Rasanya kena tipu lagi.

Share

Baru 3 hari lepas hantar iphone 5 ke kedai untuk di perbaiki. Kisahnya … Dulu saya pernah ceritakan dalam blog ini kena tipu beli iPhone 5 konon konon original dengan harga up sikit dari iPhone 5 set AP. KONON KONON YA. Saya dapat tahu pun semasa skrin iPhone 5 pecah dan saya bawa pergi perbaik di kedai memandangkan tak boleh claim waranty. Ceritanya ada disini — Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung . Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN  jika bayar RM79  dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original. 

Konon konon original sangat lah ye. Eii geram betul. Selepas pakai beberapa bulan. Skrin iphone tu tercongek sikit. Tau tak tercongek tu apa ? dia macam terkeluar atau terangkat kot. Keee terkopek. Saya ingatkan masaalah skrin tu. Rupaya masaalah tu datang dari bateri.

Baru tahu ja ni. Kan dah tukar bateri original konon konon nya dengan harga RM150. Lepas tu sakit hati tak ? bila dapat tahu bateri tu tak original dan murah ja. Saya hantar perbaik di kedai baru ni baru RM60 … RM60 weh .. geram nya lah hai. Tipu orang hidup hidup. Abang yang repair tu sekali pandang ja dia tau. Tu bateri kembung bukan masaalah skrin. Apa ? kalau ku tahu dah lama bawa pergi kedai di tesco dan claim waranty sebab memang tak sampai 6 bulan lagi pun dah iphone tu tersadai.

Yang boleh jadi di bawa pergi perbaiki tu pun sebab handphone sony rosak. Tab samsung pun rosak. Abang tukang repair kata handphone sony tu tak original jadi dia tak ada spare part. Apaaaaaaaa  ??????????????????????????????????? sekali lagi ? semasa beli tokey tu kata original. Nanti raya balik kampung nak pergi ke AEON sentral tu nak singgah di kedai tokey tu sat.

Nak say hi hi baibai sikit kat dia. Sebab belum setahun lagi. Kami nak claim waranty tak masuk dalam waranty pun nak tanya dia dan suruh dia repair kalau original. Dek kerana sony tak boleh repair terpaksa lah repair iphone 5 , tak sangka murah pulak ganti bateri iphone 5 tu. Tab kena perbaik juga. Disebabkan tab rosak lah sony ku rosak. Anak-anak share main dengan sony tu. 24 jam .. mana tahan.

  • HARGA  tukar bateri iphone 5 RM60
  • HARGA baiki touch skrin tab tak funtion , tukar LCD RM90
  • HARGA Sony xperia tak boleh cas – KITA TUNGGU BALIK KAMPUNG NAK JUMPA TOKEY TU.

Saya ni boleh je hidup tanpa handphone ke smartphone ke ( betul ke  ? ) .Sebab sekarang ni rasanya hobi kuat tido kot hehehe.. Tapi nanti ramai orang rindu. Suami di perantauan dan anak anak kutu di facebook tu. Mau di viral nya daku kata mak kutu hilang tak ke naya.

Saya ni kena tipu banyak kali lah kalau begitu . Nasib baik samsung tab tu original. Beli di tesco jugak. Lepas ni memang malas dah rasanya nak beli handphone. Tunggu hadiah free free je lah. Selagi boleh repair tu kita repair je lah. Kecewa den. Tolong lah meniaga elok elok. Tak original cakap je tak original dan pastikan harga dia tak sama dengan orginal lah. Pasti ada yang beli juga. Kemampuan orang tak sama kan. Kenapa mesti nak tipu ? Pantang betul kena tipu. Menyesal mak nok. Tak boleh tidur malam.

Kena tipu lagi … 

Lepas tu malam yang sama , semasa duduk depan kedai abam repair fon tu nak ngetest ngetest. Waktu malam selepas buka puasa dah. Datang seorang lelaki bawa car seat baby , dia kata nak jual murah-murah sebab nak pakai duit sangat.  Saya tak mau .. saya pun tanya dia kenapa nak jual ? dia kata anak demam.

Nak pergi hospital takdak duit. Saya kesian , buka wallet bagi dia RM10. Lepas tu dia kata kalau boleh nak RM50. Tak cukup ni RM10. Saya nak bagi lebih memang duit ada untuk bayar repair handphone tu je. Saya cakap la. Kalau demam. Boleh belikan panadol  dulu malam ni. Esok bawa pergi klinik kerajaan. Dia kata anak dia tak pandai telan ubat biji. Saya cakap. Bukan biji , panadol sirap untuk kanak-kanak ada. Dia terus cakap. Oh tak berkesan yang tu … saya kata anak saya 4 orang semua saya bagi yang tu. Kalau demam awal awal boleh lah juga turunkan panas sementara nak check doktor. Dia duk bangkang lagi.

Pastu dia pujuk lagi supaya ambik car seat tuu. Saya dah kata saya tak mau car seat , saya punya pun bagi ke orang dah. Dia siap sruh saya tambah anak lagi. Eh eh … suka hati je . Saya tunjuk lah farmasi ke dia. Suruh pergi cepat. Malas nak layan. Lepas tu dia berlalu pergi.

Abang tukang repair tu , owner kedai lah. Dia cakap.. lain kali jangan bagi. Benda tu kalau dia nak jual dia boleh jual di kedai second sebelah tu. Kenapa dia tak jual sana ? ahh saya pun terdiam. ” Tapi dia kata anak sakit bang , tak sampai hati pulak ” . balas saya. Abang tu kata , nipu je semua ni.

Dan nak tahu ? Hari ni … tersempak dengan orang lelaki yang minta duit ni dengan kawan dia di petronas. Dia cucuk duit dari ATM. Dan uols boleh fikir sendiri lah apa rasanya lepas tu kan. Saya cam dia . Dia tak cam saya.

Rasanya saya kena tipu lagi …  tak boleh tidur malam lagi. Ikhlas dah kelaut. Mungkin ada hikmah nya. Muhasabah diri. Bulan puasa pun nak nipu.

Sekian.

P/S : TERKOPEK . Bahasa orang perak tak mencarut. Orang kelantan kata mencarut ye KOPEK tu ? Kopek ni ikut fahaman kami mcm cungkil kasi keluar , atau kupas macam tu la ..

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

9 Comments:

  1. Salam puan,

    kat mana ye tukar bateri iphone 5 rm60?

  2. Dunia oh dunia… Mcm2 hal…

  3. puteri aireen

    nak tanya , lepas tukar tahan tak bateri tu?

  4. ini betul2 Tipah Tertipu ni… huhu. ada la hikmahnye tu bee

  5. zaman skrg nie, org tak kisah halal haram cari duit..
    so kena lebih berhati2…

  6. Kalau beli dengan Machines Iphone tu dan bateri kembung boleh tukar dengan percuma.

  7. Hati- hati ye lain kali..zaman sekarang dengan keadaan ekonomi kita x stabil memang orang ambil peluang dan ambil kesempatan

  8. Macam-macam ragam manusia didunia ini. Sabor jerlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *