Azam 2016 – Saving Emas

Assalamualaikum dan hai .. Dah nak masuk bulan 3 2016 dah kan ? saya baru nak cerita pasal azam. Okay la.. dari tak ada azam langsung. Dulu-dulu tak berapa ada azam sangat. Sekarang  ni umur dah pun makin meningkat anak-anak makin membesar. Sekarang ni baru terasa , banyak nya nak pakai duit untuk sekolah anak-anak. Makan pakai boleh lagi lah ala kadar. Tapi makan dan perbelanjaan sekolah tak sanggup nak ala kadar. Anak masih lagi sekolah rendah aje . Belum sekolah menengah atau universiti.

Dulu .. tak lama sangat lah dulu pun. Saya mempunyai satu kegilaan dari pada gadjet ke handbag ke pandora. Semua yang orang jual di instagram saya nak beli. Tak dapat yang mahal dapat yang murah pun jadi lah. Duit boleh kata banyak ( tapi tak kaya ).. sebab saya buat bisnes sendiri kan. Lagi pula husband bukan jenis ambik tahu pasal duit saya. Eh nak beli apa suka hati la. JANJI … Duit yang dia bagi tetiap bulan tu saya boleh guna sehingga cukup sebulan.

Kemudian , masuk awal tahun 2016 .. eh macam tersentap ..banyak nya nak guna duit. Sejak bulan jun 2015 saya dah join powergold. Duit ahli tu saya bayar dengan guna duit kutu. Saya pelahan -lahan jual emas dan beli emas. Allhmdulillah. Ada emas baru dalam tangan. Bertambah. Tapi saya tinggalkan perangai shopping macam-macam tu. Saya kena pilih salah satu. Shopping baju atau beg atau pandora yang boleh puaskan hati saya tapi buatkan akaun menagis kekosongan atau saya biarkan akaun kosong juga tapi shopping emas sebagai simpanan saya.

saving 2016

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3

Assalamualaikum dan Hai. Drama Tundukkan Playboy Itu menarik perhatian saya untuk menulis. Mari lah kita baca sinopsis nya dulu. Walaupun dah lama rasanya tak menulis tentang drama. Tak berapa tengok dah sekarang. Kecuali kalau betul-betul berminat seperti drama terkini ini. Hihihi siap tengok online lagi kalau dah berkenan tu ye. Sekarang ni dah episod ke 5. Cantik jubah yang Uqasha Senrose pakai semasa jadi model ber niqab tu. Mata pun cantik .. Sempat lagi tu kan ? Drama tunddukkan playboy itu telah pun di tayangkan pada 17 Februari…

Ubat Ulser Mulut Paling Mujarab

Banyak nya petua dan kaedah untuk ubat kan ulser mulut. Tetapi yang paling mujarab ada satu. Ni pun sebab lama dulu kawan ada berkongsi petua. Ulser mulut sangat memedihkan dan membuatkan kita kelesuan , hilang mood dan terasa macam nak marah selalu. Baru kena ni 2-3 hari. Ingatkan sikit. Rupanya banyak. Jadi kenalah cari petua yang paling mujarab untuk singkirkan ulser mulut ni. Ada yang kata punca ulser ni sebab cuaca panas dan kekurangan vitamin c. Banyak lagi la. Tetapi mengikut kejadian yang saya alami, Ya mungkin…

NURRAYSA – Kelebihan StemCell Feminin Wash

Assalamualaikum dan hai ,  Saya kembali menulis untuk berkongsi pencuci wanita yang sangat best ini. Bagi anda , wanita yang di luar sana pastinya tercari-cari produk feminim wash bukan ? apa kata mai pakat cuba produk Nurraysa pula. Banyak testimoni di terima memuji-muji produk ini. BETUL KE ? kalau nak tahu kena cuba sendiri lah ye. Kelebihan StemCell Feminin Wash Nurraysa Merawat Keputihan Menghilangkan Bau Hanyir Mengurangkan Jangkitan Kuman Haruman yg wangi Menyegarkan Miss V Menjimatkan(cecair pekat) Merapatkan bhgn intim Menghilangkn kegatalan Harga asal RM30 Anda berminat???…

Lan Coffee House – Nasi Ayam Authentic Chinese style

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar ? Kami dah cuba makan nasi ayam di kedai Lan Coffee House tu. Yeayyy … Nak di jadikan cerita. Ini cerita baling belakang lah ye. Hujung-hujung tahun 2015 kami ke Johor saja nak ambik en suami. Dia kerja sana kan. Teruja punya pasai kami mulakan perjalanan lebih awal. Jam 6 pagi dah keluar dari rumah. Singgah stesen minyak isi minyak lepas tu terus ke Johor. Sampai sana dah ngam-ngam jam 12 tengah hari. Teru cari kedai makan.

nasi ayam johor 3

Kawan suami suggest kedai Lan Coffee House ni. Nasi ayam sedap katanya. Kebetulan memang dekat dengan Homestay tempat suami menyewa. So okay lah. Anak-anak semua lapar dah. Nasi Ayam memang kesukaan anak.Mudah semua order nasi ayam je la.

Kelihatan pengunjung bersilih ganti. Ramai dan sangat sesak. Makan cepat-cepat terus pergi check in di Hotel lah. Tak mampu nak santai-santai makan. Nasi ayam boleh tahan sedap. Allhamdulillah.

Kisah anak 2 tahun 3 bulan.

Assalamualaikum dan hai. Apa khabar anak-anak mak hayam ? Nampak sekarang mak dah rajin menulis semula kan ? allhamdulillah. Dah stop bisnes online jual baju budak. Sangat letih .. tak sanggup mak nak berniaga kecuali ada pembantu. Sekarang mak cuma aktif bisnes emas dengan kawan-kawan sahaja di facebook. Ada juga buka group kutu just for fun. Sambil menabung simpan duit dan reward ke diri sendiri. Selain dari itu mak jadi mak supir , mak chef dan juga mak akauntan domestik. Job besar-besar kemain kan ? MAK SUPIR tu mak buat part time bawa anak jiran dan anak saudara sendiri. Total 9 orang kanak-kanak riang dalam kereta mak. Itu lah hikmah nya beli kereta besar-besar. Memang family besar. Duit upah bawa anak-anak jiran boleh rolling isi minyak kereta sesambil bawa anak sendiri. Boleh beli jajan-jajan.

Mohamad Syamim 2 tahun 3 bulan usianya. Ikut tahun dah pun 3 tahun. Tapi nampak kecik lagi sebab lahir hujung tahun kan. 2 tahun 3 bulan baru lah mak dia boleh tenang – tenang menulis blog semula. Lama nya mak ber ” hibernasi.

Buat Sendiri : Resepi Popia Basah

Jul 27, 2012 @ 06:14 : Baru sekali buat sendiri popia basah di rumah menggunakan resepi di bawah. Sebelum ni asyik merengek pada kakak ipar untuk beliau buatkan popia basah setiap kali balik ke kampung. Resepi asli dari arwah mak mentua katanya. Suami selalu sangat sebut-sebut ,popia basah arwah mak nya sedap. Entah kenapa 10 tahun kawin , baru sekarang tergerak hati nak cuba resepi ini. Sebelum ni rasa macam tak akan jadi je kalau saya buat sendiri. Tapi tak .. resepi popia basah yang di beri sangat senang nak di ikut.

Sekarang simpan resepi di blog senang nak ingat. Nanti nak resepi sendiri cari di blog sendiri.

Langkah demi langkah buat popia basah.

Bahan untuk buat kulit popiah (A):

  • Setengah kilo tepung gandum
  • 4 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air
Bahan untuk buat inti (B):

  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji sengkuang
  • 15 biji kacang panjang/kacang buncis
  • 2 biji telur
  • 50 sen udang kering
  • 1 biji bawang besar-ditumbuk
  • 2 biji bawang putih-ditumbuk
  • Bawang goreng
  • kiub lembu 2 biji
Bahan untuk buat sos (C):

  • 15 tangkai cili kering
  • 30 sen gula merah
  • Garam
  • 1 sudu besar cuka
  • Sedikit belacan

Kalendar 2016 – Rumah Kasih Nurul Hasanah

Assalammualaikum w.b.t .. Sekadar ingin membantu.Share kepada rakan-rakan Tuan/Puan. Kalendar 2016 ini dijual untuk mengumpulkan dana perbelanjaan bulanan Rumah Kasih Nurul Hasanah. Rumah Kasih Nurul Hasanah (RKNH ) ada menjual Kalendar RKNH 2016 sebagai projek Ekonomi RKNH berharga RM10 Sahaja ,didalam Kalendar RKNH ini juga lengkap ,Waktu Solat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ,Tarikh2 penting dalam Islam,Cuti Penggal Persekolahan 2016,Hari pelepasan am persekutuan 2016,Petikan Ayat Al-Quran,Jadual Aktiviti Tahunan RKNH .. Tuan/Puan boleh dapatkan Kalendar RKNH di Asrama kami beralamat : No 1,Jalan Pimping kanan Ukay Height ,68000 ,Selangor…

Simple. Diy Sendiri Sarung Tablet Kesayangan.

Tablet samsung saya dah tua. Saya beli pada tahun 2013.. Masih berkeadaan elok sampai sekarang. Dulu – dulu ada meragam sikit-sikit. Tetapi sekali format pada 2013 tu terus elok sampai sekarang. Rezeki sungguh. Tetapi sekarang ni adalah zaman di mana , kau akan rasa kedekut sangat nak laburkan duit untuk beli sarung tab. Biasa nya golongan mak-mak akan rasa begini.

diy ppage

Anak-anak dah letakkan mural di sarung tablet yang lama , tengok pun dah tak lalu. So kita DIY menggunakan kain felt sahaja. Disebabkan tab ni hanya di gunakan oleh anak-anak. Kongsi 4 beradik. So begitulah coraknya. Biar kalau bawa bejalan pun orang tak syak itu adalah tablet. Tips juga ni. Elakkan di ragut. 

Kura – kura

Red- Eared Slider – jenis kura-kura yang saya bela. Dah bela hampir 6 bulan. Dari kecik sebesar duit 50 sen , sekarang dah besar tapak tangan. Yang betina tu lagi cepat besar dari jantan. Kemain. Kura-kura saya belum ada nama , oh dah 6 bulan masih tak ada nama ye. Paling lemah nak bagi nama pada binatang peliharaan ni. Tapi suka bela binatang. Dulu bela kucing. KUCING masih ada dengan sepupu dan rumah mak. Tak sesuai beli di rumah tak ada tanah.

kura - kura 1

Kura-kura ni terputus makanan dah dua hari. kesian cuti CNY kedai semua tutup. Saya pun lupa nak beli sebelum makanan betul-betul habis. Nah kena makan sayur.. padan muka dia.. baru pertama kali cuba. Tak tau la ada selera makan ke tidak tuh.