Indah Nya Tangkuban Parahu di Bandung

Tangkuban Parahu Bandung. Tangkuban parahu bermaksud parahu terbalik . Ada kisah dongeng merujuk kepada bukit yang berbentuk perahu tebalik. Bukan gunung berapi itu. Tetapi saya lebih tertarik untuk melihat dan merasai suasana berada tempat gunung berapi dan melihat sendiri .

” Sesungguhnya ALlah Maha Mencipta dan alam ciptaanNya ini sungguh indah dan unik sekali. “

Hanya itu yang dapat di ungkapkan. Cantik sangat .. Dengan udara yang nyaman walaupun ada bau busuk dari lava gunung berapi tapi itu tidak dapat menggugat kecantikan pemandangan gunung berapi ni. Gunung berapi di Tangkuban parahu masih aktif .. kali terakhir meletuskan lava pada bulan october 2013.

Saya kongsikan beberapa gambar di bawah. Diharap kawan-kawan dapat melihat melalui pandangan saya.

tangkuban parahu Udara sejuk nyaman. Matahari memancar tapi ada kabus. Ya Allah .. rasa nak menjerit sampai kesini. Tiba-tiba rasa nak berterima kasih sangat pada suami sebab bawa isteri nya ke Tangkuban Parahu ni.tangkuban parahu

Asap itu di katakan beracun jadi tidak di galakkan berada dekat dengan asap lava tersebut.tangkuban parahu

Gunung berapi , lava , kabus , awan dan bukit semua indah. Yang tak indah adalah orang yang di sana. Sedih juga tak dapat singgah lama di situ. Terlalu …

Semasa di Tangkuban Parahu ni . Kami sekeluarga di himpit dekat dekat oleh penjual menjual cenderhati. Takut ya amat .. ya lah mereka semua lelaki. Semua mereka lebih dari 10 orang lelaki datang menjual. Berkali-kali menolak masih juga memaksa untuk membeli dengan mereka. Sayang nya keadaan macam tu lah buat kami rasa tak selesa dan cepat-cepat masuk dalam kereta lalu pulang.
tangkuban parahu

Rugi lah .. sepatutnya tidak ada penjual memaksa begitu. Membuatkan pengunjung tak selesa .. dan mungkin tak akan kembali melawat ke tempat yang sangat menarik dan berpotensi menarik lebih ramai pelancong. ERM ~
tangkuban parahu

Kalau boleh tengok dalam gambar di atas ada laluan penjalan kaki untuk turun ke kawah 12. Tapi saya tak pergi … ye lah sebab bawa baby .. baby pula tak berapa sihat. Jadi eloklah tengok dari atas je.

tangkuban parahuKami sekeluarga…. seronok berkumpul … 🙂

TANGKUBAN PARAHU BANDUNG

Oh terlupa .. nak naik di sini pengunjung dikenakan sebanyak 75,000 rupiah seorang. Baby  percuma !

menungang kuda

Ada aktiviti lain di sini seperti mandi lumpur , mrebus telur dan menunggang kuda. Saya melawat sahaja . Anak-anak sempat juga menunggang kuda.  Naik kuda dan aktiviti di sini di kenakan bayaran asing-asing. Jadi siaplah duit rupiah dahulu. Duit Malaysia di terima juga.

Akhir sekali .. salam kenalan buat pembaca Bandung dari blogger Malaysia.

Show 16 Comments

16 Comments

  1. Bahrain

    Tangkuban parahu memang best kat sana cuma bau je busuk sikit. Dapat tengok kawah pun dah cukup.

  2. Jauh perjalan luas pandangan. Hujan emas dinegari orang hujan batu dinegeri sendiri

  3. nza

    mmg cantik ttp sedikit terganggu bila penjual sering mendesak n mengekori kita……

  4. wah jeles saya x sampai sini lagi, nampak menarik tempat nih

  5. cantik dan menarik…untungnya dapat jejakkan kaki ke sana.. bila la nak merasa berjalan ke luar negara ni…

  6. pegi bandung tak sah tak ke sini kan,,,
    ish mmg m’ganggu mood lah penjual2 tu

  7. seronok kan dapat jenjalan over the sea… kite nih… dlm Malaysia pun x abis meronda lg… huhu…

  8. Lela-Lelord

    Akak ke sini time cuti hujung minggu ya ampunnnn jem nak naik atas, pastu ramai sgt pengunjung. Bab penjual cenderamata toksah nak kata la mmg rimas

  9. Ohhhh cantiknya..lagi cantik kalau dapat ke sini melihat dengan mata sendiri..hehe

  10. iya kan .. jika tiada yang memaksa , pengunjung akan tetap membeli ..soalnya takut .. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.