Tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa.

Tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa.

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Scroll facebook nampak kawan share tips untuk ibu bapa ketika anak sedang periksa. Terus niat nak tulis letak di blog untuk rujukan diri sendiri dan sebarkan kepada lebih ramai ibu bapa. Kalau ada ramai ibu bapa yang baca blog puanbee lah.

Hari ni hari pertama anak yang nombor 3 tu periksa. Tahun 1 kan. Si kakak aliya dan kakak husna tak ada lah terasa apa sangat sebab dah biasa. Padahal si kakak tu nak UPSR tahun 2016 ni. Punya lah mak dia pulun tidur awal. Bangun awal , sekali jalan sesak teruk ya amat. Kenapa tah KL ni. Makin lama makin teruk. Lagi tambah jalan , lagi tambah MRT , LRT , HIGHWAY , TRAFFIC LIGHT lagi teruk sesaknya. Pening dah kepala ni nak drive di KL setiap hari. Rasa nak pindah balik duk taiping.

peperiksaan

Berbalik kepada tips untuk ibu bapa ketika anak menduduki peperiksaan. Benar kan.. doa ibu bapa itu mujarap. Lagi -lagi ibu .. jadi marilah kita doa banyak-banyak. Supaya anak mendapat berkat .. untuk menjawab soalan peperiksaan. Belajar tu dah belajar dah usaha tu dah usaha dah. Tinggal lagi doa je lah dari ibu bapa.

AMALAN IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut:

1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat
3. Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)
Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
4. Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)
5. Baca Surah 3 Qul (1 kali)
6. Baca Surah Insyirah (1 kali)
7. Membaca Selawat (10 kali)
8. Baca Surah Yaasin (1 kali)
9. Baca Surah Insyirah (100 kali)
10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

peperiksaan1
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

Jom kita sama2 amalkan. Semoga bermanafaat untuk ibu bapa dan anak-anak.

P/S : Gambar kelas laila , cikgu nya hantar di whatsapp .. cantik kan ..patut lah menang kelas tercantik setiap bulan. Kalau i ada dalam kelas tu hati berbunga bunga nak belajar. Nyaman jek. Rajin cikgu kelas laila ni mendeko kelas anak muridnya. Terima kasih cikgu.

Comments

  1. Surah al-Insyirah baik untuk amalan lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang belajar, begitu juga orang dewasa. Moga diberi kelapangan dada untuk menerima ilmu dan menjawab ujian.

  2. Terima kasih di atas tips yang Puan Bee berikan… Sangat bermanfaat… In Shaa Allah, akan saya jadikan sebagai rujukan…. Good Luck saya ucapkan untuk anak Puan Bee..

Speak Your Mind

*