Baru-baru ni , saya telah pun menukar bateri iPhone5 saya tuh. Antara sebab yang membuatkan saya syak bateri nya rosak a.k.a kembung adalah kerana , setiap kali cas bateri cepat penuh , bahagian belakang panas sampai tempat kita letak tu pun panas , kalau omputeh cakap dia ” overheat “. Bila cepat penuh , ingatkan full la .. tapi tidak ye .. bateri cepat juga habis menjadi kosong peratu. Tu memang tanda beteri iphone anda telah rosak. Pegang je rasa panas .. panas lain macam…
Saya buat pun status manja di facebook cari kedai repair telefon murah-murah , sekali kakak blogger akmaomar.com tunjuk gambar telefon adik nya , LCD pecah di sebabkan bateri meletop .. bayangkan jap eh .. kalau kita tengah cakap di telefon , letak betul dekat telinga , telefon meletop .. jadi apa la pipi kita yang mulus dan telinga kita tuh.
Seram fikir kan nyeee .. terus la bawak pergi repair .. telefon saya ni penting .. nak video call dengan suami nanti payah ..
Tapi sebelum tukar tu , eloklah check dulu bateri iphone5 korang , dengan APPLE , kot dapat tukar free di bawah program penggatian bateri iphone5 yang di keluarkan antara tahun september 2012 ke january 2013. Apple pernah buat pengumuman bateri yang di keluarkan pada tahun tersebut memang bermasaalah.