Semalam macam-macam hal pun ada

Share

Semalam 29/2 kan sepatutnya nak sambut hari jadi si kakak , malam 28/2 tu kami plan nak pergi makan-makan , mana tahu kereta buat hal , tak boleh start .. udah kena tukar bateri kereta bagai , dah lambat nak pergi makan . mencikkkk ..

Lepas tu semalam ingat nak cari hadiah untuk kakak , ye lah .. hari jadi kakak ni 4 tahun sekali je ada , so kalau boleh bila ada tarikhnya tu nak buat lah special sikit , tapi tak sempat ..

Kan ke kereta meragam masa 28/2 tu , so saya ada lah tolak keta sikit-sikit nak hidupkan keta (kononyalah) , badan sikit punya lenguh sana sini sampai nak bergerak pun malas , di tambah lagi .. semalam satu hari blog problem , asyik NOT FOUND 404 , ya Allah mati kutu .. nak update blog tak boleh langsung.

Header baru pun hasil godek blog sampai 4 pagi 🙂

Update lagi : header lain , rasa ada sedikit tak puas hati disitu 🙂

Semalam juga lah , almari yang dah lama tertangguh nak angkat bawa ke rumah , sikay (suami saya) angkat semalam juga , so kena berkemas rumah sampai 11 malam lepastu kacau Ahlul sampai 1 pagi , lepas tu godek blog sampai 4 pagi .. bayangkan , saya asyik duk mengacau Ahlul (owner hosting domosquare) pasal blog ni, sebab memang tak tahu nak buat apa , dan kenapa saya sorang je nampak masaalah tu , orang lain nampak biasa je , pelik betul.

Nasib lah .. si Ahlul tu buat kerja dengan sangat cekap , dan dia usaha sampai blog okey semula , bagus kan perkhidmatan Domosquare ni.OK sikit sampai boleh update pun jadi lah ..

Sekarang ni pun , kalau nak update blog , nak preview post ke , akan naik 500Internet Server Error , harap-harap lah boleh okey seperti biasa semula , pening lah pulak , kalau blog meragam gini.

Kalau ikutkan banyak woo benda nak di update kan , termasuk nak sokong entri derma untuk adik faris di blog denaihati tu , tapi tak pe , hari ni lah pecut buat entri banyak-banyak hokey ..

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

47 Comments:

  1. Comel2.hehe

  2. headar baru bee mmg unik….i like it…. ^_^

  3. maya mustwany

    comel2..mas siap tengok lama2 tadi..hihihi

  4. comel header tu…:)

    kesian kakak…4taun sekali kebaru smbut?bkn setiap tahun smbut ke paa 1hb klu tak jmp 29hb?hehe..

  5. Cantik header baru, kreatip 😉

    Jom sesama bantumemberi sumbangan di blog DH

  6. sebut pasal 500 internal error tu bikin ku seram jek… serik dah rasenye… :p

    pecut jgn xpecut … mcm2 idea banner 😉

  7. comel header baru puanbee, sy pun smlm busy, pergi training la, bagai2. tak smpt juga update blog 😀

  8. comel header akak…
    ader makna tu…hehehe

  9. Comel nye header.. huhu

  10. wah ramai sungguh komen.. (^_~) 1st: hepy besday kakak… wah!! tak tahu lak kakak lahir tahun lompat… 2nd: cantik header br ni.. comel sgt jejari tu….

  11. macam2 hal la pulak..ish..hepy besday to kakak..tahun lompat rupanya.. 🙂

  12. hoho..dah ada header kacak dahh..

  13. comelnya header baru Bee tu…org kreatif buat apa menjadi je….

    Hepi besday kakak…

  14. Salam bertemu kembali..

    bee..cantik header tu, kreatif!

    Semoga semua masalah bee dah selesai ye…

  15. Bee. aku suka header baru tuh.. simple and cool.. biarkan begini jer..
    heppy besday to kakak.. ibu kena bayar ler balik beli kek sebiji besor.. hik3

    • simple kan ..insyallah boleh je nak biarkan asalkan blog tk meragam lagikkkk .

      ni nak bayar balik le , kakak request kek coklat , dia nak hias sendiri .. dan spageti cremy warna putih ada banyak udang dengan ketam .. adeihh jenuh nak memasak , masaalahnya sibuk di hari sekolah ni ..

  16. bertimpa timpa..s.atu satu… bila dah lepas
    baru terasa – eh..berjaya juga aku lalui hari tu..kan?

    • walau pun penat sangat2 kakjie , semua tak dirancang , kalau kita rancang mesti tak menjadi ..

      tapi berjaya juga harungi segala 🙂

  17. ada entry untuk anda…

  18. haah.. smlm tak blh msk blog bee…

  19. Kesian si kakak sambut Hari Lahir 4 tahun sekali. Lain kali kena kumpul 4 tahun punya hari lahir sambut sekali. 🙂

  20. sabar Puan Bee dugaan dalam dunia blog nih he3…double header nampak…. 🙂

  21. tadi dah komen.. dia keluor 404 error… aduh…

    apsal header nampak 2 kali bee…

  22. wahhh, dah pakai header baru tuh, cantik

  23. hehe…comelnye jejari tuh…

  24. header itu sungguh unik. Aduh. header blog kami minimalis sekali ..

  25. wah header baru.. tp loading dia cam amik masa sikit berbanding sebelum ni ust tulisan..

    hehe.. cantik tu, buat sendiri kah??

    • separuh buat separuh ambik gambar sedia ada lah muaz ,

      loading memang tengah problem ni , blog masih tk ok.. entahlah apa masaalahnya ..

  26. selamat hari jadi kakak…sempat sambut ke tak tu… cian kakak, dah la 4 tahun sekali baru jumpa tarikh lahir tu….

    header tu jari jemari sapa Bee…???? 🙂

  27. wah heady baru…unik dan penuh rasa kasih sayang…:)

  28. selamat hari jadi utk kakak. terperanjat tengok header baru, luar biasa, kreatif n sememangnya cantiklah.

  29. Hari unik dengan masalah yang unik! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *