan sebagai jalan pintas dan bukan pengunjung hospital. Ia tetap tidak menghalang ruang meletak kereta tetap penuh diwaktu puncak. Sukar untuk selesaikan masalah ruang meletak kereta kerana ruang tanah terhad kecuali kerajaan sanggup bayar jutaan ringgit membeli tanah semata-mata untuk dijadikan tempat meletak kereta kepada awam.

    Kerajaan telah mengambil langkah dengan membina hospital baru di luar Kuala Lumpur seperti Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sg Buloh, Hospital Ampang dan Hospital Putrajaya yang mempunyai niche rawatan. HKL tetap mendapat tumpuan pesakit menerima rawatan dan hospital baru yang dibina turut mengalami masalah tempat letak dengan kenaikan jumlah pesakit. Graf peningkatan kehadiran pesakit semakin meningkat setiap tahun malah ada yang 2 kali berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tidak semua mampu mendapatkan rawatan berbayar di hospital swasta.

    Tidak salah saya di belakang jabatan kecemasan ada ruang parking terbuka tidak tahulah ketika Puan Bee melawat pun sudah penuh.

    • semua ruang parking saya jenguk dan penuh , sampai ada yang parking kereta double2 dan tidak tarik handbreak , ada yang kereta bergerak dan menghentam kereta lain sampai kemik bumper , ada juga yang parking sesuka hati sampai orang lain tk boleh lalu , ada juga kereta yang kena clamp , dan semua tu saya saksikan selepas saya pussing mencari parking selama 4 jam , dan lebih kurang 10 kali round disitu ..

  10. HKL memang macam tu. Susah dapat parking kat dalam tu. Penuh memanjang. Jadi..sabarkan ajelah. kalau ikutkan, memang salah.

    Tapi dah darurat..macam ni la jadinya..

    tips untuk dapat parking kat HKL. Datang awal pagi. kul 6.30-8 pagi. :)

  11. ishhh…nama je polis bantuan.
    tapi kenapalah tak boleh faham situasi yg bee hadapi tu kan.
    geram plak kak izan baca ni…

    • dia tak de anak lagi agaknya , muda , lepas tu bangga dengan uniform dia , boleh tengking orang bila beruniform agaknya , yang lain boleh je faham , orang dah cakap sekejap je parking pun , dia masih nak marah , tu kalau boleh saman , dia dah saman saya agaknya

  12. UpProfits :

    Actly kwsn parking terhad..kena plak kat KL nun..kbykn hosp besar mmg camtuh..mcm kat jb nih lg plak, org yg keje singapore pun ada parking gak memenuhkan parking hosp..sbb parking free..

  13. di GH Penang pun masalah parking juga.. saya masa wife kena denggi dulu siap kena saman.. memang tak patut sgt2… saya rasa ada yang ambil kesempatan sebab parking free..

    • ini parking berbayar tau , kitaorang dah pusing2 , sampai keluar dari hkl , bayar rm2 untuk cari parking di luar , tapi tak de masuk balik kena lagi rm2 cer bayangkan ..

  14. hkl mmg camtu.. dulu masa hubby duk hkl pon selalu gak parking tempat oku. naseb baik tak kantoi hehe.. apapun mmg serik carik parking kt stu

  15. bkn nk kate ape la tp hosptl krajaan sknk ni makin plek2..hosptl swasta gak yg mesre ngn pesakt..x kish la polis ke..pengawl ke..nurse ke..mmg dowg mesre ngn psakt..sy ade pglman sy sndri..so fk2 kn la

  16. saya tak pernah lepas g hkl drive…selalu hospital klang jela kalau parking bertindan nanti bila waktu melawat habis semua nak balik kalau kereta tak lepas keluar, adalah abang india tolong keluarkan kereta, pakcik melayu tukang jaga belakang takut terlanggar kereta double park…selalu macam tu kalau bab parking kalau tak lepas mesti ada orang tolong lepaskan…

    • terpaksa lah azura , kalau tak saya memang tak pergi , suami dah pesan naik teksi je , tapi ye lah agak susah nak naik teksi dengan anak2 ni .. kang bertabur lari sana sini ..susah

  17. fuh… panasnya hati bila baca entri akak ni. macam terbayang-bayang je rupa polis bantuan tu… ha… polis bantuan je pun. patutnya akak ambik gambar dgn no polis bantuan tu letak dalam entri ni. biar padan dengan muka dia. bukan akak tak tunggu dekat kereta tu… kalau ada oku nak park boleh je alihkan.

    • terlupa lah hazmin , dengan baby menagis kuat , anak akak pun duk jerit2 lapar susu , nak terkencing bagai , dengan polis tu duk tengking2 akak , mana nak ingat dah , tu pun akk pusing sekali lagi untuk ambil gambar parking tu , ingat nak ambil no dia tapi polis tu dah tak de selamat lah dia

      • nak kena sekeh polis ni..masalahnya melayu dengan melayu selalunya nak tunjuk lagak tu..tu baru pangkat polis bantuan…kalau ASP, inspektor, mcm mana la pulak lagak polis tu. elok la pun jadi polis bantuan sampai bila bila..takda adab…

  18. Kesiannya bee, bagus jugak bee berkongsi pengalaman ni, sekurang2nya jadi panduan untuk orang lain jugak.

  19. kebanyakkan polis bantuan atau yang pangkat rendah2 ni poyo je lebih..
    tak payah la nak layan sgt..
    stakat pakai uniform berani la..bukak baju kasi lawan tengok..
    telur pun hilang time tu..

    • itu lah masaalahnya , mentang2 dia beruniform boleh nak tengking saya sesuka hati ek ? org dah cakap nak park kejap je , bukan nak park terus disitu sementara mak budak tu dtg , pelik dia tak faham bahasa saya tu ..

      lupa nak ambik no dia kalau tk memang dah komplen dah perangai dia tu ..

  20. Ya Allah, kesiannya Bee ,.. nasib la x di snap gambor depa tu kan..
    memang patut lah di upgradekan HKL tu.. sbb menjadi tumpuan ramai..

    masa tu ade ke kereta OKu yg nak parking??
    susah benor rupanya depa ni nak berbudi-bicara..

    x pa lah, Bee pun dah dpt solution.. kena pergi petang lah gamaknya ya..

    btw, nyibuk nak tanya.. BIL Bee tu sakit apa? eksiden ke??

    • BIL tu ada bisul besar di punggung , bisul tu tak leh baik sendiri sebab dia ada kencing manis , hari tu doktor minta kakak pergi utk sign tuk operate lah , so bila dah sampai parking tk jumpa , doktor asyik call je nak cepat , terpaksa lah kakak pergi dulu dan saya cari parking ,

      yang baby tu anak kakak lah ..memang susah drive sambil pujuk baby ni terpaksa juga berenti ..

  21. menyirap darah baca entri bee nih..cis..nak cover malu la tu dah terkantoi maki2 tuan punya kereta padahal tuan kereta tu ada je kat depan mata..adoi..berlagak je polis bantuan tu ek..tampo mahu???perggghhhh!!!!!

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: