Riadah di Taman Botani Perdana , Kuala Lumpur

Assalamualaikum , Kali ini tak rancang pun nak pergi ke Taman botani perdana , Kuala Lumpur. Tiba adik call tanya tempat ni , saya pun lagak tak malu tanyakan dia semula. ” Hang tak mau ajak aku ke ? ” Bukan apa … kalau pergi dengan anak sahaja risau sikit lah. Ni Kuala Lumpur macam – macam boleh jadi. Kalau pergi ada peneman rasa selamat sikit. Padahal Taman Perdana ni 17 minit je dari rumah. Jika tak ada kesesakkan lalulintas lah.
taman botani perdana , kuala lumpur 5

Saya suka bawa anak ke taman sebenarnya , saya suka hijau pokok , saya suka berpeluh berjemur di bawah panas. Saya suka tengok tasik. Tetapi tu lah , nak pergi tak ada peneman jadi malas lah pula.  Disini ada tempat permainan sebesar gudang , lupa nak ambil gambar tadi .. sebab tak minat gambar tempat permainan jadi lupa terus. Saya bawa anak – anak pusing taman , jalan keliling tasik dan ke taman – taman yang di sediakan. Ada 2 video taman saya upload di instagram. Best sangat.

taman botani perdana , kuala lumpur 7

Tak boleh tahan .. kesian pun ada .. anak-anak ni tak pernah panjat pokok. Kali ni saja offer mereka panjat pokok. Saya rasa macam nak pecah perut gelakkan diorang. Alahai.. mak ko dulu juara panjat pokok tau. Di bawah ni video si syamim menangis sebab takut pokok tu goyang-goyang.

Hahaha tk pernah panjat pokok

A video posted by latifah bee (@puanbee) on

 


taman botani perdana , kuala lumpur 8

Titi tu ada lubang , syamim rasa pelik.. dia takut nak lintas tu. Sungguh rasa kesian dengan anak-anak ni. Duduk di rumah tinggi susah nak ada peluang bermain di luar. Bukan pe .. jiran sini tak mesra alam. Kalau dengar suara budak-budak biasanya kena marah dengan bahasa kurang enak. So lebih suka kurung anak dari nak biar di bahasakan dengan orang macam tu.

taman botani perdana , kuala lumpur 10

Ada 2 replika dinosor , pun tinggal tulang dah. Syamim takut semasa pertama kali tengok. Si anak dara .. menjelajaah.. seminit pun tak diam. Padahal kami tapau KFC dengan bihun goreng , punya la sedap. Depa tak pandang dah..

taman botani perdana , kuala lumpur 11Husna memang suka baby. Eh ni anak adik … baru lahir januari hari tu. Dah bawa ke taman ko.. tapi baby najla baik lah. Tak nangis pun.

taman botani perdana , kuala lumpur 12

View dari tempat duduk. Kami hampar tikar. Pasang kipas bateri untuk baby. Dan duduk .. kejap je .pastu jelajah lerr…

taman botani perdana , kuala lumpur 13

Ehemmmm .. saya ler ni ..

taman botani perdana , kuala lumpur 2

Aliya .. anak sulung .. penat layan adik kesian dia..

taman botani perdana , kuala lumpur 3

Yang ni husna .. penat makan .. erk ?

taman botani perdana , kuala lumpur 4

Hah tu .. kakak mithali sangat . Adik ke mana pun dia ekor dari belakang. Untung mak ada orang tolong jaga anak. Ayah jangan tanya. Ahad pun kerja. Jenis tak reti duk diam.

Jemput follow intsgaram puanbee : @PUANBEE

About puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

19 Replies to “Riadah di Taman Botani Perdana , Kuala Lumpur”

  1. Saya pun lebih suka aktiviti macam ni.. Cuma cuaca sekarang tak mengizinkan, panas sangat.. Nanti ada masa nak pegi juga la.. Selalu pegi shopping complex je.. Kesian budak2 nanti ada pula la yang tak kenal pokok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*